Tuesday, June 29, 2010

Ulamak sertai Umno: Satu Malaysia kena tipu

Ini berita yang baru kami terima.

Sebenarnya hanya tiga atau empat orang sahaja ulamak muda yang menyertai Umno, manakala selebihnya yang datang pada malam tersebut hanya kerana ‘diperangkap’ supaya hadir.

Mungkin program tersebut terpaksa diatur begitu rupa, kerana jika hanya tiga, empat orang ulamak yang mahu masuk Umno, 'siaran langsung' yang dipaparkan di telivisyen itu tidak nampak hebat dan grand.

Kenyataan tersebut didedahkan kepada Selamatkan Pahang sebentar tadi oleh satu sumber yang layak dipercayai.

Menurut sumber berkenaan, lebih 30 orang ulamak muda yang berbaris bersalaman dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas di PWTC itu akan hadir ke satu program Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan malam ini. Mereka dijangka akan membuat pengakuan dalam satu sidang media dengan mendedahkan apakah sebenarnya terjadi pada malam tersebut.

Alangkah bodohnya dunia, terpedaya dengan gelagat tiga empat orang ustaz yang gelatat sangat nak masuk Umno, sehingga menyangka sudah ada ‘arus baru’ menyokong Umno dari institusi ulamak yang selama ini amat dihormati oleh orang Melayu .

Alangkah bodohnya pemimpin tertinggi Umno (jika mereka percaya), yang dikelentong oleh tiga, empat orang ulamak yang kerana menurutkan hawa nafsu untuk menyertai parti itu, mereka sanggup memerangkap ulamak muda yang lain untuk berbaris bersalam dengan Najib.

Mungkin beberapa pemimpin PAS juga terpedaya, sehingga telah membuat beberapa kenyataan. Realitinya, pada malam tersebut hanya tong kosong yang dipukul.

Jadi, confirm... tiga empat orang ulamak nak masuk Umno punya hal, satu Malaysia kena tipu!


Khasiat Betik

Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum kasturi.


Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.


Monday, June 28, 2010

Apa signifikannya kepada PAS 40 ulama masuk Umno?

Akhirnya Jumaat lalu sekumpulan 40 ulama muda bertindak menyertai Umno. Mereka menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Alasan yang diberi untuk menyertai Umno ialah untuk menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno menyediakan ruang yang lebih besar, bukan untuk berpolitik, kata beliau.
Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama.

Seorang yang menamakan dirinya Abu Anis, yang mengaku kenal dengan Fadlan dan kumpulan ulamak muda berkenaan, mengulas dalam laman Malaysian Insider bahawa kumpulan tersebut masuk Umno kerana terpaksa.

“Mereka telah disiasat berkenaan dakwaan JI, Wahabi. Sebab tu masuk Umno.ternyata mereka ini lemah tak tahan diuji. Bercakap saja ikut sunnah dan aqidah yang sahih tapi tuan-tuan tengok sendirilah..., “ tulisnya.

Ada pula yang berkata, mereka ini, dengan kefahaman yang ada, tidak mendapat tauliah untuk mengajar di surau masjid, terutama di negeri Selangor. Jadi dengan menyertai Umno, konon ceritanya, dapat memudahkan mereka memperolehi permit mengajar dan berceramah selepas ini.

Apa-apapun alasannya, mereka sudah menyertai Umno. Sebagai warga dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, kita tidak boleh mempertikaikan mereka. Sebab, itu hak mereka.

Namun bagi PAS, perkara ini tidak boleh diterima sebagai enteng dan remeh sahaja. Saya katakan demikian kerana terdapat pandangan sinikal dan bersikap tidak kisah dengan kemasukan tersebut. Pada hal ia sepatutnya dijadikan cabaran.

Pada saya, sikap ini silap... jika PAS bertekad menggantikan Umno menjadi parti pilihan orang Melayu, sebagai wadah untuk ke Putrajaya selepas PRU ke-13 nanti.

Ya, kita mengaku, setakat mana sangatlah 40 orang ulamak masuk Umno, berbanding mungkin lebih 40,000 ulamak muda yang telah sedia ada dalam PAS sekarang.

Kita pun boleh berhujah, Imam Besar Masjid Negara Ustaz Pirdaus Al-Hafiz pun entah ke mana setelah bergelumang dalam selut Umno!

Namun begitu kita kena ingat, kemasukan mereka ke dalam Umno luar biasa. Mereka masuk Umno dengan disaksikan oleh mungkin lebih 15 juta rakyat Malaysia melalui kaca televisyen di rumah masing-masing dan diulang-ulang.

Dan selepas ini mereka akan dipergunakan Umno untuk menggambarkan bahawa parti itulah yang mahu mendaulatkan Islam di bumi ini. Mereka akan ditaja untuk bergerak ke serata ceruk dan pelusuk penempatan orang Melayu untuk ‘berdakwah’ tentang betapa islamiknya Umno dan betapa perlunya diundi.

Bayangkan bagaimana perasaan dan sikap orang Melayu di kampung-kampung apabila tok-tok guru muda dari Umno berkempen kepada mereka.

Sedangkan cabaran PAS pada PRU akan datang ialah untuk mengembalikan undi orang Melayu, sekurang-kurangnya seperti pada PRU 1999. Ini sahaja jalan untuk ke Putrajaya. Sebab, kita berpendapat undi bukan Melayu terutamanya Cina, kekal bahkan terus meningkat berbanding PRU pada 2008.

Justeru apa yang kita mahu, Dewan Ulamak dalam PAS mestilah berperanan menarik seberapa ramai ulamak yang masih ada di luar. Dewan Pemuda mesti bekerja membawa masuk seberapa ramai pemuda yang masih bergentayangan di luar. Dewan Muslimat lebih-lebih lagi mesti berperanan besar membawa masuk seberapa ramai wanita yang dapat. Kerana undi golongan wanita sangat penting. Nisa’ pun begitu juga, mesti bekerja dua kali ganda memperhebat program. Ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong juga perlu berkerja keras menarik lebih ramai ahli.

Pendek kata semuanya mesti bekerja keras dan jadikanlah 40 ulamak sertai Umno itu sebagai cabaran.

Lubuk Yu ragut nyawa lagi

Air terjun Lubuk Yu merupakan kawasan perkelahan, mandi manda dan yang paling ideal untuk seisi keluarga kerana arusnya yang tidak begitu deras menjadikan ia air terjun yang paling digemari dan popular.

Di kelilingi Felda Gugusan Jengka dan berada dalam daerah Maran, ia manarik pengunjung luar dan tempatan juga disebabkan kawasannya yang tenang dengan dipenuhi flora dan fauna yang sungguh menyegarkan.

Namun banyak dalam kegembiraan bermandi-manda di hutan lipur itu, kerap kali bertukar tragedi apabila salah berlaku kemalangan yang tidak diingini seperti kejadian mati lemas.

Terbaru ialah pada hari Sabtu lalu di mana Mohd Azhar Azizan, 28, kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berasal dari Felda Jengka 17 mati lemas ketika mandi bersama empat rakannya datang berkelah di tempat tersebut.

Bapa kepada seorang anak juga yang bertugas di Tapah, Perak itu pada mulanya dikatakan menyelam ketika mandi di kawasan pada kedalaman 4.3 meter dan tidak timbul menyebabkan rakannya mengesyaki mangsa lemas dan membuat percubaan mencari di kawasan sekitar.

Usaha mereka gagal dan polis dimaklumkan kira-kira jam 8.00 malam dan tiba di kawasan kejadian bersama pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bandar Jengka kira-kira jam 8.25.

Pada masa ini operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan. Sehingga kini mangsa masih belum ditemui.

Sunday, June 27, 2010

Lesen judi: Model ekonomi apa?

Oleh DATO' DR. SIDDIQ FADZIL
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

ومن أعرض عن ذكرى فإن له معيشة ضنكا ونحشره يوم القيامة أعمى
Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh,
dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan
Mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.
(Taha: 124).

Pada suatu ketika seorang tokoh Melayu-Muslim mendakwa tidak menemukan ayat larangan berjudi dalam al-Qur'an, lalu ramai yang menanggapinya sebagai suatu kelucuan. Tetapi sebenarnya ia adalah hal yang malang dan menyedihkan. Mungkin dakwaan tersebut agak sukar diterima akal, tetapi demikianlah cara pengarah casino terkenal itu berhelah untuk mempertahankan kredibilitinya.

Di tengah heboh isu lesen judi ketika ini, terlintas suatu kemungkinan bahawa beliau tidak keseorangan, tetapi ada lagi orang-orang kenamaan Melayu-Muslim yang tidak mengenal ayat judi, atau tidak dapat melihat bahaya dan keburukan judi. Kemungkinan lain ialah lemahnya penguasa politik Melayu-Muslim sehingga tidak berdaya berkata "tidak!" kepada lobi dan tekanan taukeh-taukeh judi. Tentu ada pula sebabnya mengapa mereka menjadi selemah itu apabila berhadapan dengan kekuatan wang. Sikap terhadap judi dan maksiat-maksiat lain sebenarnya sangat ditentukan oleh faktor iman dan ilmu. Kedua-dua faktor itulah yang dapat memberikan kekuatan dan keberanian bersikap dengan benar, sesuai tuntutan iman dan kebenaran ilmu.

Andainya kita melihat segala sesuatu dari perspektif Qur'ani, dan andainya Tuhan dan Ayat-Ayat-Nya masih mempunyai erti dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara persoalan ini tidak akan sampai menjadi isu. Tidak ada alasan apa pun yang boleh dipakai untuk menjustifikasikan judi dalam segala bentuk dan modelnya. Larangan berjudi diungkapkan dalam al-Qur'an dengan nada yang cukup jelas, tegas dan keras sekali:

يآأيّها الذين آمنوا إنّما الخمروالميسروالأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان
.فاجتنبوه لعلّكم تفلحون

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi,
(berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak
panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah (perbuatan-perbuata n) itu agar kamu beruntung.
(Al-Ma'idah: 90).

