Friday, July 30, 2010

Lagak Sharkar jadi buah mulut penduduk TJ

Hari ini ialah hari pertama Solat Jumaat didirikan di masjid baru Temerloh Jaya yang baru beberapa bulan disiapkan. Sebuah masjid besar bagi menampung keperluan ibadat penduduk di kawasan perumahan terbesar di Temerloh ini.

Beberapa orang pembesar datang bersembahyang Jumaat di situ, antaranya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Ketua Umno Bahagian Temerloh Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dan beberapa pegawai dari Jabatan Agama.

Sebelum ini isu pelantikan AJK masjid berkenaan agak kecoh sedikit apabila Umno mahu ahli parti mereka menjadi AJK masjid itu. Sedangkan Majlis Agama Islam Pahang (Maip) melalui Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) mahukan AJK Masjid An-Najah (masjid lama) dikekalkan sebagai AJK.

Perkara ini disentuh dan dinafikan sendiri oleh Ketua Umno Bahagian Temerloh dalam akhbar Sinar Harian.

Tetapi tadi ada satu lagi cerita. Seusai bersembahyang Jumaat dan berjalan keluar dari masjid, Adun Lanchang, Sharkar bertindak membuat provokasi terhadap Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Latif yang juga baru selesai menunaikan solat di situ.

Menurut saksi, antara lain Exco Kerajaan Pahang yang ditemani kira-kira 8 orang pengawalnya itu dengan nada kuat dan sinis berkata (lebih kuranglah): “Kita akan buat bilik gerakan Umno di kawasan masjid ini... ,” katanya.

Kemudian Ustaz Rahim dengan nada sabar meminta Sharkar jangan campur tangan hal ehwal masjid.

Mendengar ‘nasihat’ Ustaz Rahim itu, Sharkar seolah-olah jadi makin garang dan menuduh dan mengaitkan Ustaz Rahim sudah tiga kali ‘mengenakannya’.

Perbuatannya itu disaksikan oleh ramai orang Temerloh Jaya dan sehingga malam ini, seluruh kariah masih bersembang tentang peristiwa bersejarah itu dan mengaitkan feel perangai Sharkar yang sedemikan rupa.

Mereka juga tidak lepas membandingkannya dengan timbalannya Saifuddin yang tidak kedekut dengan senyuman dan tidak lokek untuk bersalaman dengan orang ramai.

Sharkar mungkin agak terlepas kawalan diri sedikit pada masa itu sehingga terpaksa ditenangkan oleh beberapa orang pengikutnya untuk pergi sebelum berlaku sesuatu. Sharkar juga mungkin tidak terasa bersalah apa-apa.

Namun insiden tersebut telah terpahat dalam sejarah dan di celah-celah itulah ramai yang mengetawakan: “... lihat, inilah bukti Umno mahukan perpaduan dengan PAS.”






3 comments:

  1. lps nie x merasa la dia jd YB kt lanchang lg, nanti najis yg dia tgl kt lanchang tu, org lain tlg sapu..haha!!

    ReplyDelete
  2. Tapi rasanya lepas ni klu dia bertanding kat Lanchang, dia menng lg...

    kecualilah 35 % org melayu Lanchang melakukan perubahan

    ReplyDelete
  3. Emmmm siapa yang tak kenal "landak' ni....tanya je la pada TI Kuantan Boys sekitar tahun 1978- 1979.Ingatkan dia dah berubah, rupanya idok....

    ReplyDelete