Setelah kerajaan bertindak menaikkan harga barangan penting termasuk petrol dan gula - yang sudah pastinya menyusahkan rakyat kerana berhadapan dengan kenaikan kos hidup, media-media pro-Umno pula semuanya menyiarkan bahawa rakyat amat berpuas hati dengan tindakan yang 'menyembelih urat merih' mereka itu.
Bukan setakat berpuas hati, malah ada juga yang memuji; "inilah tindakan terbaik kerajaan BN". Ada yang berkata: "tepat pada masanya". Ada yang berhujah "masih murah berbanding Thailand, Brunei dan Singapura". Ada yang berkata, "gula tak bagus jadi tak perlu subsidi".
Demikianlah kononnya ulasan-ulasan rakyat seperti yang disiarkan media pengampu ini.
Hairan, rakyat gembira dengan tindakan kerajaan BN yang mencekik tengkuk dan tekak mereka.
Apakah tanda-tanda pemulihan ekonomi sehingga menjangkau 10% seperti yang diumum PM dulu, menaikkan harga barangan ini bermakna ekonomi kian baik?
Apakah tanda ekonomi makin baik ialah rakyat makin lemas kena cekik?
Apakah andaian Datuk Idris Jala dulu bahawa negara akan bankrap 9 tahun lagi itu betul?javascript:void(0)
Saya fikir semua persoalan ini perlukan wacana khas supaya difahami rakyat kerana mereka tidak sepatutnya ditipu demi hanya kerana politik untuk menjaga imej Umno/BN!
No comments:
Post a Comment