Ayat tersebut bermula dengan ungkapan panggilan (wahai orang-orang yang beriman!), suatu gaya panggilan istimewa yang penuh penghormatan. Mereka yang memiliki sensitiviti keimanan akan tersentak mendengar panggilan tersebut. Justeru, kita dipanggil dengan kalimat yang mengungkapkan sikap dan pendirian bijak yang telah kita ambil iaitu pendirian untuk beriman. Kesan semerta gaya panggilan sedemikian ialah timbulnya kesedaran tentang perlunya sikap konsisten seorang mukmin iaitu peka dan responsif terhadap apa jua perintah Tuhan yang diimani. Orang mukmin tulen akan berasa malu andainya gagal menepati tuntutan iman. Mengaku beriman dengan Allah, tetapi kemudiannya mengingkari perintah-Nya adalah sikap tidak konsisten dan tidak jujur. Demikianlah al-Qur'an mempersiapkan jiwa dan minda mukmin untuk menerima perintah yang segera akan menyusul pada kalimat-kalimat berikutnya.

Panggilan tersebut diikuti dengan sebutan sejumlah amalan keji yang mencirikan budaya masyarakat jahiliah, termasuk judi (al-maysir). Demikianlah hakikatnya, judi bukan amalan masyarakat maju dan bertamadun tinggi. Ia adalah sisa kejahiliahan masa lalu yang jijik dan memalukan. Dalam ayat tersebut judi jelas-jelas disebut rijsun, suatu yang keji, kotor dan menjijikkan. Meskipun mungkin dilakukan di ruang casino yang serba moden, megah dan meriah dengan gemerlap pencahayaan yang berwarna-marni, hakikatnya ia tetap kotor dan menjijikkan. Orang yang mempunyai maruah akan berasa malu terlibat dengan judi, melakukan amalan berjudi, atau bersikap pro-judi.

Setelah disifatkan sebagai rijsun dengan segala kekejian dan kekotorannya, disebut pula hakikat judi sebagai produk pekerjaan syaitan (min `amal al-shaytan). Andainya ada orang yang melihat judi itu baik dan cantik, sebenarnya ia tertipu dengan pesona hasil gubahan syaitan. Memang syaitan memiliki kemahiran tinggi membungkus dan mengemas kekejian sehingga tampak bagaikan kebajikan. Memang itulah keahliannya: mempedaya manusia dengan kejahatan yang dihias indah dan megah sehingga disangka kebaikan tulen dan asli.

Orang mukmin yang sentiasa ingat dan sedar tentang permusuhan abadinya dengan syaitan akan sangat alergik dengan apa sahaja yang terkait dengan syaitan, lalu sentiasa mewaspadai segala bentuk jebakan dan jerangkap samar syaitan. Mereka yang melihat judi sebagai suatu yang baik dan menguntungkan, pada hakikatnya bukan orang bijak, tetapi orang naïf, tidak dapat membaca tipu-daya syaitan dan rakan-rakan kongsinya.

Pemakaian kata shaytan dalam al-Qur'an ada yang meliputi makna manusia dan jin yang jahat, menipu orang dengan kata-kata propaganda yang penuh tipu-daya sebagaimana dalam ayat:

وكذالك جعلنا لكل نبيّ عدوّا شياطين الإنس والجنّ يوحى بعضهم إلى بعض
...زخرف القول غرورا
Dan demikianlah untuk setiap nabi Kami menjadikan musuh
yang terdiri daripada syaitan-syaitan manusia dan jin,
sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang
lain perkataan yang indah sebagai tipuan. … (Al-An`am:112) .

Demikianlah kata syaitan yang mungkin berwujud sebagai manusia (al-ins) yang memusuhi nabi-nabi, menolak dan mengenepikan ajaran-ajaran mereka. Manusia-manusia syaitan ini juga selalu bekerjasama, saling membantu dalam menciptakan propaganda, dakyah dan slogan indah yang motifnya adalah penipuan dan pembodohan. Ungkapan "perkataan yang indah" (zukhrufa 'l-qawl) mungkin meliputi juga alasan-alasan rekaan untuk menjustifikasikan sesuatu perbuatan atau amalan keji, termasuk dakwaan kononnya ada judi kebajikan yang bermaksud baik, untuk mengumpul dana yayasan membantu golongan miskin. Andainya dasar menjadikan judi sebagai sumber pendapatan itu adalah sejenis model ekonomi, maka nama paling tepat ialah model ekonomi kesyaitanan atau satanomics.

Walau dikemas secantik mana, dan berikan label seindah mana, selagi hakikatnya adalah judi, al-Qur'an tetap tegas, "maka jauhilah ia!" (fa 'jtanibuhu). Kata "jauhilah" mengisyaratkan makna betapa keji dan berbahayanya judi sehingga tidak boleh dihampiri, apa lagi dilakukan. Al-Qur'an tidak mengatakan jangan lakukan!, tetapi jauhilah!. Ertinya, menghampirinya sahaja sudah salah, belum melakukannya lagi. Implikasi gaya pengungkapan sedemikian ialah bahawa yang dilarang bukan hanya berjudi, tetapi juga mewujudkan suasana yang merangsang orang berjudi, membuka ruang untuk orang berjudi, dan memberikan lesen kepada syarikat perjudian.

Ayat tersebut dihujungi dengan ungkapan pembawa harapan semoga "kamu beruntung" (la`allakum tuflihun). Jelas yang diberikan harapan akan beruntung bukan mereka yang berjudi, tetapi yang menjauhi judi. Bukankah ada juga orang berjudi yang beruntung? Sebenarnya tidak ada. Yang ada ialah orang yang tertipu, berasa beruntung walhal pada hakikatnya ia kerugian, terjerumus dalam kekejian dan menanggung dosa berat dunia-akhirat. Demikianlah ketololan manusia tahi judi, berasa mendapat, walhal hakikatnya ia kehilangan. Hilang dan musnahnya harapan untuk mencapai kejayaan dan keberuntungan hakiki. Demikianlah antara mesej tersirat ayat al-Ma'idah tersebut: Berjaya tanpa judi!.

Sebagai produk kemasan syaitan, judi membawa pelbagai kerosakan moral-sosial yang serius. Demikianlah seperti yang dijelaskan dalam ayat berikutnya:

إنّمايريدالشيطان أن يوقع بينكم العداوة والبغضاء فى الخمروالميسرويصدّكم
عن ذكرالله وعن الصلاة فهل أنتم منتهون.

Dengan arak dan judi itu, syaitan hanyalah bermaksud
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu,
dan menghalang-halangi kamu dari mengingat Allah dan
dan melaksanakan solat, maka tidakkah kamu mahu
berhenti?. (Al-Ma'idah: 91)

Judi yang berkesudahan mengambil harta orang secara tidak benar, bukan upah dan bukan keuntungan perniagaan, menyebabkan kerugian di pihak lain. Seterusnya kecurangan inilah pula yang membangkitkan rasa marah, benci dan dendam permusuhan seperti yang terluah dalam caci-maki dan sumpah-seranah pihak yang berasa dirugikan. Apalah erti slogan 1 Malaysia jika judi yang jelas-jelas menjadi pencetus permusuhan dan kebencian dibenarkan? Berjudi memang selalu mengasyikkan kerana dimeriahkan dengan sorak-sorai dan rangsangan syaitan. Keasyikan itulah pula yang melalaikan orang sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap Tuhan, termasuk tanggungjawab utamanya iaitu solat, dan tanggungjawab lainnya seperti keluarga dan masyarakat. Berapa banyak rumah-tangga yang runtuh dan keluarga yang menjadi porak-poranda gara-gara ketagihan judi.

Apabila segala kerosakan tersebut terjadi, bererti tercapailah tujuan syaitan, dan berjayalah rencana jahat mereka. Bayangkan betapa meriahnya syaitan berpesta ketika lesen judi diluluskan, dan bayangkan betapa gegak-gempitanya sorak-sorai syaitan nanti apabila ramai orang Islam terjerumus dalam jebakan judi. Secara realitik dapat dipastikan bahawa mekanisme yang ada ketika ini tidak akan berdaya, dan mungkin sekali tidak akan berminat menghalang orang Islam daripada terlibat dengan judi yang diangkat menjadi sejenis pesta besar. Persoalan ini mengingatkan kita kepada penglibatan orang Melayu-Muslim dalam syarikat perjudian ternama di negara ini. Catatan Joe Studwell dalam bukunya Asian Godfathers: Money and Power in Hong Kong and Southeast Asia wajar kita renung dengan penuh rasa prihatin,

Lim Goh Tong's casino empire keeps its Malay shareholders
under very close wraps since gambling is an anathema to
Islam; almost all the large shareholders in his main listed
vehicles are nominee companies. But Lim cannot hide his
dependence on close relationships with Malaysia's powerful
police force. Retired officers take many jobs at his giant
casino, while directors and executives of Genting, his main
company, have included a former inspector general and
deputy inspector general of the national police force. (Hlm.
75-76).

Hampir semua orang tahu, termasuk yang bukan Islam bahawa judi adalah suatu kemungkaran besar yang membawa akibat buruk. Tetapi kenapa dibenarkan juga? Al-Qur'an dengan jelas dan tegas menyebutkan antara tanggungjawab penguasa ialah melaksanakan amar makruf nahi munkar, mendorong kemakrufan dan mencegah kemungkaran (al-Hajj:41) . Apakah bisikan taukeh judi sudah mengatasi pesan Ilahi? Agama memberikan panduan jelas kepada pemerintah Muslim agar menjadikan maslahah sebagai asas apabila membuat sesuatu dasar atau keputusan.

