Wednesday, July 28, 2010

Gambar ular besar: Utusan menipu rupanya!

Perhilitan: Foto Ular Gergasi Sungai Siput Tidak Benar

IPOH:
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini menyangkal laporan penemuan seekor ular raksasa di hutan Sungai Siput dekat sini baru-baru ini seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian, Rabu.

Pengarahnya, Shabrina Shariff berkata, pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati gambar tersebut berasal dari China malah tiada laporan atau kes penemuan ular raksasa di kawasan berkenaan.

"Kita juga mendapati gambar (yang disiarkan akhbar itu) itu dapat dilihat dalam internet melalui pelbagai laman web...gambar yang berasal dari China itu disebarkan sejak tahun 2009," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut laporan akhbar berkenaan, ular raksasa itu dijumpai oleh sekumpulan pekerja balak di hutan Sungai Siput baru-baru ini dan ular berkenaan kemudiannya dibunuh.

Shabrina berkata, Perhilitan juga sebelum ini pernah melihat gambar seperti itu yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Sabah selain laporan mengenai dakwaan penduduk di Paloh Inai, Pahang pada Mac lepas mengenai penemuan ular raksasa.

Beliau berkata, memang terdapat ular besar di Malaysia seperti ular sawa tetapi belum pernah dijumpai ular sebesar itu.- BERNAMA


3 comments:

  1. persoalan:
    1. kalau dari China, kenapa pekerja dalam traktor tu India.

    2. kalau tengok pokok2 n tumbuhan2 dalam gambar tu, tumbuhan2 itu tidak terdapat di China.. tapi boleh dijumpai di hutan khatulistiwa.

    3. Bunga pada ular sawa tu tak terdapat pada spesis ular2 di China.

    Sum1 hiding sumthing??

    -Yod-

    ReplyDelete
  2. bodoh juga yee....penulis blog ni...

    cite nye mcm ni ..macam kes di port dickson..ada mangsa kena gigit di dlm air.semasa mangsa mandi di pantai.bila di siasat katanya buaya.tapi akhbar picisan mengatakan bukan dan bohong.Mereka kata utusan pun bohong.Tapi bila dah terdapat bukti..mengatakan memang benar buaya..semuanya diam.nak tulis sesuatu cite ti selidik dulu.
    betul ke mahathir ada akaun di Israel tu..? bukankah Anuar Al Juburi pun ada akaun nya di sana juga...? Pas ni tak habis habis minta sumbangan nak bina masjid la,nak bina kompleks PAS la.kan ADun PAS MELOR tu banyak duit.minta le kat dia.
    wassalam

    ReplyDelete