Tuesday, May 24, 2011

Ustaz Tuan tanding Timbalan!


KENYATAAN MEDIA - PENCALONAN TIMBALAN PRESIDEN DITERIMA

21 Jamadil Akhir 1432 H | 24 Mei 2011

Saya telah menerima surat rasmi daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS pada 22hb Mei 2011. Saya telah mendapat pencalonan untuk dua jawatan, iaitu jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan.

Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai Naib Presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.

Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ianya suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkannya semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan.

Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama saya menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya - dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.

Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

~ TUAN IBRAHIM TUAN MAN


6 comments:

  1. Allahuakbar!
    Lidah ust Tuan dah tumbuh cabang!

    ReplyDelete
  2. Antara sebab Mat ditolak dalam kebanyakan pertandingan parti, ialah ramai perwakilan yang meluat dengan tabiat budak2nya yang dianggap celupar dan out of control. Budak2nyalah yang mengawal dan mengitu-inikan Mat. Pada masa hnaya Nasha yang sahkan untuk bertanding, bukan main ghairah lagi suruh Mat bertanding, sebab diorang ingat imam diorang boleh menang. Bila Ustaz Tuan umum bertanding, mulalah budak2 Mat meracau dan merepek. Kenapa, takut ke? Woi, katanya laungkan demokrasi? Hahahaha!!!

    ReplyDelete
  3. Anti-Ulama-HipokritMay 24, 2011 at 9:49 PM

    Masalahnya, bila Tn Ibrahim bertanding akan pecah undi ulama. Senanglah imam syiah tu nak menang.

    ReplyDelete
  4. kalau mat bertanding dgn nasha pun Mat tak menang, inikan dgn Ustaz Tuan. Dulu dgn Bakar Chik pun kalah!

    ReplyDelete
  5. kalau tuan ibrahim dah yakin yang calon jauh lebih layak dari beliau dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama, mengapa pula nak bertanding? mengapa pula pada awalnya menolak untuk bertanding? apa yang sebenarnya ya ustaz?

    ReplyDelete