ROMPIN: Kejohanan terbuka Motorcross/Cubcross anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang dan PAS Rompin yang berlangsung Ahad lalu berjaya memukau lebih 2,000 pengunjung terutama golongan muda.
Menurut pengarah kejohanan berkenaan, Suhaimi Ahmad, seramai 70 peserta dari Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang menyertai kejohanan kali kelima ini di Rompin Motorcross Circuit, Keratong 4 itu.
“Ternyata sukan ekstrim ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung tempatan terutama anak muda apabila peserta menunjukkan kebolehan mereka menungggang dan beraksi di laluan yang lasak dan ekstrim.
“Acara perlumbaan 150 cc ke bawah telah dimenangi oleh Suhardi Mat Taha dari Jempol Negeri Sembilan, 150 cc ke atas dimenangi oleh Mohd Faridzuan dari Maran. Bagi motor cc besar dimenangi oleh Mohd Nor Hafiz Nordin dari Negeri Sembilan, manakala bago motorcross veteran pula diungguli oleh Abdul Fatah dari Keratong 3,” katanya
Suhaimi yang juga Ketua Penerangan PAS Rompin berkata, semua pemenang membawa pulang wang tunai serta cenderahati.
Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nik Amar Abdullah, ketika merasmikan kejohanan tersebut mengucapkan tahniah kepada pihak PAS Kawasan Rompin serta DPP Negeri dengan penganjuran sukan yang lasak ini.
Menurutnya inilah contoh aktiviti sihat yang boleh di galakkkan kepada anak-anak muda yang tidak menyalahi ajaran Islam. Nabi s.a.w sendiri menurutnya menggalakkan umatnya menungang kuda , berenang dan memanah bagi melahirkan jati diri seorang manusia yang kental dan berani.
Pihak penganjur juga turut menyediakan 15 gerai pameran daripada agensi keselamatan serta gerai jualan.
Beberapa aksi lasak yang dirakamkan ketika kejohanan motorcross berlangsung
No comments:
Post a Comment