Bercakap tentang Datuk Tan, beliau barangkali tentu teringat tentang penduduk Kampung Batu 13 dalam Dun Chenor yang mengusaha dan memohon tanah di Ulu Gumbai.
Mohonnya sudah lama dan berkali-kali kerana tanah tersebut telah diusahakan mereka sejak tahun 1970-an lagi.
Kaitannya dengan Datuk Tan ialah penduduk mendakwa Exco itu sering berjanji meluluskan kira-kira 200 lot tanah itu. Kali terakhir beliau berjanji untuk mengusahakan kelulusannya dalam masa terdekat ialah sebelum PRU 2008 yang lalu.
Namun selepas pilihan raya Datuk Tan terus 'menyembunyikan tengkuknya, senyap dan buat-buat lupa janji.
Sebenarnya permasalahan tanah bukan saja terlibat di Ulu Gumbai, bahkan berlaku di kebanyakan kawasan dalam daerah Maran. Semuanya disebabkan birokrasi, perhitungan politik dan memang betul-betul lembab. Apa tidaknya, Umno selama ini hanya memperjudikan kelulusan tanah, atau mengumpannya kepada orang Melayu luar bandar untuk tukaran undi pilihan raya.
Bukan baru, tetapi telah berlanjutan sejak setengah abad yang lalu.
Saya fikir jika diberi pilihan, pemohon tanah di Ulu Gumbai tentu mahu berkara begini: "Dato Tan kalau tak mampu lagi membantu dan menyelesaikan tanah rakyat, baik turun saja dari jawatan YB supaya dapat dipilih wakil rakyat yang betul-betul boleh membela nasib rakyat. Bukannya yang hanya fikir nak bina 'istana kecil' di Chenor!"
No comments:
Post a Comment