Friday, December 14, 2018

YB Luit rasmi 'kedai makan Melayu di pekan Cina'

Sofian bersama Izhar suami isteri



Adun Luit Sofian Abdul Jalil pagi ini merasmikan sebuah restauran yang baharu dibuka di pekan Sri Jaya, Maran.

Kedai makan yang terletak di bangunan baharu pinggir jalan lama Kuantan-Temerloh itu diusahakan oleh Mohd Izhar Abu Bakar bersama isterinya Norizha 
Abd Rashid dari Felda New Zealand, Maran.

Thursday, December 13, 2018

100 terima sumbangan dalam siri 1 back to school


Seratus pelajar dari ketiga-tiga Dun dalam Parlimen Kuala Krau menerima barangan peralatan sekolah dalam siri 1 program Bantuan Back to school di dewan Masjid Lama Bandar Jengka petang tadi.

Program dianjurkan bersama Sekretariat Dun Jengka, Lajnah Kebajikan Parlimen Kuala Krau dan Muslim Care.

Sumbangan disampaikan oleh Adun Jengka yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krau Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.

Wednesday, December 12, 2018

TH: Tubuh RCI dulu, jangan politik

Isu kerugian Tabung Haji (TH) dilihat satu lagi muslihat untuk menghukum kerajaan lama melalui mahkamah media, sedangkan ia belumpun lagi dibicarakan.

Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad dengan tegas meminta ditubuh segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi disiasat segera selanjutnya diambil tindakan kepada yang bersalah untuk menyelamat Institusi kewangan umat Islam yang terbesar itu.

Katanya, pada masa ini, menteri hanya berbicara di mahkamah media. Lagipun kuasa sudah ada lalu janganlah masih berlagak seperti pembangkang. Tidak perlu cakap banyak, ambil sahaja tindakan terhadap mereka yang terlibat kerana kebajikan pendeposit mesti diutamakan. 

Sunday, December 9, 2018

PAS tidak selamanya pembangkang: PJ

Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, parti itu dalam keadaan sangat hampir untuk mencapai kemenangan di negeri ini, asal sahaja seluruh 
ahli bersiap sedia mengikuti Pelan Tindakan
Strategik yang disusun.

"Saya faham ahli PAS tidak mahu selamanya berada sebagai pembangkang, oleh kerana itu semua lapisan dan peringkat perlulah fokus kepada pelan tindakan yang ditetapkan oleh negeri untuk menuju ke arah itu," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Munakasyah Ucapan Dasar Presiden di Kompleks Almakmur, Kerdau, Temerloh.

Friday, December 7, 2018

5,000 hadiri Himpunan Perpaduan Kesatuan Ummah 612 Temerloh Bergema

Peserta himpunan dari pandangan jauh 
Kira-kira 5,000 orang hadir di Himpunan Perpaduan Kesatuan Ummah 612 Temerloh Bergema malam tadi yang berlangsung  di Dataran Temerloh malam tadi dengan penuh aman.

Program yang dianggap bersejarah kerana mengumpulkan dua kumpulan terbesar Melayu itu dimulakan dengan solat maghrib dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas negeri Ustaz Mokhtar Senik diikuti solat hajat dan Isyak.

Thursday, December 6, 2018

1 tan dadah bernilai 35 j dirampas

Kampar, 6 Disember 2018: Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket memproses dan mengedar pelbagai jenis dadah bernilai RM35 juta dalam dua serbuan di sebuah kilang dan pangsapuri masing-masing di Gopeng dan Kampar kelmarin. 

Serbuan yang bermula pada pukul 7.45 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu turut berjaya menahan empat lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 39 tahun. 

Isu Lynas: MESTECC disaran cermati rumusan penilaian lamp



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa pihak Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meneliti dengan cermat rumusan Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) 2018 yang telah diterbitkan supaya keputusan yang diambil oleh kerajaan berobjektif dan adil untuk semua pihak.

Himpunan 8 Dis solidariti keutuhan negara, kontrak sosial

HIMPUNAN ANTI ICERD 8 DISEMBER ADALAH SOLIDARITI TERHADAP KEUTUHAN NEGARA DAN KONTRAK SOSIAL

Oleh : DR RIDUAN MOHAMAD NOR 

Riuh geger pemimpin politik kerajaan dan para Menteri mengulas himpunan ummah yang bakal melakar sejarah negara semenjak enam dekad kemerdekaan. Ironiknya pak Menteri separa dungu ini memberikan pelbagai cadangan supaya ummat Islam tidak menghadirkan diri ke program himpunan yang dirancang, walhal mereka politikus jalanan yang mencipta nama melalui siri -siri bantahan awam sebelum ini.

Himpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadual 8 Disember ini akan tetap diteruskan, walaupun tidak disenangi dan dicemburui  oleh sesetengah pihak. Bahkan ada kelompok agamawan  yang berusaha melarang himpunan ini dengan alasan kerajaan sudah tidak lagi meratifikasi ICERD dan mengelakkan ketegangan kaum berikutan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya minggu lepas. Tentera cyber upahan regim cuba melontarkan pelbagai saraf di alam maya supaya himpunan anti ICERD menemui kegagalan.

Wednesday, December 5, 2018

Bantah ICERD: Julung kali PAS, Umno sepentas di Temerloh hari ini

Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar menyeru seluruh masyarakat berdekatan untuk hadir ke Himpunan Kesatuan Ummah Negeri Pahang atau 612 Temerloh bergema hari ini, bersamaan 6 Disember.

Katanya, himpunan tersebut sebagai satu semangat dan lonjakan sebelum ke himpunan yang lebih besar membantah ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka, pada 8 Disember 2018.

Sementara itu untuk himpunan di Dataran Temerloh hari ini, akan bermula dengan Solat Maghrib berjamaah dan Solat Hajat yang akan diimamkan oleh tokoh ulamak Tuan Guru Haji Mohd Baqi.

Walau sedang sakit guru tegar mengajar di hospital

Kesakitan yang dialaminya tidak menghalang Cikgu Zakuan daripada
terus menyampaikan pelajarannya.
Oleh RAMLI AWANG ABDUL RAHMAN

Pengorbanan seorang guru ini memang luar biasa. Kita biasa membaca kisah pelajar mengambil peperiksaan di hospital, tetapi jarang-jarang terdengar guru terpaksa mengajar di Hospital.

Namun inilah kisah Pengorbanan Cikgu Mohd Zakuan Yusof, 49 tahun, yang mengajar subjek Ekonomi  dan Perniagaan di Sekolah Menengah Agama Chenor.

Tuesday, December 4, 2018

Penganjur himpunan ummah 8 hb sedia khidmat guaman

Para peserta ke Himpunan Membantah Rektifikasi ICERD 8 Disember nanti tidak perlu gusar sekiranya terjadi sebarang kemungkinan kerana Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS akan menyediakan Pasukan Peguam bagi membantu penganjur  dan peserta  .

Meskipun penganjuran telah mendapat lampu hijau daripada pihak polis dan DBKL, pasukan Peguam ini akan berada di ketiga-tiga ‘ Check Points’ dan Dataran Merdeka semasa himpunan berlangsung .

Monday, December 3, 2018

Baju-T ‘uncle deyy’ pula popular

Kelibat seorang lelaki India yang ditularkan dalam sebuah video berdurasi sembilan saat dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Petaling Jaya minggu lalu, akhirnya diambil kesempatan oleh peniaga.

Terkenal dengan jolokan ‘uncle deyy’ oleh netizen, gambar aksi seorang ahli perniagaan, S Kanagarajah akhirnya diabadikan pada cetakan baju-T yang dikatakan begitu laris jualannya pada masa ini.

Friday, November 30, 2018

PRK Cameron Highlands: BN masih perlukan PAS

Dengan komposisi pengundi Melayu 34%, Cina 30, India 15 Orang Asli 21, sudah tentu BN sekali lagi akan perlukan sokongan padu daripada PAS khususnya bagi mendapatkan undi Melayu.

Pada PRU 14 yang lalu BN melalui calonnya dari MIC Datuk C. Sivarraajh, menang dengan majoriti 597 undi apabila mendapat 10,307 undi.

Manakala saingan terdekatnya Manogaran dari PKR (PH) M. Marimuthu mendapat undi. PAS pula yang buat julung-julung kalinya bertanding di situ diwakili bekas guru Wan Mahadir Wan Mahmud, memperoleh 3,587 undi.

Thursday, November 29, 2018

PAS Jengka kehilangan dua ahli serentak hari ini

 
Ustaz Shahril (3, kiri) membantu mengangkat
jenazah seusai solat jenazah pagi tadi
Oleh : SHAHRULRUDDIN MUSA

PAS Jengka kehilangan dua ahlinya serentak hari ini Allahyarham Hj. Arshad Baharom, 78, dari  Jengka 15 dan Allahyarham Mohd Zulhusni Mohamad Zin, 31 tahun, dari Jengka 14 meninggal dunia dan dikebumikan hari ini.

Difahamkan Hj Arshad meninggal akibat mengalami sakit jantung manakala Zulhusni pula meninggal akibat cedera parah selepas kemalangan motosikal.

Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Jengka hadir mengimamkan solat Hj Arshad pada jam 9.45 pagi tadi kemudian mengimamkan solat jenazah Zulhusni kira-kira sejam selepas itu.

Wang rakyat dan kuil haram

The Star versi online semalam melaporkan, Kerajaan Selangor berkemungkinan akan membelanjakan wang bagi membeli tanah lokasi tapak kuil Sri Maha Mariamman yang menimbulkan keributan pada masa ini, bagi menyelamatkan kuil haram itu daripada dipindahkan.