تصرّف الإمام منوط بالمصلحة

Tetapi apa yang terjadi jelas bertentangan dengan prinsip tersebut. Meluluskan lesen judi bererti menjadikan mafsadah (kerosakan) sebagai asas pijakan dalam membuat dasar dan keputusan. Bagaimana rakyat dapat merasa damai, tenang dan yakin jika pemerintahnya sudah tidak komited kepada prinsip maslahah, malah sebaliknya sudah hilang kepedulian terhadap tanggungjawab melindungi rakyat dari mafsadah dan kebejatan moral-sosial.

Melihat hal-hal di sekitar isu ini, rakyat mulai bertanya siapa sebenarnya yang berkepentingan dalam kelulusan lessen judi ini? Kenapa pemimpin-pemimpin politik kelihatan tidak berdaya menolak kemahuan syarikat-syarikat perjudian sehingga pesan Tuhan tidak dipedulikan dan suara rakyat tidak diindahkan. Apakah ini satu lagi bukti yang membenarkan dakwaan Noreena Hertz tentang berlakunya gejala pengambilalihan kuasa secara senyap?

Dalam bukunya The Silent Takeover: Global Capitalism and the Death of Democracy beliau mengatakan,
Politicians are increasingly seen as impotent, irrelevant,
and dishonest. People see their governments as unable
to deliver what they promise, obsessed with unimportant
issues and internal politicking, riddled with corruption,
clinging to outmoded notions of authority, and increasingly
in the pockets of businesspeople. (hlm. 121).

Alangkah malangnya jika benar bahawa pemimpin-pemimpin politik yang mewakili rakyat sudah …increasingly in the pockets of businesspeople, sudah semakin jauh berada dalam poket tokoh-tokoh dan taukeh-taukeh perniagaan, termasuk pemilik-pemilik syarikat perjudian.

Mungkin ada yang mempertahankan dasar membenarkan perjudian atas perkiraan ekonomi, bahawa Judi adalah sumber penting pendapatan negara. Mungkin ada negara atau pihak-pihak lain yang menjadikan judi sebagai sumber pendapatan, tetapi yang pasti judi tidak boleh dan tidak mungkin menjadi sumber kesejahteraan. Sebaliknya ia adalah punca kesengsaraan. Tidak mempedulikan pesan dan peringatan Tuhan bererti menempah kesengsaraan. Itulah yang dimaksudkan dengan ma`isyatan danka (kehidupan yang sempit) sebagaimana diperingatkan dalam ayat 124 surah Taha di atas.

Meskipun mungkin ditimbuni harta yang melimpah ruah, tetapi ia adalah kehidupan yang terputus dari rahmat Tuhan dan tersisih dari naungan-Nya. Sumber kesejahteraan adalah Allah, Tuhan yang bernama al-Salam. Tidak ada kesejahteraan, kedamaian dan keteduhan selain dalam kehidupan yang sirami rahmat Ilahi dan diteduhi naungan-Nya. Tanpa rahmat dan naungan-Nya yang ada hanya keresahan, ketegangan, keraguan dan ketakutan. Hidup tanpa rahmah dan barakah itulah yang disebut hidup yang malang dan celaka dalam hikmah kepujanggaan bangsa:
Bergantung kepada Yang Satu
Berpegang kepada Yang Esa
Tuah hidup sempurna hidup
Hidup berakal mati beriman
Malang hidup celaka hidup
Hidup tak tahu halal haram.

BANGI: 9 Jun 2010.

Friday, June 25, 2010

Dituduh ‘pengganas’, Dr Asri tak jadi masuk Umno

Itulah Tuhan Yang Maha Kaya. Jika tidak dituduh pengganas oleh agensi kerajaan Barisan Nasional (BN), bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mungkin menyertai Umno hari ini.

Malaysian Insider memetik sumber yang rapat dengan Dr Asri, mengesahkan bahawa bekas pensyarah USM itu telah mengubah fikiran dua hari lalu untuk tidak menyertai parti pimpinan Najib itu kerana kecewa dengan tuduhan fahaman Wahabi dan kaitan dengan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI).

“Mengambil kira laporan dan dakwaan bahawa Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi dan ada kaitan dengan kumpulan JI, beliau memutuskan bukan masanya untuk menyertai Umno... beliau agak kecewa dengan apa yang berlaku sejak awal minggu ini,” kata rakan Asri ketika dihubungi.

Bagaimanapun sumber itu menambah, perbincangan antara Asri dengan kepimpinan Umno akan diteruskan.

Cerita Asri masuk Umno ini pada asalnya didedahkan oleh Umno Online dengan menyebut beliau bersama kira-kira 50 lagi yang terdiri daripada cendekiawan agama dan ulama muda yang akan menganggotai Umno Cawangan Dataran Merdeka yang terletak dalam Bahagian Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Perkara tersebut kemudiannya disahkan oleh Setiausaha Kerja Umno Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh. Menurut perancangan, kumpulan ulamak muda itu akan menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini hari ini dan akan dipancarkan secara lintas langsung melalui media elektronik ke seluruk pelosok tanah air.

Tindakan tersebut dikaitkan dengan usaha Umno/BN pada masa ini untuk mengangkat imej parti itu menjelang PRU ke 13 akan datang. ‘Penjenamaan semula’ Umno/BN bagi membersihkan semula ‘arang yang terconteng’ di wajah parti tersebut selepas mengalami banyak kekalahan selepas PRU 12, pada 2008 yang lalu.

Ketika dimalukan itu Umno/BN diterajui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kini Najib mahu menebusnya kembali sebagai pemimpin baru.

Sementara itu, ramai yang berpendapat jika kemasukan Dr Asri itu menjadi kenyataan, ia merupakan ‘Anwar baru’ kepada Umno. Semasa kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam Umno (dengan alasan untuk mencuci dari dalam) pimpinan (Tun) Dr Mahathir pada 1982, Umno/BN dikatakan mendapat impak yang menakjubkan sehingga pada pilihan raya tersebut, pembangkang khususnya DAP mengalami kekalahan teruk.

Najib dikatakan bercita-cita untuk mengulangi kecemerlangan tersebut.

Namun Anwar menghadapi nasib malang apabila di hujung-hujung karier politiknya selama 15 tahun bersama Umno, beliau dituduh pengkhianat dan peliwat oleh pimpinan parti tersebut sendiri sehingga mengakibatkan beliau tersingkir, dibelasah, diaib dan dipenjarakan.

Namun Dr Asri nampaknya menghadapi nasib lebih malang lagi. Kerana jika Anwar dilabel pengkhianat selepas 15 tahun bergelumang dengan Umno, Dr Asri pula belum mengisi borang Umno pun lagi, sudah dituduh pengganas!

Barangkali Tuhan sayangkan Dr Asri, ulamak boyish face itu tidak sepatutnya terperangkap dan diaibkan dalam ‘tong tahi’ Umno barulah mahu serik dan insaf dengan parti itu!





Thursday, June 24, 2010

Kita tidak mahu menteri bertukar, pelajar jadi korban

Apakah pelajar-pelajar anak bangsa kita sekali lagi menjadi bahan uji kaji dan eksperimen pemimpin kerajaan Umno/BN?

Terbaharu ialah polemik yang diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan bercadang untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Apakah ‘revolusi’ sistem tersebut sudah diteliti dengan lebih mendalam? Apakah kerajaan sudai mempunyai alternatif lain yang lebih kukuh? Apakah pihak PIBG, persatuan-persatuan guru, dan badan-badan mahasiswa dan profesional sudah dibawa berbincang?

Ataukah cadangan tersebut hanya dibincangkan sekitar beberapa kerat pemimpin Umno?

Persoalan-persoalan ini perlu ditanyakan kepada menteri bertanggungjawab kerana anak-anak kitalah nanti yang bakal menjadi bahan uji kaji dan eksperimen pemimpin-pemimpin Umno itu.

Apa yang kita tidak mahu ialah, akibat daripada percubaan itu ialah berlakunya kesilapan demi kesilapan berulang dalam keghairahan pimpinan Umno mengubah polisi sistem pendidikan negara.

Kata orang, dasar dan sistem pelajaran negara akan berubah apabila berlaku pertukaran menterinya. Hinggalah orang merumuskan, Malaysia merupakan negara yang paling acap menukar dasar dan sistem pelajarannya, berbanding negara-negara lain di dunia.

Siapa yang tidak tahu bahawa kerajaan Umno/BN dan menterinya telah melakukan kesilapan demi kesilapan akibat percubaan demi percubaan terhadap dasar pelajaran.

Kita sudah maklum bahawa Kerajaan Umno/BN sebelum ini pernah mengubah sistem pendidikan dengan mengemukakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) namun terbukti gagal.

Jauh sebelum itu dulu, ialah Kerajaan Umno/BN memperkenalkan dasar menghapuskan tulisan jawi dalam sistem pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Akibatnya? Berjuta-juta umat Melayu menjadi buta jawi, sekali gus jahil agama.

Ertinya, yang melakukan kesilapan ialah menteri Umno sementara yang menjadi korban hasil eksperimen yang gagal itu ialah anak bangsa kita, anak Malaysia dan anak-anak kita sendiri!
Hasilnya, kedudukan Malaysia kini semakin ketinggalan berbanding negara jiran lain dalam pelbagai sektor hingga mungkin menyebabkan peningkatan pengangguran kerana tiada kemahiran dan kelayakan yang sesuai mengikut permintaan.

Kepada kita, Kerajaan Umno/BN sementara memrintah ini perlu menambah baik perkara bahagian-bahagian yang lemah ini, bukan hanya ghairah mahu menggantikan sesuatu polisi tanpa sebarang perancangan konkrit, perundingan dengan semua pihak dan bersedia dengan alternatif yang sudah terbukti.

Sebenarnya banyak lagi penambahbaikan yang perlu kerajaan lakukan dengan kelemahan dan kedaifan pra-sarana dan peralatan atau kemudahan untuk guru dan murid sekarang. Untuk mengetahuinya, menteri perlu turun dan menghayati sendiri, umpamanya menangani rungutan-rungutan daripada guru-guru selama ini.

