Langkah kerajaan membenarkan kakitangan pendidikan atau guru berijazah berpolitik berkuat kuasa 1 Ogos ini, memang ada baiknya kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk berbakti, menyumbang dan membei idea untuk pembangunan bangsa.
Jika dilihat dalam Umno dulu-dulupun, kumpulan gurulah dahulunya yang dominan memperjuangkan isu-isu orang Melayu, sebelum diambilalih oleh korporat dan ahli-ahli perniagaan.
Keputusan itu yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam, membabitkan 140,000 guru.
Lagipun mereka ini daripada kumpulan cerdik dan berpendidikan. Boleh kita katakan, mereka merupakan kumpulan majority Melayu pintar. Jadi lojiknya sudah tentu jika menceburkan diri dalam arena politik, dapat menyumbang sesuatu kepada negara. Kepintaran mereka tidak sepatutnya ‘dipetisejukkan’.
Sebelum ini, selama 17 tahun pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dilarang aktif dalam politik, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik,
Dalam tempoh tersebut, hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan sahaja yang dibenarkan bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik.
Oleh kerana pendidikan dan taraf pemikiran mereka tidak setinggi kumpulan kategori A, maka sudah tentu taraf berpolitik mereka juga rendah dan kurang berkualiti. Barangkali inilah yang menyebabkan antara sebab berlakunya kerosakan sistem politik, rasuah, cantas mencantas dan bunuh membunuh apabila politik sudah dilihat sebagai destinasi ‘mencari makan’.
Budaya mengampu dan fitnah juga menjadi amat subur kerana mereka naik dalam politik bukan kerana merit.
Oleh kerana politik ini memimpin, maka kadang-kadang wujud kes ‘si-bodoh memimpin si-cerdik’ akibat kesalahan dasar kerajaan BN sendiri sebelum ini.
Cuma apa yang kita khuatirkan, berdasarkan perkiraan politik sebelum ini, apa yang dikehendaki dengan kumpulan A tersebut boleh berpolitik hanya untuk Umno dan BN.
Dengan lain-lain perkataan, aktiflah berpolitik tetapi dengan mendokong Umno bukan PAS.
Seperti tragedi-tragedi sebelum ini, mereka yang memilih untuk bersama bukan Umno/BN, selalunya akan menjadi mangsa pertukaran, disekat naik pangkat dan dihalang daripada pelbagai peluang.
Semua itu pernah terjadi dan hakikat ini tidak boleh dinafikan.
Kesimpulannya, membenarkan guru siswazah berpolitik adalah langkah amat wajar tetapi biarlah ikhlas demi untuk mambangunkan anak bangsa, bukannya untuk kepentingan Umno yang sudah mula diketepikan oleh golongan profesional pada m,asa ini.
AWAS!! jerangkap samar UMNO...
ReplyDeleteYa, saya setuju dgn mempatih, hati-hati dgn jerangkap samar Umno.Lepas ni mereka akan jelas sapa PAS sapa Umno, jadi senanglah mereka nk bertndak!
ReplyDelete