Wednesday, June 2, 2010

Masalah Syed, Syarifah

(Ini emel yang dihantar oleh Mohd Naim Mohd Zain untuk renungan bersama. Editor tidak terikat dengan pandangan yang diberikan. Tujuan penyiaran di bawah hanya untuk kerancakan berfikir).


SAYA mengenali seorang wanita berketurunan Syed/Syarifah. Saya berniat mendirikan rumah tangga dengannya, tetapi mendapat tentangan keluarganya kerana berpendapat keturunan mereka tidak boleh berkahwin dengan orang biasa. Mereka mengatakan keturunan mereka mendapat keistimewaan di akhirat nanti dan akan diasingkan daripada orang biasa.

Mereka tidak mahu memutuskan nama Syed itu kerana percaya anak cucu mereka tidak akan dapat bersama mereka di akhirat nanti. Bagaimana mahu membetulkan kembali kepercayaan mereka yang mengamalkan perkara ini?


JOE
Selangor



SUDAH menjadi lumrah, keluarga sangat memilih dalam soal jodoh. Ini bertepatan dengan hadis Rasul s.a.w yang bermaksud, "Wanita dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan agamanya, maka pilihlah yang beragama, mudah-mudahan kamu akan terpelihara (daripada kefakiran atau kesusahan)" (Bukhari dan Muslim).

Anjuran Rasulullah s.a.w dalam memilih jodoh bagi wanita termasuk lelaki yang beragama. Ini penting dalam menentukan kebahagiaan rumah tangga di dunia dan juga di akhirat, iaitu satu keluarga sakinah mawaddah warahmah (al-Quran, al-Rum (30): 21). Mereka yang memilih bukan berasaskan agama tidak mendapat restu daripada Rasulullah s.a.w. Ini kerana berdasarkan kata baginda, taribat yadaa-ka yang secara literal bermaksud, terkena tanah kedua-dua tangan engkau. Ia adalah suatu bentuk doa berbentuk celaan terhadap mereka yang memilih bukan yang beragama mendapat kefakiran (Sabiq, 2000: II: 14, n. 30).

Secara umumnya, keturunan Syed atau Syarifah adalah keturunan mulia daripada keturunan Rasulullah s.a.w dan mementingkan agama. Dengan itu tidak salah mereka menetapkan pasangan bagi anak gadis mereka daripada keturunan Syed juga. Ini termasuk dalam calon yang sekufu, iaitu setaraf daripada sudut keturunan. Bagaimanapun, apabila keluarga perempuan bersetuju dengan pilihan anak gadis mereka adalah tidak salah untuk menjodohkannya dengan bukan keturunan Syed. Lebih-lebih apabila calonnya adalah orang yang beragama.

Kepercayaan mereka berkenaan hendaklah berdasarkan ketentuan Allah. Allah menetapkan bahawa orang bertaqwa mendapat tempat yang mulia di sisi Allah tanpa melihat kepada jantina, keturunan dan bangsa. Ini jelas apabila Allah berfirman, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan- Nya. (al-Quran, al-Hujurat (49) : 13)

3 comments:

  1. Saya juga berketurunan Syed... dna tak pernah merasakan diri lebih draipada orang lain...

    Oleh itu jika tuan merasakan denagn persoalan ini bermaksud untuk menghina keturunan Syed/Syarifah... itu saya anggap tidak wajar.

    Hentikanlah polemik ini, banyak lagi eprkara yang boleh dibincangkan...

    Lebih baik bagi idea bagaimana nak ajar Israel yg tembak kapal misi bantuan, atau mengajar org yg bawa masuk Yahudi Apco ke negara ini...

    ReplyDelete
  2. PERKARA BANGSA,WARNA KULIT,KETURUNAN INI BUKAN PILIHAN KITA TAPI KETENTUAN-NYA OLEH ITU TIADA NILAI DISISINYA YANG BERNILAI DISISINYA ADALAH UGAMA/TAKWA KERANA ITU PILIHAN KITA.

    ReplyDelete
  3. persoalan ini ada dalam bab kafa'ah keluarga Rasulullah SAW

    ReplyDelete