Cadangan untuk memansuhkan dua peperiksaan utama itu, setidak-tidaknya, dijangka akan memberi kesan terutamanya terhadap perkembangan sistem pendidikan dan pelajar sekolah kebangsaan yang mempunyai sukatan kurikulumnya tersendiri.

Rizab Felda susut: Laporan polis terhadap Najib, Ahmad Maslan

TEMERLOH: Berikutan penyusutan sehingga 65 peratus rizab tunai Felda, satu laporan polis telah dibuat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bagi disiasat sama ada terdapat unsur penyelewengan.

Laporan tersebut telah dibuat oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman bersama lima orang peneroka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada 23 Jun, dengan diiringi kira-kira 50 orang penyokong.

Mazlan dalam sidang medianya selepas itu berkata, beliau membuat laporan polis berdasarkan jawapan Ahmad Maslan di parlimen pada 17 dan 18 jun lalu dan surat terbuka bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Dr Tan Kee Kwong sebelum ini.

“Berdasarkan pengakuan Ahmad Maslan status kewangan Felda merudum dari RM4.08 bilion pada 2004, kepada RM1.35 bilion pada 2009. Ini kejatuhan yang sangat dahsyat, iaitu kira-kira 65 % dalam tempoh lima tahun. Bagaimanapun penjelasan daripada Ahmad Maslan lebih banyak menimbulkan keraguan,” katanya.

Menurut Mazlan, antara alasan yang diberi oleh timbalan menteri itu ialah RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil.
Sebanyak RM203 juta wang Felda juga digunakan untuk pinjaman rumah, RM253 untuk tabung kemiskinan Sabah dan RM662 untuk bangunan baru Felda.

“Semua alasan tersebut tidak logik dan menimbulkan banyak persoalan. Bagi setiap peneroka yang terlibat dengan tanam semula telah mencarum setiap bulan dan dipotong oleh pengurusan Felda selama 15 tahun dan dilaburkan pula. Mengikut kiraan kami, sebanyak RM3 bilion terkumpul untuk tujuan itu. Jadi mengapa perlu dibelanjakan sehingga RM2 bilion lagi?

“Bagi setiap pinjaman perumahan yang dibuat peneroka pula merupakan hutang yang dibayar balik setiap bulan. Mereka dikenakan kos pengurusan 2.5 peratus. Jadi mengapa perlu dikeluarkan RM603 juta itu. Ke mana wang tersebut dibelanjakan?,” soal Mazlan.
Mengenai wang Felda dibelanjakan untuk membiayai kemiskinan di Sabah, Mazlan berkata ia tidak relevan kerana jumlah penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil.

"Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat (Sabah). Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda (Plantation)itu,'' soal Mazlan lagi.

Mazlan turut mempertikai harga bangunan baru Felda setinggi 50 tingkat yang dibina di Platinum Park KLCC yang mencecah RM662 juta kerana laporan sebuah akhbar harian sisipan khas pada 26 Februari 2008, menyebut bangunan tersebut ialah RM640.77 juta.

“Kenapa berlaku perbezaan harga yang sangat ketara?,” soal Mazlan.

“Isu ini sangat besar kerana membabitkan kepentingan 112,635 orang peneroka dan lebih 800,000 generasi baru Felda. Kita tidak mahu wang milik institusi pembangunan tanah bertujuan membasmi kemiskinan orang Melayu ini dibazirkan sesuka hati”.

“Sebab itu kami mendesak laporan polis ini disiasat dan tindakan segera termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat dilakukan segera,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanudin Salim, Pengerusi Cabang PKR Kuala Krau, Haji Suhaimi Said, Timbalan Presiden ANAK Aris Fezul Ismail dan Pengerusi Cabang PKR Maran Bustamin Abu Bakar.


Gambar:

Sebahagian daripada kira-kira 50 orang yang hadir ke IPD Temerloh setelah membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan berkaitan kemerosotan 65 % rizab tunai Felda.





Wednesday, June 23, 2010

Tengku Zul Tengku Puji: Orang Melayu dalam kepimpinan DAP

Barangkali tidak ramai yang mengenali YM Tengku Zulpuri (Tengku Zul), 46, berbanding Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Tengku Puji Tengku Abdul Hamid. Tengku Zul ialah anak sulung kepada Tengku Puji.

Seperti Tengku Puji, anaknya yang berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Sarjana Perubatan Homeopati ini juga memilih politik sebagai wadah perjuangan. Namun jika bapanya bergelumang dalam PAS, Tengku Zul pula berbeza dengan memilih DAP.

Ahli Perniagaan ini ialah AJK DAP Pahang dan Timbalan Pengerusi DAP Raub. Pada tahun 2009 hingga kini bapa kepada tiga orang anak itu dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Bagaimanakah seorang profesional Islamik seperti Tengku Zul boleh memilih DAP yang dianggap sesetengah pihak sebagai parti Chauvinis Cina itu? Sejauhmana seorang Melayu seperti beliau boleh membina masa depan politik dalam parti didominasi Cina itu? Bukankah potensinya jika berada dalam PAS lebih besar?

Selamatkan Pahang baru-baru ini berkesempatan menemubual beliau (TZ) bagi menyelami beberapa persoalan yang banyak diperkatakan umum khususnya di Raub dan negeri Pahang.



Boleh ceritakan sedikit latar belakang keluarga, pendidikan dan kerjaya Tengku?


TZ: Saya adalah anak sulung dalam enam beradik, iaitu tiga lelaki tiga perempuan. Sudah beristeri dan mempunyai tiga orang cahaya mata, iaitu dua perempuan dan satu lagi lelaki. Ayahanda saya, Tengku Puji adalah bekas Timbalan pesuruhjaya PAS Pahang dan kini sebagai Penasihat PAS Negeri Pahang.

Mengikut silsilah keturunan, saya adalah generasi ke 7 daripada keturunan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Khairul Alam, iaitu Tengku Mahkota Padang Nonang, Sumatera barat daripada Kesultanan Pagar Ruyong. YAM Tengku Khairul Alam telah datang ke Raub dan membukanya sekitar 200 tahun dulu. Bandar Raub juga dipercayai daripada perkataan “Rao”, iaitu sempena nama sebuah daerah di Sumatera Barat.

Moyang-moyet saya terlibat dalam sejarah peperangan negeri Pahang dan pembentukannya. Atas jasa itu Sultan Pahang (Wan Ahmad) telah melantik YM Tengku Samad dan keturunannya sebagai orang Besar Berlapan yang membawa gelaran Datuk Setia Lela.

Saya berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopathy. Bekerja sendiri sebagai ahli perniagaan. Pada tahun 2008 pernah dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Kontraktor Elektrikal dan Mekanikal Melayu Malaysia (PERKEM).

Pada tahun 2009 dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang oleh Kerajaan Negeri Selangor. Jawatan dalam DAP ialah AJK DAP Negeri Pahang dan Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Raub dan Parlimen Raub.


Kenapa Tengku memilih DAP untuk berpolitik sedangkan dari segi latar belakang keluarga semuanya orang kuat PAS?

TZ: Walaupun saya dibesarkan dalam keluarga PAS, pandangan dan perspektif saya terhadap politik Islam lebih meluas, ianya tidak terikat dengan satu parti sahaja. Saya melihat PAS dan DAP ketika itu, sekitar tahun 2000, tidak boleh memerintah secara sendiri. Ini adalah kunci kejayaan BN “pecah dan perintah” yang diwarisi oleh penjajah dulu.

Sejak daripada kecil lagi saya telah dibina, dididik dan ditarbiyah di atas politiking pentadbiran negeri Pahang. Di samping itu suasana kekeluargaan dan kehidupan banyak mendedahkan dan mendidik saya hidup bermasyarakat berbilang kaum, lebih-lebih lagi keluarga kami dikenali dan dihormati oleh segenap lapis masyarakat.

Semasa era zaman ayahanda saya sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang ketika itu, saya ada menyuarakan mengapa PAS tidak membuka keahliannya kepada non-muslim? Ayahanda saya menyatakan PAS ketika itu belum bersedia.

Setelah berbincang panjang akhirnya ayahanda merestui saya menjadi ahli DAP seumur hidup dan saya mendaftar sebagai ahli DAP pada Mac 2000. Saya melihat pilihan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan lapisan masyarakat melalui DAP kerana parti seperti Umno, MIC dan MCA adalah berorientasikan perkauman semata-mata.


DAP pada perspektif umum merupakan parti Cina atau memperjuangkan isu-isu orang Cina. Bagaimana Tengku melihat ini?

TZ: Ya, memang pada perspektif umum bahawa DAP merupakan parti Cina atau memperjuangkan isu-isu orang Cina, tetapi kita kena lihat majoriti ahli DAP adalah Cina dan majoriti PAS orang-orang Melayu. Jadi tugas kita bersama, supaya dapat memecahkan tembok pemisah perspektif ini. Di mana, DAP mesti menarik lebih ramai lagi ahli Melayu dan juga PAS mesti menarik ahli atau Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) yang berbangsa Cina atau India.

Sekiranya ada satu kesefahaman dan satu strategi yang mantap dalam Pakatan Rakyat (PR) isu ini dapat diselesaikan. PAS tidak perlu gusar sekiranya ada orang Melayu yang menjadi ahli DAP dan begitu juga DAP tidak perlu gusar sekiranya kaum Cina dan India menjadi ahli DHPP.


Apakah terdapat penyisihan atau faktor kaum dalam penentuan jawatan dalam DAP?

TZ: Kami dalam DAP lebih kepada merit, tidak berdasarkan kepada kaum semata-mata, kerana tanggunjawab sosialnya adalah besar bukan hanya mewakili satu kaum sahaja. Ianya merangkumi kepada semua kaum dan kepercayaan. Apa yang kita nampak sekarang ini DAP dimonopoli oleh kaum Cina, kerana orang Melayu ada pilihan lain dan juga kurang diberi penjelasan dan promosi.


