Wednesday, May 25, 2011

Himpunan raksasa warga Felda di Pahang 27, 28 Mei ini

Harakahdaily

TEMERLOH, 25 Mei:
PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Tanah PAS Pusat akan menganjurkan Himpunan Raksasa Warga Felda di sekitar Jengka dan Kerdau pada 27 dan 28 Mei ini.

Menurut pengarah program, Roslan Zainal, antara lain matlamat perhimpunan ialah untuk menghimpun warga peneroka bagi mendedahkan hak-hak yang layak dituntut, menjana momentum peneroka bersikap berani bagi menuntut hak mereka terhadap Felda.

Katanya, empat program telah disusun dalam himpunan selama dua hari itu bermula dengan ceramah umum pada 27 Mei melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi Anak Mazlan Aliman, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan bekas calon Tenang, Normala Sudirman.

“Ceramah tersebut akan bermula dengan majlis pelancaran agihan borang Felda Plantations jam 8.30 malam di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.

“Pada 28 Mei, jam 2.30 petang, satu forum dan dialog isu-isu peneroka Felda dan janji Pakatan Rakyat akan diadakan di Jengka 16. Ahli panelnya terdiri daripada Mazlan Aliman, Harris Abdullah, Fadzli Ramly dan Yohanis Ahmad,” ujarnya.

Roslan berkata, pada waktu yang sama generasi muda diadakan prgram Santai bersama Bob Lokman dan minum petang bersama Mohamad Sabu di Jengka 19.

“Sebelah malamnya pula sekali lagi diadakan ceramah umum melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Siti Aishah Sheikh Ismail, juga di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau.

"Pada malam tersebut Anwar dijangka akan melancarkan montaj Universiti Felda, iaitu yang akan dibina oleh Pakatan Rakyat jika memenangi pilihan raya nanti,” katanya.

Mengenai logik himpunan besar peneroka itu diadakan di Pahang, Roslan berkata, negeri ini memiliki tanah rancangan paling luas iaitu hampir 40% kawasan Felda seluruh negara.

Tambahnya, tanah rancangan Felda pertama terletak di Pahang iaitu Lurah Bilut.

1 comment:

  1. dah terdesak ker nak Felda...tau la majoriti Felda dalam bn besar....nak buat universiti konon...janji yang ada pun x tertunai...selama nie Felda aman di bawah kerajaan BN...x payahlah di ganggu gugat..

    ReplyDelete