Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini tidak bersetuju kerajaan Umno/BN menaikkan harga gula semalam mulai semalam kerana tidak munasabah dan pengguna akan berhadapan risiko ditindas peniaga apabila musim perayaan tiba.
Pengerusinya Datuk N Marimuthu berkata bulan puasa dan hari raya semakin hampir, dikhuatiri membebankan sebab harga bagi kuih muih dan juadah akan dinaikkan peniaga.
Nampaknya orang berbangsa India pun lebih memahami keperitan yangf bakal orang Melayu hadapi selepas ini. Adakah Najib dan ejen-ejen Umno pernah terlintas di fikiran permasalahan ini?
“Peniaga akan ambil kesempatan. Kita tidak mahu kenaikan harga gula ini beri kesan kepada barang makanan berasaskan gula. Kerajaan perlu melaksanakan kenaikan harga bahan keperluan ini perlu dilakukan secara berperingkat.
“Kenaikan tidak kena masa kerana enam bulan lalu telah berlaku kenaikan 20 sen iaitu pada 4 Disember 2011 dan 16 Julai 2010.
“Sekiranya kerajaan mahu mengurangkan subsidi, tetapi, kenaikan harga perlu dilakukan secara berperingkat supaya orang ramai tidak menerima kesan mendadak,” katanya kepada media.
Itu makanan berasaskan gula akan naik. Sebenarnya semua baranga keperluan akan naik sebab harga barang ini ada rantaiannya, jika barang asas naik barangan yang lain akan turut melambung.
Sementara itu, Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, peniaga dan pengusaha-pengusaha kedai makan diingatkan tidak mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga gula di pasaran.
“Selalunya apabila ada kenaikan harga barang, peniaga juga mengambil kesempatan menaikkan harga, jadi, pengguna perlu menggunakan kuasa mereka untuk melaporkan mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan terhadap mereka,” katanya.
Itu kata beliau. Sudah banyak jaminan kerajaan untuk mengekang kenaikan harga barang tetapi semuanya ibarat anjing menyalak bukit saja. Tidak pernah berhasil.
Tinggallah rakyat bawahan, yang majoritinya orang Melayu, terkial-kial melalui kehidupan yang berkos tinggi tinggi setiap hari. Setiap hari hati semakin cemas kerana kos hidup semakin mahal dan terus melonjak berbanding pendapatan yang tidak seberapa.
Di Kuala Lumpur, pemimpin kerajaan Umno/BN bersiul-siul mengumumkan kononnya pertumbuhan ekonomi kian rancak. Tetapi ada mereka sedar rakyat semakin teruk hingga mencekik halkum?
Ada Najib peduli dengan ini semua?
No comments:
Post a Comment