Apakah wujud peluang untuk Tengku naik lebih tinggi dalam hairarki parti?

TZ: Bagi saya perjuangan dalam parti adalah satu tuntutan dan ibadah kerana ianya mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Saya tidak meletakkan asas atau target sesuatu jawatan dalam parti, saya hanya menganggap itu adalah satu sumbangan sebagai kontrak sosial dan juga unsur dakwah kepada non-muslim dan juga kepada muslim.

Memang pada tahun 1999, 2004 dan 2008 DAP menawarkan kepada saya sebagai calon (pilihan raya), tapi saya menolak dengan baik atas alasan itu bukan target atau matlamat saya. Ini menunjukkan bahawa DAP bukan perkauman. Saya rasa peluang orang Melayu seperti saya untuk terkehadapan dalam parti adalah amat cerah kerana buat masa ini ramai lagi orang Melayu yang belum mendaftar untuk menjadi ahli DAP.

Kami dalam DAP bersikap lebih terbuka, sesiapa sahaja boleh memegang jawatan penting tidak kira Melayu, Cina atau India. Yang penting seseorang itu mestilah mempunyai moral yang tinggi, jujur, berintegriti, telus dan mempunyai pegangan agama. Saya tidak meletakkan parti itu sebagai tempat mencari makan, saya yakin Allah yang memberi rezeki. Sekiranya saya tidak diperlukan lagi, saya tidak akan melompat parti. Saya akan terus berjuang walaupun tanpa jawatan.


Apakah dasar-dasar DAP terhadap orang Melayu?

TZ: Dasar DAP terhadap semua kaum di Malaysia adalah sama, hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan seperti dalam Perlembagaan Malaysia tidak boleh dipertikaikan. Cuma pendekatan yang kita akan buat adalah berbeza dengan Umnoputra, MCAputra dan MICputra. DAP akan memastikan hak orang Melayu dikembalikan kepada orang Melayu, hak Cina dan India akan dapat kepada mereka masing-masing. Dalam hal ini tiada lagi wujud ‘Kassim Baba’, ianya lebih telus, berintegriti dan bertanggungjawab.


Bagaimana DAP memperjuangkan isu-isu orang Melayu seperti kemiskinan, kebajikan dan pendidikan?

TZ: Seperti yang saya nyatakan tadi, tiada diskriminasi kaum dari segi kemiskinan, kebajikan dan pendidikan. Sebagai contoh kerajaan PR Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng telah memperuntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah agama rakyat. Ini tidak pernah berlaku semasa pemerintahan BN selama lebih 50 tahun. Walaupun beliau bukan beragama Islam tetapi idola beliau adalah Khalifah Umar Abdul Aziz.

Di bawah kerajaan PR di Selangor lebih 100,000 geran telah dikeluarkan kepada semua lapisan masyarakat berbilang kaum. Walaupun baru memerintah dua tahun, banyak lagi kebajikan diberikan kepada rakyat. Seperti yang saya jelaskan tadi, DAP tidak boleh bersendirian dalam menentukan dasar pemerintahan sesebuah negeri.


Sebagai Ahli Majlis Perbandaran, apakah bidang-bidang tugasan yang Tengku lakukan?

TZ: Secara umumnya kuasa dan tanggungjawab Ahli-Ahli Majlis adalah kata pemutus dalam membuat sesuatu dasar PBT. Bidang-bidang tugas sebagai ahli majlis ialah penasihat kepada PBT, mewakili rakyat, membuat dan meluluskan undang-undnag kecil, pendokong dasar PBT, penyemak pelaksanaan dasar dan tenaga penggerak masyarakat.


Bagaimana Tengku melihat negeri Selangor selepas berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat sekarang?

TZ: Secara umumnya, rakyat negeri Selangor dapat merasakan perbezaan yang ketara dari segi perkhidmatan misalnya sampah, longkang, kebersihan yang jauh lebih baik daripada kerajaan BN dulu. Kedua, pendapatan kerajaan negeri bertambah, kerajaan yang mesra rakyat, rakyat semakin berani bersuara dan tahu hak-hak mereka. Juga negeri Selangor kini lebih makmur dan sejahtera, lebih telus, berintegriti, amanah, jujur dan bertakwa. Saya melihat sekarang sokongan kepada BN semakin merosot.


Pada fikiran Tengku apakah Pakatan boleh bertahan dan terus memenangi Selangor pada PRU akan datang?

TZ: Insya-Allah, jika kerajaan dan pimpinan PR lebih banyak turun padang, mendengar masalah rakyat serta bermurah hati untuk kebajikan rakyat, saya yakin negeri Selangor akan kekal di bawah PR pada PRU akan datang. Kemungkinan kemenangan besar dan negeri-negeri lain turut akan berada di bawah kerajaan PR seterusnya mengambil alih teras pemerintahan negara.

Sekarang ini BN teragak-agak untuk menentukan PRU 13, lebih lama kerajaan PR memerintah negeri Selangor, maka adalah lebih sukar BN untuk merampasnya kembali. Kini rakyat Selangor dapat membuat perbandingan di antara kerajaan PR dengan BN.


Apakah harapan Tengku kepada PAS sebagai sebuah parti dalam gabungan Pakatan yang paling ramai orang Melayu?

TZ: Harapan saya, suatu masa nanti PAS dan DAP dapat duduk bersama berbincang mengenai ‘Ahli Bersekutu’ kepada kedua-dua parti. Dan mungkin pada satu masa nanti kedua-duanya akan menjadi ‘sebuah parti besar’ dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat dan dunia.

Gambar:



Tengku Zul (kanan, duduk) bersama pimpinan DAP dan PAS. Sebelah beliau YB Leong Ngah Ngah, Tuan Ibrahim, YB Syed Hamid dan YB Choong Siew Onn


Tuesday, June 22, 2010

Bangkrapkan Felda: Laporan polis besar-besaran terhadap Najib esok

TEMERLOH, 22 JUN: Satu laporan polis besar-besaran terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa membangkrapkan Felda oleh Mazlan Aliman pada 23 Jun jam 10 pagi di IPD, Temerloh.

Ekoran itu, seluruh warga Felda dan orang ramai yang prihatin dijemput hadir bagi menunjukkan tanda bantahan.

Selepas itu, satu sidang media akan diadakan. Justeru, semua pihak media termasuk blogger dijemput hadir.


Monday, June 21, 2010

JKR baru sedar untuk naik taraf Jalan (‘berhantu’) Kuantan-Segamat

Jika terdengar sahaja kemalangan ngeri berlaku di negeri Pahang ini kebiasaannya dalam kepala orang ramai insiden malang itu ‘mesti’ berlaku di Jalan Kuantan-Segamat!

Kenapa anggapan ramai begitu sekali? Ini kerana hampir separuh atau lebih kemalangan maut akhir-akhir ini, terjadi di situ.

Terbaru, pada 17 Jun lepas, lima sekeluarga terbunuh dan tiga lagi cedera parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di Km 87 jalan berkenaan.


Seminggu sebelum itu enam sekeluarga terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di Km 78.

Begitulah seterusnya, kemalangan ngeri berlaku di ‘berpuaka’ itu!

Kenapa begitu mudah berlaku nahas negeri di situ? Faktor manusia? (Di jalan raya lain manusia juga yang memandu). Faktor jalan raya yang tidak selamat? (Belum ada bukti saintifik). Setakat ini belum ada satu kajian mendalam atau penyelidikan rapi bagi mengenali punca malapetaka itu.

Kerajaan BN lebih berminat mengupah badan penyelidik Merdeka Centre untuk ‘endorse’ bahawa populariti Najib Tun Razak kini naik mendadak ke 73 % (lebih tinggi yang pernah didapati Mawi, Stacy dan Shahir dalam rancangan realiti Akademi Fantasia).

Kerajaan BN Pahang jauh sekali untuk membuat kajian, mungkin pemimpinnya lebih berminat mengupah kajian yang lain-lain!

Tetapi semalam (20 Jun), Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor membuat pengakuan untuk menaiktaraf Jalan Kuantan-Segamat dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) berikutan kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di jalan itu.

Katanya, projek tersebut perlu disegerakan bagi mengelakkan lebih banyak kemalangan maut berlaku di jalan yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Tun Razak yang dibina sekitar tahun 1970an sepanjang 147 kilometer tersebut.

"Kementerian sudah membuat kajian mengenai usaha menaiktaraf jalan berkenaan dan memang ada keperluan jalan itu dipertingkatkan kerana jumlah statistik pengguna meningkat sekarang berbanding ketika ia mula dibuka dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Rompin di sini pada Ahad, sebagaimana dipetik media.

Beliau berkata cadangan menaik taraf jalan tersebut telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi.

Selain itu Shaziman berkata, pihaknya juga meneliti keperluan untuk membina Jalan Kuantan-Bahau-Serting di dalam RMK10 bagi memberi pilihan kepada pengguna terutamanya di Rompin dan Pekan untuk ke Bahau, Serting dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan tanpa melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Mengulas perkembangan projek LPT fasa kedua (LPT2), beliau berkata projek itu tidak dapat disiapkan mengikut jadual berikutan beberapa masalah seperti kelemahan kontraktor dan kenaikan harga barang binaan yang memperlahankan perjalanan projek.

Mengikut jadual asal, LPT2 yang bernilai RM3 bilion sepanjang 190km dari sempadan Pahang hingga ke Kampung Gemuruh, Terengganu itu siap tahun depan, namun disebabkan masalah berkenaan ia dijangka siap pada tahun 2012.




Alahai kawanku... perwakilan Temerloh punya hal

Muktamar Agung PAS ke 56 sudahpun berakhir hujung minggu lalu. Namun cakap-cakap selepas muktamar masih belum berakhir di mana pelbagai peristiwa yang terjadi di dalam nya terus menerus diperkatakan.