Jika ini benar, ia adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kerana wang bagi membeli tanah itu datangnya daripada hasil negeri.

Wednesday, November 28, 2018

Terengganu tenteram tanpa perkauman

Kenyataan Media 
Menteri Besar Terengganu Darul Iman

TERENGGANU KEKALKAN KETENTERAMAN ANTARA KAUM

Kerajaan Negeri Terengganu menyokong penuh kenyataan rasmi Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertajuk ‘Keharmonian dan Ketenteraman Awam Diutamakan’ berikutan insiden Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, USJ Subang Jaya baru-baru ini. 

Walaupun kejadian ini berlaku di luar Terengganu, namun ia memberi kesan emosi dan psikologi kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Tuesday, November 27, 2018

Jumlah kuil lebih banyak dari masjid?

*RIDHUAN TEE: KUIL HINDU LEBIH BANYAK DARI MASJID*
Berikut adalah kenyataan penuh Dr. Ridhuan Tee Abdullah mengenai kuil Hindu yang lebih banyak daripada masjid umat Islam sendiri di negara ini yang disiarkan di Ismaweb pada 17 Oktober lepas.

Ia disiarkan kerana memandangkan isu terkini mengenai Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya semakin hangat namun kita mengharapkan semuanya akan diselesaikan tanpa pertelingkahan termasuk jangan ada pihak seperti ADUN DAP, Ganabatirau a/l Veraman yang mengambil kesempatan memburuk-burukkan orang Islam di negara ini.

Tujuan berkhatan memelihara kebersihan

Ustaz Shahril, tengah, bersama Naib YDP PAS Kawasan, Pak Sheikh Nazri, di majlis berkenaan
Oleh  SHAHRULRUDDIN MUSA

Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berkata, tujuan amalan berkhatan di kalangan kanak-kanak lelaki Islam adalah untuk menjaga kebersihan.

“Berkhatan adalah bertujuan untuk kebersihan diri dan merupakan amalan yang dituntut dalam Islam yang amat memelihara kebersihan," katanya ketika merasmikan program Berkhatan dan Pemeriksaan Kesihatan yang di adakan di Masjid Lama Rantau Perintis kelmarin.

Doakan anggota bomba yang parah diserang perusuh di Kuil Seafield

Satu status dari Jabatan Bomba dan penyelamat hari ini memohon agar rakyat Malaysia mendoakan pemulihan segera seorang anggota mereka yang tercedera teruk ketika menghadiri operasi kebakaran semasa berlaku rusuhan di kuil Seafield, Subang Jaya awal pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun,  patah tulang rusuk dan mengalami paru-paru pecah yang berkemungkinan dihentak atau dipijak selepas diserang perusuh di tempat ibadat agama Hindu berkenaan.

Isu gaduh di kuil: Exco DAP keterlaluan!

Isu pertempuran dan pergaduhan antara kumpulan di Kuil Sri Mariammam, USJ 25, Putra Heights yang diulas begitu agak rasis oleh oleh seorang Exco berbangsa India dari DAP, dibantah oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor.

Exco Kerajaan Selangor, Ganabatirau sebelum itu memuat naik dalam facebooknya berkenaan pertelingkahan berkenaan, cuba menyemarakan sentimen perkauman melampau dengan melempar tuduhan bahawa kumpulan muslim telah menyerang kuil. Sedangkan polis mengklafikasikannya sebagai melibatkan "dua kumpulan bangsa India" atau kumpulan pemaju dan penganut kuil, tanpa menyebut bangsa terlibat.

Friday, November 23, 2018

Hak istimewa Melayu menurut pakar sejarah

*"..HAK ISTIMEWA KAUM MELAYU & BUMIPUTRA TIDAK BOLEH DIPERSOALKAN.."* - Prof. Dr Khoo Kay Kim 

_*Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang MEMPERSOAL atau MEMPERTIKAIKAN Perkara 153 dalam PERLEMBAGAAN NEGARA yang mengiktiraf kedudukan dan HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA adalah BUTA SEJARAH dan tidak memahami Perlembagaan,*_ kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

Thursday, November 22, 2018

Tiada Lagi lesen premis judi baharu di Pahang

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menjelaskan tiada lagi kelulusan bagi premis perjudiaan yang baharu di negeri ini, malah ia dikurangkan jumlahnya berbanding lesen sedia ada.

Demikian dinyatakan oleh Adun Jengka Shahril Azman Abdul Halim pada hari ketiga Sidang DUN Pahang hari ini.

Katanya, ketika membahaskan soalan ke 10 yang dikemukakan Adun Chenor Mujibur Rahman Ishak yang menanyakan, apakah pihak kerajaan negeri bersedia untuk mengkaji semula aktiviti perjudian yang mendapat lesen premis perniagaan.

