Daerah Temerloh di Pahang dijangka dilanda ribut PETIR disertai hujan lebat bermula petang ini (Isnin).
Demikian amaran dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang terbaharu.
Turut dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Pahang ialah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Maran, Bera, Pekan dan Rompin).
Di Selangor pula melibatkan Gombak dan Hulu Langat, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka turut melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan (Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun).
Sementara itu, di Sarawak pula melibatkan Kuching, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu dan Kapit (Song) manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).
Amaran dikeluarkan pada 2.40 petang itu dijangka berlaku sehingga jam 6 petang pada Isnin.
Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
No comments:
Post a Comment