Sunday, July 18, 2010

Pisang menangis di simpang Felda Bukit Damar

Gara-gara dikatakan diadukan oleh orang Umno Bolok, kira-kira 20 ekar tanaman pisang dan kelapa sawit yang diusahakan oleh generasi kedua Felda Bukit Damar, Lanchang dimusnahkan penguatkuasa dari Pejabat Tanah dan galian (PTG) Pahang bersama pejabat tanah Temerloh dengan kawalan beberapa orang polis.

Tanah hutan di luar kawasan Felda bersempadan dengan kampung berkenaan itu didakwa kosong oleh pengusaha berdasarkan pelan yang mereka lihat di pejabat tanah. sebaliknya JKKK Bolok pula dakwa itu tanah RTK Bolok.

Akhirnya hasil pertanian yang berupa pemakanan itu dimusnahkan.



Sebagai tanda protes, pengusaha-pengusaha tanaman berkenaan melunggunkan sebahagian sisa tanaman yang dimusnahkan itu di hadapan simpang jalan masuk ke Felda Bukit Damar.

Antara kain rentang yang tertulis berbunyi: "Terima kasih juara rakyat."

10 comments:

  1. saya ingin sangat perkembangan selanjutnya bersama dengan gambar sekali...
    mari kita war-warkan seluruh dunia..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bang Omar. Saya ada cerita lengkap siap dengan gambar2nya. Tapi blog saya ni tak boleh langsung load gambar sekarang... entah dah dua hari technician baiki internet dan sebagainya, tapi masih gagal...

    Nanti saya usahakan

    ReplyDelete
  3. tauke sayur kat Cameron tak pulak kena macam tu, Mmg ada masuk TV3 tapi aku rasa untuk iklan je tu adalah 1 atu 2 kebun lama yg lain tak sentuhpun. tapi kalau melayu serta merta tindakan diambil

    ReplyDelete
  4. kebun sayur kat Cameron HIghland tu tak berani plak Kerajaan Pahang, PTG dan POLIS ambil tindakan macam yg dipaparkan dalam ADUAN RAKYAT minggu lepas.

    Double standard!!!!

    ReplyDelete
  5. x lame dh BN ni... nate wak gini kt oghe seagama cis!!!

    ReplyDelete
  6. PTG dan POLIS ambil tindakan supaya UMNO kena fitnah...mereka pun dah tak tahan duduk bawah UMNO ....bila ramai orang marah UMNO...senangle nak naikkan PAKATAN RAKYAT...terimakasih pada PTG dan POLIS....(agaknye lah )

    ReplyDelete
  7. Saya rasa, seakan-akan bersetuju dengan pendapat yg akhir ini!

    ReplyDelete
  8. Selamatkan la bumi pahang dr pemerintahan zalim UMNO, dr dulu,k kini dn selamanya UMNO nie zalim..org melayu je ramai x nmpk dn insaf lagi...

    ReplyDelete
  9. ... Umno bagi duit RM50, lepas tu org Melayu menderita 5 tahun... begitulah sokmo

    ReplyDelete
  10. da lame da cite ni...xda pkembangan ke?
    mcm mane nasib si tuan kebun yg dimusnahkan 2?
    apa pembelaan yg dia dapat???????????????

    ReplyDelete