Wednesday, November 21, 2018

Sidang media selepas dewan hari ini

Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli AbduH Jabar dalam sidang media secara live, mencadangkan supaya hasil balak 30% disumbangkan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri supaya boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk negeri ini sekali gus dapat mengurangkan hutang dengan kerajaan persekutuan yang membelenggu selama ini.

Sidang media diadakan di ruang legar hotel Grand Darul Makmur.

Adun Beserah Andansura Rabu, bercakap tentang belanjawan negeri Pahang yang disampaikan oleh Menteri Besar Isnin lalu.

2 Adun Dap bantah sentuh tragedi 13 Mei

Dua Adun Dap dari Triang dan Tras, tidak puas hati dengan kenyataan: "... peristiwa 13 Mei mungkin berulang" oleh Adun BN Peramujaya Sheikh Fuzi yang berbahas isu 
Ratifikasi ICERD. Dengan itu beliau mahu 
Adun berkenaan menarik balik.

"Kita tidak mahu wujud rasa tidak selesa dalam dewan ini," kata Leong Mei Mei.

Namun speaker berpandangan bahawa Adun Peramujaya hanya memetik fakta sejarah dan yang disebutkannya tidak berunsur ugutan maka tidak perlu menarik balik.

Langsung: 2 Adun PAS bahas usul ICERD

Adun Jengka Shahril Azman mewakili Adun-adun PAS berucap menyokong usul bantahan ratifikasi ICERD.
Beliau membangkitkan semula ucapan dalam sejarah Presiden MCA 
Tun Tan Siew Sin pada tahun 1969 yang mengatakan orang Melayu adalah bangsa yang baik kerana menerima malah beri kerakyatan kepada kaum Cina. Jadi hormatilah kaum Melayu sebagaimana mereka menghormati kita.

Bekas Presiden MIC Mendiang Presiden Tun Sambanthan pula berkata, bangsa India tidak diterima di Sri Lanka, di Burma tetapi dan tidak diterima Burma tetapi diterima di Tanah Melayu.

Langsung dari Sidang Dun.... 3

Adun Kuala Sentul Datuk Seri Shahaniza Shamsudin memulakan perbahasannya kira-kira jam 2.40 petang, menolak ratifikasi ICERD. 

Beliau antara lain memetik kenyataan bekas Ketua Hakim Negara jika diluluskan akan memberi kesan kepada perlembagaan persekutuan sendiri termasuk Fasa 153.

Beliau membayangkan kesan kepada pelaksanaan ICERD agama dalam negara ini boleh menyebabkan campur tangan dalam agama sambil memberi contoh beberapa negara dan kenyataan Tun Abdul Hamid sendiri.
Yang dibimbangi, kesan juga kepada raja-raja Melayu

Beliau juga merumuskan ICERD sebagai Malayan Union bentuk baru.

Demi menjaga keharmonian kaum, beliau berharap Dewan menolak.hasrat ratifikasi tersebut.

Turut mengambil bahagian, Adun Jengka, Peramujaya dan Pelangai.

Langsung dari sidang Dun... 2

Usul tergempar menolak ICERD

Dewan Undangan Negeri akan membahaskan penolakan ratifikasi ICERD yang dibangkitkan oleh kerajaan Pusat.

Usul yang disebutkan speaker itu diusulkan oleh Adun Kuala Sentul Datuk Seri Shahaniza Shamsudin.

Usul tersebut kemudiannya disokong oleh Adun Tanjung Lumpur Rosli Abdul Jabar.

Perbahasan akan bermula selepas rehat petang ini.


Langsung dari sidang Dun... 1

Yang Dipertuan Dewan tegur Adun Teruntum

Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang menegur Adun Teruntum Sim Hon Siang supaya berucap menghadap kepadanya dan tidak memandang ke arah lain, berdasarkan peraturan dewan.

Adun tersebut ketika itu sedang berucap dalam Rang Undang-undang Perbekalan, menyentuh isu pasar besar Kuantan yang dicemari najis burung dan tikus.

Mengenai balai daerah polis usang, Exco yang juga Adun Benta Datuk Sofi Razak meminta beliau berurusan dengan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, mewakili Kerajaan Persekutuan, supaya perkara tersebut dapat disegerakan.

Monday, November 19, 2018

Idris tempelak Anwar: Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik

Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad menempelak sekali gus menjawap kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kongres parti tersebut berakhir semalam, yang menuduh PAS (juga Umno) hanya mahu menjadi hero dalam isu Melayu tetapi senyap dalam isu 1MDB.

Kata Ustaz Idris dalam tulisannya, ada tuduhan yang mengatakan PAS hanya lawan ICERD sahaja. Tak lawan 1MDB.