Sunday, May 15, 2011

Air Gau dalam kartun Berita Minggu

Air minuman galian Gau yang terkenal dan menjadi kebanggaan orang PAS Pahang khususnya di Temerloh selama ini, hari ini tersiar dalam sebuah kartun yang menggambarkan sedang menjadi rebutan ramai pada ketika ini.

Air yang bersumber daripada pancaran mata air bawah tanah di Kampung Sungai Gau, Temerloh, disahkan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. Air ini juga telah diuji oleh MARDI untuk mengetahui khasiat, zat, keracunan dan bahayanya. Hasil ujian menunjukkan air ini mengandungi ketumpatan serta kandungan bahan galian yang menyerupai air zam-zam.

Air yang mewah dengan kandungan Kalsium (Ca) dan Magnesium
ini mempunyai khasiat dari segi Rohani dan Jasmani serta sesuai diminum oleh setiap lapisan umur tanpa mengira bangsa dan keturunan. Air penawar semula jadi ini dapat membantu: Meningkatkan penyerapan nutrien dan mineral oleh tubuh, Meneutralkan kadar asid dalam badan sebagai sumber merawat penyakit, Meningkatkan stamina tubuh, Meningkatkan kecekapan tubuh mengangkut oksigen, Membina dan menguatkan tulang dan gigi, Meningkatkan hemoglobin dalam sel darah merah, Mengurangkan kadar gula dalam darah, Membersih serta melancarkan sistem penghadaman, Membersih serta melancarkan sistem kumbahan, Membersihkan kandungan darah di dalam tubuh, Mengurangkan tekanan darah tinggi, Mencerdaskan minda dan memulihkan tenaga, pH beralkali sebagai penjana tenaga dan Mempunyai kadar garam galian yang tinggi (TDS 294mg/l) dan pH 7

Dari segi sejarah pula, air galian ini telah ditemui sekitar 20 tahun yang lalu oleh Tuan Guru Hj. Mohd Baqi Othman, iaitu Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang ketika itu. Ia berlaku secara tanpa diduga apabila Tuan Guru bersolat hajat tatkala di Markas PAS Darul Amin itu tidak mendapat bekalan air paip.

Hasil jualan air tersebut pernah diisytiharkan sebagai sumber dana bagi membangunkan sekolah agama rakyat tajaan Dewan Ulamak PAS Pahang.

Istimewanya telaga Air Gau ini ialah tidak pernah kering meskipun pada waktu musim kemarau dan mata airnya tidak pernah berhenti memancut walaupun diambil sebanyak mana sekalipun. Pada ketika air paip JBA menghadapi masalah, telaga Air Gau menjadi tumpuan ramai untuk mandi manda, membasuh dan membawa air minum pulang.

Kini jualan Air Gau sudah tersebar merata-rata termasuk di Lembah Kelang dan sudah dimasukkan dalam jualan HPA.


No comments:

Post a Comment