Friday, July 9, 2010

Yang SPRM siasat, yang SPRM tak siasat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menyiasat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun penulis Barry Wain dalam buku terbarunya mendakwa Dr Mahathir bertanggungjawab atas kerugian kewangan dan ‘write-off’ berjumlah RM100 bilion sepanjang perkhidmatannya selama 22 tahun.

Kata Nazri (walaupun belum disiasat), tidak ada sebarang elemen rasuah dalam kandungan buku kontroversi ‘Malaysian Meverick: Mahathir in Turbulent Times’ tulisan Barry Wain.

"Setelah meneliti buku berkenaan, SPRM mendapati secara umumnya tiada elemen rasuah berlaku.

"Dengan itu, SPRM tidak bercadang untuk menjalankan siasatan kerana tiada asas berlakunya kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya menjawab soalan Charles Santiago (DAP-Kelang) di dewan rakyat semalam.

Nampaknya sifir penyiasatan di Malaysia ini senang saja, kalau dakwaan rasuah disuarakan oleh orang Umno seperti kes pasir dan lembu di Selangor, kes kek RM4 di Kelantan dan banyak lagilah... akan segeralah SPRM menyiasat.

Tapi kalau kes melibatkan pemimpin Umno, kroni atau yang sama waktu dengannya, bukan main liat dan punyalah banyak alasannya.

Dengan lain-lain perkataan, rasuah akan disiasat apabila sianu nampak ia rasuah. Sebaliknya rasuah tidak akan disiasat jika sianu nampak ia tidak rasuah. Rasuah ialah apa yang sianu nampak, bukan lagi penyiasatan.

Maaf, kenyataan ini mungkin terlalu prejudis. Tetapi sekurang-kurangnya demikianlah persepsi umum orang ramai terhadap pemerintahan negara sekarang ini.



2 comments:

  1. SPRM DIBAWAH PM,MEMANG ITU KERJA DIA IKUT ARAHAN PM,KERJA KITA BAGI KESEDARAN KEPADA RAKYAT SUPAYA TUKAR PM DARI BN KEPADA PM DARI PR MASA ITU SPRM KENA KERJA LEBIH MASA BANYAK YG PERLU DISIASAT BUKAN SETAKAT SIASAT WARGA BANGLADESH TAK ADA PERMIT CUBA RASUH IMAGEGREESENG DAN SIASAT PESALAH LALU LINTAS CUBA RASUAH FOOOLISH

    ReplyDelete