Monday, May 30, 2011

Bukti Umno cemas hadapi PRU 13!

Pendedahan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa Umno sedang berusaha keras memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dalam PRU akan datang, membuktikan parti itu dalam keadaan amat gawat dan kritikal akibat amat takut kehilangan kuasa.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, seperti didedahkan laman Malaysiakini melalui tajuk '5 kali cuba pujuk Nik Aziz, tawar 3 menteri', beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dan baru saja berlalu dalam masa terdekat.

Tuan Guru berkata, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu. Bagaimanapun Tuan Guru Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Penolakan Tuan Guru itu amat tepat sekali kerana PAS amat amanah dalam menjaga setiakawan. PAS bukan seperti Umno yang terhegeh-hegeh memujuk parti Islam itu masuk BN selepas ditewaskan dengan teruk dalam PRU 1969. Apabila BN (yang ada PAS di dalamnya) menang besar pada PRU 1974, PAS pula ditendang.

KINI SEJARAH ITU MAHU DIULANGI KEMBALI!

Saya berpendapat Umno terpaksa melakukan apa saja cara termasuk cuba menipu PAS, disebabkan pemimpin mereka amat gentar menghadapi PRU akan datang kerana masyarakat bandar secara majoriti menolak Umno/BN. Begitu juga masyarakat Cina.

Pada masa ini Umno berusaha memainkan isu perkauman bagi menarik undi Melayu, namun begitu mereka yakin bahawa yang akan terpengaruh dengan dakyah sebegitu hanyalah Melayu kampungan dan yang ketinggalan maklumat saja. Ini belum tentu dapat menjamin kemenangan mereka. Sedangkan Melayu yang bermaklumat akan menyingkirkan Umno/BN.

Parti perkauman dalam BN yang lain seperti MCA, MIC dan Dayak sudah ditolak, dan dijangka akan ditolak lagi pada PRU akan datang. Inilah yang sedang melemas dan mencemaskan Umno sehingga sanggup menghentam PAS dalam banyak keadaan terutama melalui media rasmi mereka, namun dalam masa yang sama menunduk kepala ke lutut merayu PAS untuk cuba menjalin kerjasama.

Saya fikir sudah sampai masanya pemimpin dan ahli Umno sedar bahawa masanya sudah tiba untuk mereka berundur kerana masa yang diberikan menduduki kekuasaan sudah terlalu lama. Kini sampailah masanya rakyat menghakimi sepanjang pemerintahan mereka. Mereka mesti menerima realiti bahawa setiap yang wujud dalam dunia ini akan berlaku perubahan. Termasuklah Umno/BN yang akan ditolak rakyat dalam PRU akan datang, InsyaALlah.


3 comments:

  1. JADI, DAH TAU MACAM TU JANGAN LAH TAKUT NAK BUBAR DUN KALAU NAJIB UMUM BUBAR. BERTELOQ LAH SIKIT LAWAN DALAM PILIHANRAYA.KAMI RAKYAT NAK TENGOK JUGA BETOI KA TAK BETOI PAKATAN RAKYAT SEMUA ORGHANG DAH TERIMA.JANGAN DOK CANANG KATA KUAT TAPI BILA AJAK LAWAN TAK BERGHANI.BERSIKAP LAH SEPERTI ANAK JANTAN. JANGAN PANDAI BUAT BISING TAPI BILA SAMPAI MASA SEMBUNYI.

    ReplyDelete
  2. kecoh la lu brader anon...

    yg dok bising tu ameno je

    ReplyDelete
  3. Yg paling penakut dan takde teloq dlm dunia ialah UmnoApco. 1Malaysia merupakan satu2nya negara dlm dunia yg ketua negaranya meletakkan tarikh pilihan raya dalam keadaan teke-teki sokmo!

    Punyalah penakut, toksah cakap beranilah UmnoPorno.

    Penakut hangikk!

    ReplyDelete