Antara yang terus dibualkan ama ada pro atau kontra, ialah gelagat seorang perwakilan dari Temerloh, Amirruslan Manaf, yang mengambil bahagian membahaskan usul memperkasakan parti yang dibawa oleh Dewan Ulamak. Tetapi ucapannya paling menimbulkan kontroversi.

Menurut media, antara lain, Amir mendakwa bahawa Perlembagaan PAS yang ada hari ini diciplak daripada Umno iaitu berkaitan perlantikan pesuruhjaya negeri-negeri. Selain itu Amir mendakwa, PAS adalah parti yang tidak mengikut perubahan semasa rakyat berbanding Umno yang sudah melaksanakan satu tranformasi besar apabila memberi peluang kepada 380,000 ahli untuk memilih presiden.

Katanya, akibat daripada itu lahirlah “All president’s men” di peringkat negeri-negeri tanpa didokong akar umbi (kerana menjadi ketua atas lantikan persiden saja).

Mengenai keperluan lima naib presiden (yang dicadangkan Mahfuz Omar) pula, Amir mahu kelima-limanya dipertandingkan kerana jika hanya tiga kerusi naib sahaja dipertandingkan, ia memberi maksud seolah-olah memberi kuasa penuh kepada Presiden sedangkan langkah ini, menurut Amir, tidak mengikut perubahan dan cita rasa rakyat.

Menurut media lagi, kenyataan Amir tadi telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan 1,000 perwakilan lain sehingga Timbalan Pengerusi Tetap, Cikgu Husin, meminta Amir menarik balik kenyataannya. Amir kemudian beralah dan bersetuju menarik balik dakwaannya, mungkin setelah dilihatnya keadaan tidak terkawal.

Namun begitu, sewaktu penggulungan di hari terakhir, AJK Pusat Hanipa Maidin mengkritik cara emosional para perwakilan yang tidak memberi ruang kepada Amir menghabiskan ucapan. Sedangkan muktamar merupakan medium terbaik untuk ahli-ahli PAS meluahkan sesuatu demi mencari kebaikan dan pemerkasaan pendapat. Sepatutnya berbeza pendapat boleh dibudayakan dalam PAS.

Sebenarnya, saya kenal Amir ini... malah amat kenal sejak dari kecil dan boleh selalu berjumpa dan bersembang dengan beliau. Dia seorang kontraktor yang boleh dikatakan agak berjaya.

Tatkala kontroversi Amir ini masih diperkatakan, saya sempat bertemu beliau dan bertanya apa sebenarnya yang beliau mahu jelaskan.

“Saya berbahas semasa usul memperkasakan parti... saya mahu parti diperkasa untuk sediakan PAS sebagai parti masa depan. Malangnya budaya muhasabah dalam parti agak negatif sehingga saya tak diberi peluang untuk menghabiskan hujah.

“Kita mahu merakyatkan PAS... jadi kita rasakan ahli-ahli lebih berkuasa daripada presiden, jadi mestilah ahli-ahli diberi peluang memilih pemimpin-pemimpin mereka di segenap peringkat, bukannya semua ditunjukkan oleh presiden,” katanya sambil merujuk kepada pelantikan Pesuruhjaya PAS negeri-negeri.

“Kaedah itu ditiru daripada amalan Umno. Dan maksud saya katakan Perlembagaan PAS diciplak daripada Umno bukanlah saya katakan itu salah. Saya katakan itu kenyataannya kerana PAS lahir dari Biro Agama Umno.

“Saya tak kata salah, sebab Saiyyidina Umar ketika pemerintahannya juga turut mengambil peraturan daripada pemerintahan Parsi bagi perjalanan jabatan-jabatan di bawah pentadbirannya. Berani orang kata Saiyyidina Umar salah kerana ciplak daripada Parsi?

“Almarhum Profesor Dr Ahmad Ibrahim ketika membentangkan kertas kerja tentang negara Islam, Perlembagaan Malaysia hanya perlu memasukkan klausa ‘Al-Quran dan Sunnah’ sebagai undang-undang tertinggi, kemudiannya Malaysia sudah boleh jadi negara Islam. Jadi bukan bermakna saya menghina Perlembagaan PAS,” jelasnya.

Selain apa yang disebutkan oleh media, Amir juga berkata beliau mahu mengutarakan idea agar PAS menubuhkan jawatankuasa hisbah di negeri-negeri diperintah, perisytiharan harta semua Adun, Ahli Parlimen dan pimpinan PAS. Semua itu mahu memperkasakan parti jika mahu dilihat hebat dan berwibawa.

Itu yang mahu diucapkan oleh Amir, katanya dia bukan mahu memperlecehkan PAS kerana dia ‘orang kuat PAS’.

Barangkali perwakilan bertindak betul menyanggah Amir awal-awal lagi, kerana mereka terlampau sayangkan jamaah sehingga tidak sanggup dikritik apa lagi disamakan dengan Umno.

Amir juga rasanya tidaklah bersalah besar, beliau ada idea untuk diperbahaskan demi untuk memperkasakan parti cuma beliau mungkin hanya ‘tersalah’ mengemukakan hujah awal (menghentam Presiden dan Perlembagaan PAS) sehingga dilihat membelakangkan adab-adab mengkritik dalam PAS.

Saya merasakan tidak mengapa, Amir mungkin pertama kali berbahas di muktamar jadi mungkin berlaku sedikit kelemahan kepada dirinya. Mungkin dia agak gugup dan belum bersedia secukupnya dari awal seperti mengambil kira sekiranya dia di “boo” atau berhadapan dengan karenah pengerusi.

Ada kawan memberitahu, jika satu masa dulu ada perwakilan dari Pahang (contohnya pada zaman arwah Malik Yusuf dan sebagainya) berucap atau berbahas, seluruh perwakilan akan terdiam dan memberi perhatian kerana biasanya perwakilan Pahang akan membawa sesuatu yang baru.

Amir mungkin masih jauh untuk setara Malik... tetapi Amir kena belajar bagaimana untuk menyerap tekanan jika mahu berucap dan berbahas lagi pada masa-masa akan datang.

Kita orang Pahang ini, apa lagi dari Temerloh, merupakan keturunan pejuang, revolusioner ddan dari pangsa bangsa yang tidak pernah tunduk kepada kezaliman dan pantang menjadi yes man!










Saturday, June 19, 2010

Mari namakan anak kucing Najib…

“Altantuya…,” kata seorang sahabat dengan segera apabila diminta memberi nama anak kucing Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagaimana diminta Perdana Menteri dalam blognya.

Beliau berkata, nama tersebut sesuai kucing yang dibeli Najib itu cantik, manja dan Najib pun suka kepadanya.

Media hari ini menyiarkan kenyataan Najib yang mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya semalam.

"Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.

Najib yang membelinya di pameran beli produk Malaysia semalam, berkata beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan.

"Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini.

"Saya pasti anak perempuan saya akan gembira bertemu dengannya bila pulang ke rumah nanti," katanya.

Najib berkata semasa berada di majlis pelancaran kempen 'Beli Barangan Malaysia', beliau berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian tanpa dirancang: seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih.



‘Gerbang Pahang’ stesen bas Pekeliling perlu dinaiktaraf segera

PAS Pahang menggesa pihak berwajib khasnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menaikkan taraf Hentian Bas Pekeliling yang merupakan salah satu mercu tanda utama atau ‘gerbang ke negeri Pahang’.

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal juga menggesa kerajaan negeri Pahang memainkan peranan supaya program menaikkan taraf hentian tersebut dapat disegerakan demi keselesaan rakyat di samping merangsang kedatangan pelancong ke negeri Pahang.

Dalam kenyataan medianya kepada Selamatkan Pahang, Roslan berkata, PAS Negeri Pahang amat dukacita dengan keadaan fizikal Hentian Pekeliling di Kuala Lumpur yang masih dalam keadaan daif setelah pelbagai komen dibuat antaranya seperti disiarkan sebuah akhbar harian pada April 2009.

“Tinjauan PAS Pahang mendapati hentian tersebut masih tidak banyak berubah sejak sekian lama dan jauh ketinggalan berbanding dengan stesen bas lain di ibu negara walhal kedudukannya amat strategik sebagai hab kepada perjalanan bas ekspres dan teksi khususnya ke Pantai Timur dan Pahang Barat. Malah di situ juga terdapat stesen monorel dan stesen transit aliran ringan (LRT) Titiwangsa.

“Pihak DBKL pernah membuat kenyataan untuk menaikkan taraf stesen berkenaan mamun setelah lebih sepuluh tahun kenyataan tersebut dibuat, tiada sebarang kemajuan diperlihatkan. Pengguna kenderaan awam ke Pahang terpaksa berhadapan dengan suasana tidak selesa, tidak selamat dan berbahaya terutama apabila hujan atau pada waktu malam.

“Keadaan hentian tersebut membayangkan seolah-olah rakyat Pahang tidak dihargai atau tidak dialu-alukan ke Lembah Klang, atau mungkin juga seolah-olahnya pelancong tidak dialu-alukan ke negeri Pahang!,” menurut kenyataan berkenaan.

Gambar:
1. Keserabutan “Gerbang Pahang” yang berterusan, kurang memikat pelancong ke Pahang

2. Pandangan seperti ini sudah berlarutan sejak 40 tahun dulu, tanpa perubahan

3. Roslan


Friday, June 18, 2010

Konvoi amal pemuda Dari Temerloh Bandar Penentang Penjajah ke Melaka Bandar Bersejarah

TEMERLOH, 18 JUN: Seramai 40 pemuda dari krew P.6, MTD Kuala Semantan memulakan konvoi bermotor petang ini menuju ke Bukit katil, Melaka dalam misi amal dan kebajikan.

