Wednesday, May 11, 2011

Isu Kristian sandiwara Najib – Utusan

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ‘memberi amaran’ agar semua pihak supaya bertenang dan tidak mengeksploitasi isu agama yang sedang dilaporkan dalam media Malaysia (Utusan Malaysia), ramai yang hanya tersenyum sinis.

Ini kerana ramai yang memahami Umno melalui lidah rasminya Utusan, memang sengaja mahu mempergunakan isu Kristian ini bagi kepentingan politik mereka.

“Tolong bertenang sehingga kami mencari faktanya. Ia (mengeksploitasi) tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun. Siapa saja sama ada pembangkang atau pro kerajaan, mereka tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu ini,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika selepas Sidang Kemuncak Asean ke-18.

Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas isu mengenai adanya pihak sedang berusaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia, berkata kerajaan akan menyiasat terlebih dahulu perkara itu dan semua pihak tidak harus membesarkan cerita kerana ia boleh menjadi api dalam sekam.

“Malaysia berpegang kepada peruntukan perlembangan, maknanya Islam ialah agama rasmi Malaysia dan di samping itu agama-agama lain bebas dianuti. Kalau ada sesiapa yang cuba menggugat ketenteraman negara, kita tak akan benarkan perkara ini berlaku sebab yang penting ialah keharmonian dalam negara kita,” katanya.

Teorinya mudah saja, Utusan iaitu akhbar yang berbulan-bulan memainkan isu seks, lucah dan porno selama ini yang merupakan agen Umno yang memainkan isu itu dan tiada kena mengena dengan pembangkang Malaysia. Cuba perhatikan, apa tindakan yang berani dilakukan oleh Najib atau Umno terhadap lidah rasminya itu?

Hakikatnya, taktik terbaru Najib Tun Razak dan Umno pada Pilihanraya Umum akan datang ialah dengan mendapatkan "undi solid" 70% kaum Melayu. Ini setelah melihatkan rekod PRK dan PRN Sarawak sebelum ini, kaum Cina sudah tidak mahu lagi mengundi Barisan Nasional. Maka isu kaum dan isu agama akan digunakan.

BN sudah mula menanamkan kebencian Melayu kepada kaum cina sebelum ini dengan mengedarkan VCD perkauman melampau di dalam sebuah program Karnival 1 Malaysia.

Kali ini demi mengekalkan kuasa, BN memainkan isu agama pula untuk melaga-lagakan orang Islam dan orang Kristian. Kita perlu berhati-hati dengan dua isu yang selalu dibangkitkan oleh BN, iaitu "isu kaum" dan "isu agama", dua isu ini akan membawa kita kepada huru hara, dan mencetuskan pertumpahan darah antara rakyat Malaysia yang berlainan agama dan bangsa.

Demi mengekalkan kuasa Najib dan Umno sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat asalkan dia kekal menjadi Perdana menteri.


1 comment:

  1. Andaian Selamatkan Pahang betul. harakahdaily hari ini menyiarkan kenyataan bekas editor kanan Utusan, yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, bahawa agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

    Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3230-najib-tetapkan-agenda-mingguan-utusan-hata-wahiri

    ReplyDelete