Umno kembali berkempen menipu orang Melayu dengan mempergunakan ustaz terompah kayu dalam usaha cuba menangkis serangan PAS dan menghalang pengaruh parti itu.
Kelmarin di Felda Jenderak Selatan, dalam kawasan Parlimen Kuala Krau, ustaz makan gaji dengan BN, Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu Kamal Saidin, menuduh perjuangan untuk mengembalikan kedaulatan Islam di negara ini oleh PAS, dituduh sebagai menjual ayat Al-Quran.
Yang peliknya, berapa PAS dapat untuk jual ayat-ayat tersebut berbanding ustaz-ustaz terompah kayu Umno yang sanggup menjadi syaitan bisu demi fulus? Siapa yang akan bayar wang pada PAS jika berhujah dengan Al-Quran?
Menurut ustaz terompah kayu itu, dalam hal ini dia berusaha keras menyedarkan masyarakat mengenai fitnah yang ditimbulkan pihak tertentu (tentulah ditujukan kepada parti Islam) sekali gus merungkai permasalahan itu supaya umat Islam tidak terkeliru dengan ayat al-Quran yang dimainkan mereka, katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.
“Kita kesal kerana mereka sanggup menjual agama dan memainkan kesucian ayat al-Quran semata-mata untuk kepentingan mereka, katanya.”
Bukankah ayat-ayat suci itu antaranya mengandungi hukum hakam untuk dilaksanakan, juga mengandungi kalimah dakwah untuk disampaikan? Apakah ustaz terompah kayu Umno fikir ayat-ayat suci yang ada tidak boleh disentuh seperti Umno memahami tangkal azimat?
“Mereka turut berani memainkan isu ‘kafir mengkafir’ kan umat Islam yang lain hanya untuk kepentingan politik mereka. Kita perlu sedar bahawa politik dan agama adalah berlainan sama sekali,” katanya.
Rupa-rupanya masih ada orang Umno yang berfahaman politik suku agama suku, walaupun bertaraf ustaz terompah kayu. Jika seorang bertaraf mengaku ustaz pun boleh berfahaman sedemikian, bagaimana pula Umno yang jahil tukil? Bagaimana yang menganggap selama ini Umno dan Felda yang menurunkan rezeki kepada mereka? Bagaimana pula yang sentiasa mendapat nasihat Apco?
Apakah mereka berfikir Nabi Muhammad berhijrah dan membina negara Islam di Madinah, itu bukan politik? Apakah ayat-ayat yang berkaitan dengan pemerintahan yang tersemat di Al-Quran bukan politik?
Apakah mereka berakidah bahawa ajaran Islam ini kurang satu dari aspek politik?
Hadir sama dalam program Ceramah Isu-isu Semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Othman Abu Bakar dan Ketua UMNO Cawangan, Jamaluddin Ibrahim.
Kamal berkata, masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan isu yang dimainkan pihak tertentu sebaliknya siasat terlebih dahulu supaya tidak terjerumus dengan dakyah mereka.
Sebenarnya politik tidak kotor seperti kefahaman ustaz terompah kayu Umno itu. Yang kotor ialah politikus yang selalu menjatuhkan lawan politik masing-masing seperti melalui kaedah kotor seperti mengaibkan dengan mengada-adakan video porno.
Apabila masyarakat Melayu ditipu bahawa politik suku agama suku, mudahlah ahli-ahli politik Umno mengaut kekayaan khazanah negara ini. Mudahlah mereka mentekedarah rasuah. Mudahlah mereka ‘mencekik urat merih rakyat’ dengan menaikkan harga barang sesuka hati!
Bagaimana rakyat? Rakyat akan lihat apa saja kemungkaran orang politik depan mata sebab politik suku agama suku! Rakyat akan akur sahaja sebab ustaz terompah kayu Umno mengajar kefahaman Islam seperti seperti Kristian di mana ‘urusan gereja hak gereja, urusan negara hak negara’.
Lantaklah orang Melayu makin miskin melarat, pemimpin Umno makin gendut perutnya!
Mudahnya Umno berpolitik, di mana ada orang Melayu yang masih bodoh di situlah Umno akan jual auta!
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
ReplyDeleteKembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!
Menarik cite kali ni Bang!!!Orang cina suka pakai terompoh dalam pasar borong jer...Ngelok lecoh dan kutu air....Layok loh mereka ditamsilkan sedemikian@dinamakan mereka2 ni Ustaz Sesumpoh je Bang.Jenis makhluk@binatang yang merayap hidup bermuka-muka melihat suasana dan kepentingan diri sendiri dan juak-juak masing2!
ReplyDeleteOleh kerana UmnoApco terlampau kuat semangat dan perjuangan Melayunya, maka saya syorkan keluarlah dari BN supaya tidak bersekongkol lagi dengan Cina MCA, keling MIC, Kadazan, Iban dan dayak. Berdiri dan berjuanglah dengan maruah Melayu yang sesungguhnya. Jangan menumpang bangsa lain untuk merebut kuasa tetapi dalam masa yang sama mengutuk bangsa bukan Melayu itu, terutama agensi parti itu Perkasa Brahim Ali
ReplyDelete