Dengan tema “Dari Temerloh Bandar Penentang Penjajah ke Melaka Bandar Bersejarah”, konvoi bermula di Taman Padang Gajah dan dilepaskan oleh Pengarah MTD Kuala Semantan Ahmad Zuber Omar.

Menurut ketua konvoi, Hasan Ayub, 20, mereka akan berada di sana selama tiga hari dua malam bagi melaksanakan kerja-kerja amal seperti membersihkan masjid dan membantu orang awam.

“Konvoi sejauh 300 kilometer ini merupakan program julung-julung kali kumpulan kami dengan kerjasama Amal Malaysia negeri Melaka. Dan pada bulan Julai nanti dijangka akan berlangsung program konvoi yang lebih besar,” jelasnya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Temerloh Fairus Hisham Nordin, AJK pemuda Kawasan Meor Zakba dan AJK MTD Kuala Semantan Suhaimi Abdullah.

Sementara itu, Zuber dalam alu-aluannya sebelum melepaskan konvoi bermotor itu memuji sikap berani pemuda-pemuda dari Kuala Semantan yang melaksanakan program sebesar itu demi misi kebajikan dan sekali gus mengharumkan nama negeri ini sendiri di negeri orang.

Beliau yang turut menyumbangkan sedikit wang sebagai tanda sokongan, turut berharap delegasi akan selamat sampai dan akan selamat pula kembali.

Fairus seterusnya membacakan doa selamat sebelum melepaskan konvoi tersebut.

Gambar;

1. Peserta konvoi bergambar ramai dengan Ahmad Zuber (tengah).
2.
3. Ustaz Fairus (berkopiah, kiri) membacakan doa.
4.
5. ‘Orang lama’ sedang menunjuk ajar peserta konvoi.






PAS dan undi bukan Islam

Oleh NORIZAN SHARIF

Seorang kolumnis The Star menulis bahawa hasrat PAS untuk meletakkan calon bukan Islam dalam PRU13 tidak disenangi oleh PKR dan DAP. Saya tak pasti adakah itu andaian kolumnis berkenaan atau ia sememangnya rasa hati PKR dan DAP yang masih berlegar dalam parti dan belum disuarakan di luar; sama seperti banyak isu lain yang dipendamkan dan cuba diselesaikan di kalangan pemimpin.

Sekiranya apa yang disebutkan oleh The Star itu benar, maka saya fikir ia adalah sesuatu yang tidak perlu. Terdapat tiga alasan bagi menyokong hujah saya itu.

Pertama, PAS berusaha menonjolkan imej sebagai sebuah parti untuk semua. Sifat universalisme Islam itu cuba ditampilkan dengan meletakkan calon bukan Islam dalam pilihanraya. Sekiranya PAS boleh membenarkan Dato' Ibrahim Ali yang bukan ahli parti itu bertanding di Parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya lalu, tentunya ia juga boleh berbuat demikian dengan calon bukan Islam.

Kedua, analisis pilihanraya menunjukkan DAP mendapat manfaat paling besar dalam PRU12 dan hal yang sama dijangka berlaku dalam PRU13. Walaupun PAS adalah sebuah parti yang lama bertapak, pengaruhnya hanya berkisar di sekitar negeri-negeri tradisional PAS yang mempunyai pengundi Melayu ramai seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu. Dalam pilihanraya lalu, DAP telah menunjukkan prestasi yang baik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Untuk melangkah keluar dari negeri-negeri tradisionalnya, PAS memerlukan undi bukan Islam dan langkah yang paling logikal ialah meletakkan calon bukan Islam. Itu hakikat politik Malaysia dan PAS faham corak pengundian tersebut.

Ketiga, dalam politik tidak ada sesuatu yang kekal. PAS pernah berada dalam Barisan Nasional, kemudian keluar. PAS juga pernah berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah (1990-1996), tetapi tidak lama. Adalah terlalu naif untuk mengatakan pengundi bukan Melayu memberikan undi kepada PAS kerana perjuangan parti itu. Undi mereka kepada PAS adalah satu perhitungan politik yang bersyarat, iaitu selama mana PAS bersahabat dengan DAP dan PKR, selama itu ia akan mendapat undi bukan Melayu. Bagi menyediakan kemungkinan berpisah dengan Pakatan Rakyat (walaupun setakat ini ia adalah satu kemungkinan yang dilihat jauh), maka adalah logikal juga untuk PAS menentukan ia tidak bergantung kepada PKR dan DAP untuk mendapat undi bukan Melayu. Tindakan yang wajar ialah menarik undi bukan Melayu melalui calon bukan Islam.

Dalam hal ini, saya fikir rakan kongsi PAS dalam Pakatan Rakyat tidak harus merasa cuak atau bimbang. Politik ialah mengenai survival dan itulah strategi PAS meletakkan calon bukan Islam. Apakah calon ini akan mufarakah seperti Ibrahim Ali setelah mereka dipilih dalam pilihanraya nanti, itu soal lain!

PAS bersedia hadapi PRU bila-bila masa – TG Nik Aziz

KOTA BAHARU: Di sebalik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum (PRU) dengan mengatakan ... tarikh PRU satu kejutan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata “PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dari sekarang.”

Kata Menteri Besar Kelantan itu, walaupun kuasa mengumumkan tarikh pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.

Sebelum itu, Tuan Guru diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Najib, dua hari lepas ketika bercakap di Tumpat, berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Menteri Besar Kelantan berkata soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia.


PAS, PKR, DAP tegas perangi judi

RAUB: PAS menyatakan ketegasan memerangi sebarang bentuk perjudian termasuk sempena Piala Dunia kerana jelas ditegah agama Islam.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS akan memberikan bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Mansuh Judi (GMJ) yang diketuai Mohd Azmi Abd Hamid.

Menurutnya, GMJ mendapat sokongan padu lebih 40 NGO termasuk dalam kalangan bukan Islam yang membantah sekerasnya pemberian lesen judi Bola Sepak sepanjang Piala Dunia.

“GMJ akan menyampaikan memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu bagi menuntut kerajaan menarik balik lesen judi bola ketika kempen Piala Dunia kepada syarikat Berjaya Corporation.

“Memorandum ini juga akan diserahkan kepada ahli Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk membahaskan isu berkenaan di Parlimen,” katanya pada ceramah anjuran PR di Markas Pas Sega, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Syamsul Iskandar Akim berkata, pemberian lesen judi ketika kempen bola sepak Piala Dunia itu amat membimbangkan dan boleh menyebabkan gejala tidak baik menular dalam dunia bola sepak negara ini pada masa akan datang.

Menurutnya, sikap liberal kerajaan dalam isu itu akan membuka laluan kepada pemberian lesen judi liga tempatan pada masa depan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan gejala rasuah dalam arena bola sepak kerana pihak terlibat dalam perjudian secara tidak langsung akan cuba memberi rasuah kepada pemain untuk menjadikan keputusan perlawanan seperti yang dijangka.

“Isu rasuah dalam bola sepak tempatan berlaku tidak lama dulu dan kita kehilangan pemain bola sepak berbakat sekali gus kedudukan Malaysia dalam Carta Bola Sepak Dunia terus jatuh menjunam,” katanya.

Wakil Khas DAP Raub, M Selvarajah berkata, tindakan berjudi dilarang semua agama kerana kesannya yang mendatangkan keburukan kepada individu terlibat.

Menurutnya, DAP juga menegaskan pendirian menentang pemberian lesen judi sempena Piala Dunia.

“Judi adalah antara penyumbang kepada masalah sosial di negara ini tidak kira bangsa, latar belakang keluarga dan agama.

“Kita juga tidak bersetuju dengan kenyataan Mantan Perdana Menteri bahawa DAP bertindak atas sifat permainan politik,” katanya.

Selvarajah berkata, lesen judi dikeluarkan Kerajaan Persekutuan selama ini sedangkan Kerajaan Negeri hanya bertanggungjawab terhadap premis judi di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961.

~ Sinar Harian

Tauke Restauran Azhar meninggal dunia

TEMERLOH: Penduduk atau sesiapa yang pernah tinggal di bandar ini, pasti tahu sebuah kedai menjaul 'nasi lemak sotong' iaitu Restauran Azhar, iaitu berhadapan dengan stesen Petronas Jalan Bahagia.

Semalam, kira-kira jam 8.30 malam, pemilik restauran yang poipular itu, Samsuddin Arifin, 67, kembali ke rahmatullah ketika dirawat di Hospital Temerloh. Beliau dirawat akibat komplikasi serangan penyakit jantung.

Berita tersebut diperolehi daripada SMS Baisuddin Ramli.

Samsuddin ialah anak saudara kepada bekas Adun Penor (PAS) Abdul Aziz Long.


Thursday, June 17, 2010

Bekas timbalan menteri dakwa Najib lesapkan wang Felda

Akhirnya Kerajaan BN mengakui secara terbuka di parlimen bahawa simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004.

Pengakuan tersebut dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang menjawab soalan Ahli Parlimen Ledang Hamim Samuri yang mengemukakan soalan mengenai kenyataan yang didedahkan di sebuah laman di internet bahawa adanya unsur salah guna kuasa di agensi pembangunan tanah itu.

Hamim merujuk kepada surat terbuka bekas menteri tanah dan koperasi Datuk Tan Kee Kwong yang mendakwa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memufliskan Felda.

Tan yang merupakan ahli PKR memberitahu, rizab tunai Felda pada 2004 ialah sekitar RM4.5 billion tetapi jumlah tersebut merudum sejak itu. Beliau menyalahkan Najib sebagai “salah urus” terhadap agensi berkenaan.

Tan dalam surat terbukanya itu mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah “memusnahkan” Felda. Najib ialah “Menteri Felda” sejak 2004.

Felda ialah agensi kerajaan yang bertanggunjawab menangani permasalahan penduduk miskin luar bandar dengan menempatkan mereka di kawasan baru yang dibangunkan.

