Tuesday, July 13, 2010

Virus di Lubuk Yu dan peneroka mewah

Baru beberapa minggu peneroka Felda atau anak-anak mereka bertempik marahkan Suara Keadilan yang menyiarkan berita ‘Felda (akan) bankrap’ (kalau terus dibiarkan), beberapa hari ini peneroka sekitar Jengka tiba-tiba cemas.

Kalau sebelum ini mereka seakan-akan bukan main lagi takburnya menjerit dan mendakwa mereka sangat ‘mewah’ berada dalam Felda (macam warga Brunei dan Singapura), sehari dua ini mereka bukan main lagi pula gementarnya.

Semua ini gara-gara kejadian enam orang meninggal dunia akibat dijangkiti bakteria meilioidosis dan leptospirosis iaitu virus kencing tikus di Lubuk Yu, Jengka dan kini kawasan rehlah hutan lipur itu ditutup kepada pengunjung.

Air Terjun Lubuk Yu selama ini menjadi kebanggaan peneroka Felda sekitar Jengka selama ini kerana merupakan salah satu tempat untuk mereka berpiknik, ada juga yang mengambil kesempatan melakukan maksiat serta mendatangkan sumber rezeki dengan kedatangan pelancon laur dan domestik.

“Dalam situasi sekarang, kita tidak boleh menuding jari kepada sesiapa kerana khuatir punca kejadian itu adalah berpunca daripada sikap manusia yang tidak mementingkan kebersihan alam sekitar sehingga menyebabkan pencemaran di kawasan pelancongan itu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Setakat ini pihak kerajaan dan beberapa pihak saling tuding-menuding dan mendakwa virus yang menyerang adalah disebabkan isu kebersihan dan angkara (bala) maksiat di pusat perkelahan Lubuk Yu.

Siapakah yang perlu dipersalahkan sama ada Majlis Daerah Maran (MDM), Jabatan Perhutanan Negeri, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Jerik, Jabatan Agama Islam Daerah (Paid), wakil rakyat, peniaga makanan ringan atau pun pengunjung?, soal sebuah akhbar.

Lubuk itu kini di bawah Jabatan Perhutanan Negeri dan difahamkan tiada agensi bertanggungjawab dalam menyelenggarakan kemudahan asas termasuk sampah.

Dalam usaha memberi keselesaan kepada pengunjung, peruntukan Kerajaan Negeri disalurkan namun cukup mengecewakan apabila kemudahan yang dinaik taraf tidak dapat digunakan selepas dua hari kerja siap.

Walaupun tong sampah disediakan, namun longgokan sampah sarap dengan botol minuman keras bersepah-sepah sehingga menyakitkan mata memandang.

Isu itu bukan perkara baru kepada pengunjung dan penduduk kerana berlarutan sejak tujuh tahun lalu malah tiada sebarang tindakan diambil untuk mengatasinya.

Tidak kiralah apa sebenarnya yang berlaku.

Cuma kita harap selepas ini ada peneroka, atau anak mereka atau anggota MBFM bangkit berdemonstrasi meminta kerajaan memberi perhatian serius kepada permasalahan penduduk Felda.



2 comments:

  1. Salam,
    Yie...koi setuju beno dengan ayat terakhir aok tu...- http://akeynet.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Wasalam aki.net. Terima kasih...

    Semoga apabila datang kebenaran, maka muslah kebatilan...

    ReplyDelete