Dalam suratnya Tan mendakwa Najib secara berseorangan membinasakan Felda. Tan juga mendakwa tujuan sebenar Najib menerajui Felda hanyalah untuk mencapai cita-cita besar.

“Pengorbanan peneroka-peneroka Felda selama ini hanya sia-sia. Felda mengukir nama baik di peringkat dunia tetapi semua itu hanya benar-benar seperti sampah saja,” tegasnya.

Beliau selanjutnya memberi beberapa contoh pembaziran seperti Felda juga membeli “pejabat bertaraf 5 bintang” bersebelahan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.

Tan juga mempersoalkan penglibatan Felda dalam pasaran estet. Selain itu beliau mendakwa tindakan Felda membayar sehingga 40 % (RM230 juta) kos satu pembinaan kepada pemaju.

Beliau memberitahu bangunan tersebut dibangunkan oleh syarikat Naza TTDI.




Penduduk Tekek, Tioman tunggu 4 tahun rumah kos rendah

ROMPIN: Penduduk Kampung Tekek di Pulau Tioman, dekat sini merayu kerajaan mempercepatkan pembinaan rumah kos rendah di kampung itu seperti yang dijanjikan kepada mereka sejak empat tahun lalu.

Permintaan itu dibuat berikutan rumah sedia ada yang diduduki sejak turun temurun sudah tidak sesuai dan kelihatan uzur malah ada di antaranya didiami lebih daripada satu keluarga kerana kesukaran mendapat tapak baru.

Keadaan bertambah buruk apabila ada kalangan generasi kedua yang nekad membina rumah berhampiran pantai di atas tanah milik kerajaan kerana terdesak dan tidak mempunyai pilihan selepas mendakwa, sebahagian daripada tanah mereka sudah diambil kerajaan untuk membina sekolah dan kawasan pelancongan.

Difahamkan, kerajaan negeri sudah membuat bayaran RM1.4 juta kepada pemilik tanah terbabit dan hanya menunggu peruntukan bagi memulakan projek perumahan berkenaan di atas tanah seluas 3.2 hektar.

Bagaimanapun, tinjauan ke kawasan tapak perumahan itu baru-baru ini mendapati keadaan sekeliling tidak berubah dan masih dipenuhi semak samun malah tiada sebarang papan tanda menunjukkan kawasan itu bakal dibangunkan projek perumahan.

Ketua Kampung, Kamarolzaman Ismail, 60, berkata kerajaan perlu melakukan sesuatu dan menggesa pihak berkaitan melihat sendiri kawasan perumahan yang hendak dibangunkan.
Katanya, kira-kira 4,000 penduduk di pulau itu memerlukan rumah kos rendah terutama generasi kedua dan ketiga yang kebanyakannya masih menumpang di rumah orang tua masing-masing.

“Projek ini tidak boleh ditangguh lagi kerana kehidupan kami semakin terhimpit malah ada di antara penduduk di sini yang berkongsi rumah bersama ibu bapa dan adik beradik lain yang sudah berkeluarga,” katanya ketika ditemui di Kampung Tekek di sini, baru-baru ini.

Seorang penduduk, Zulfakar Othman, 45, meminta pihak berkaitan mempercepatkan pembinaan rumah kos rendah itu bagi memberinya peluang tinggal dalam suasana yang lebih selesa.

“Kami akur dengan permintaan kerajaan untuk mengambil alih tanah milik keluarga dan diberi bayaran pampasan bagi tujuan meningkatkan taraf hidup kami tetapi tidak sepatutnya kami dibiarkan hidup bersesak dan berhimpit seperti ‘ikan sardin’ di sini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Mohd Johari Hussein, berkata beliau akan bertemu dengan semua pihak berkaitan bagi berbincang dan mencari jalan penyelesaian berhubung perkara itu.

“Saya sudah memohon kepada kerajaan mempercepatkan pembinaan 94 unit rumah murah bagi memberi kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa terutama kepada generasi kedua dan ketiga penduduk pulau ini.

“Ketika ini ramai di kalangan penduduk ini terpaksa membina rumah di atas tanah kerajaan berhampiran kawasan pantai yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada industri pelancongan di pulau ini,” katanya.

Saman KPN, PDRM petang ini

RAUB, 17 JUN: Peguam Mohd Fadzli & Co. hari ini akan memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara (KPN) dan Polis di Raja Malaysia (PDRM) di Mahkamah Sesyen Raub jam 3 petang ini.

Prosiding memfailkan saman tersebut adalah berhubung tindakan seorang anggota polis melepaskan tembakan rambang di Kuala Lipis pada satu masa dulu sehingga mengenai kereta milik Hasbullah Ludin.



Wednesday, June 16, 2010

Wartawan Harakah kemalangan

TEMERLOH, 16 JUN: Wartawan Harakah Pahang, Basiron Abdul Wahab ditimpa kemalangan kecil apabila motor yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta (Pesona) kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Beliau dikatakan dalam perjalanan ke pejabat dari rumahnya, sesampai di satu simpang empat di Jalan Bahagia sebuah kereta yang dipandu seorang pemuda berbangsa Cina, keluar dari simpang dan Basiron melanggarnya.

Sehingga petang tadi beliau masih berada di Wad Kecemasan Hospital Temerloh. Keadaan beliau dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan.

Berdoalah bersama untuk pemulihan segera beliau.


Mengingati pemergian Ustaz Hassan Shukri... Tokoh Arkib PAS

Dicatat oleh KEMBARA SUFI

Malaysia amnya dan Gerakan Islam khasnya terkejut dengan pemergian Tokoh Maal Hijrah Selangor, Ustaz Hj Hassan Shukri kerahmatullah beberapa hari yang lepas. Pemergiaan tokoh arkib PAS yang sukar dicari ganti. Kelembutannya, keramahannya, senyuman, kecekalan hati dan pengorbanannya akan sentiasa dirindui oleh setiap pejuang Islam yang mengenali almarhum. Sebagai mengingati pemergian tokoh ini, didedikasikan kisah seorang sahabat , Salamah bin Al-Akwa' yang begitu besar pengorbanan dalam lipatan sejarah para sahabat. Moga menjadi contoh untuk kita semua...

Salamah adalah seorang pemanah dari bangsa Arab yang terkemuka, juga terbilang sebagai tokoh yang berani, dermawan, dan gemar berbuat kebajikan. Ketika dia menyerahkan dirinya untuk menganut Islam, diserahkannya secara benar dan sepenuh hati, Islam membentuknya menjadi manusia yang agung sesuai dengan coraknya yang agung. Salamah bin al-Akwa juga termasuk tokoh Baiatur-Ridwan.

Ketika pada tahun 6 H Rasulullah saw. bersama para sahabat berangkat dari Madinah dengan tujuan hendak berziarah ke Ka'bah, tetapi dihalangi oleh orang-orang Quraisy, maka Rasulullah saw. mengutus Usman bin Affan untuk menyampaikan kepada mereka bahwa tujuan kunjungannya hanyalah untuk berziarah, dan sekali-kali bukan untuk berperang.

Sementara menunggu kembalinya Usman, tersiar berita bahawa dia telah dibunuh oleh orang-orang Quraisy. Rasulullah saw. lalu duduk di bawah naungan sebatang pohon menerima baiah sehidup semati dari sahabatnya, seorang demi seorang.

Salamah bercerita, “Aku mengangkat baiah kepada Rasulullah saw. di bawah pohon, dengan pernyataan menyerahkan jiwa dan ragaku untuk Islam. Lalu, aku mundur dari tempat itu. Tatkala tersisa tidak banyak lagi, Rasulullah saw. bertanya, ‘Hai Salamah, mengapa kamu tidak ikut baiah?’ ‘Aku telah berbaiah, wahai Rasulullah saw.,’ ujarku. ‘Ulangi kembali,’ sabda Nabi. Maka, aku ucapkan kembali baiah itu’.”

Dan, Salamah telah memenuhi isi baiah itu sebaik-baiknya. Bahkan, sebelum diikrarkannya, iaitu semenjak dia mengucapkan syahadah, maksud baiah itu telah dilaksanakan.

Salamah berkata, “Aku berperang bersama Rasulullah saw. sebanyak tujuh kali, dan bersama Zaid bin Harithah sebanyak sembilan kali.”

Salamah dikenal sebagai tokoh paling mahir dalam peperangan jalan kaki, dan dalam memanah serta melemparkan tombak dan lembing. Tipu daya perang yang dijalankannya serupa perang gerila, yang kita jumpai sekarang ini. Jika musuh datang menyerang, dia menarik pasukannya undur ke belakang. Tetapi, bila mereka kembali atau berhenti untuk berehat, maka diserangnya mereka dengan bersungguh-sungguh.

Dengan tipu helah seperti ini, dia yang berseorangan diri mampu menghalau tentera yang menyerang luar kota Madinah di bawah pimpinan Uyainah bin Hishan al-Firari dalam peperangan yang disebut perang Dzi Qarad. Da pergi menegekori mereka seorang diri, lalu memerangi dan menghalau mereka dari Madinah, hingga akhirnya datanglah Nabi saw. membawa bala bantuan yang terdiri dari para sahabat.

Pada hari itulah, Rasulullah saw. menyatakan kepada para sahabat, “Tokoh jalan kaki kita yang terbaik adalah Salamah bin Al-Akwa.”

Salamah tidak pernah berkecil hati atau berasa kecewa, kecuali ketika saudaranya yang bernama Amir bin Al-Akwa tewas di perang khaibar.

Kedermawanan Salamah telah cukup terkenal, tetapi ada hal yang luar biasa. Hingga dia akan menunaikan permintaan orang, termasuk jiwanya apabila permintaan itu atas nama Allah.

Rahsia ini rupanya diketahui oleh ramai orang. Maka, jika seseorang ingin tuntutannya berhasil, dia akan mengatakan kepada Salamah, “Kuminta anda atas nama Allah.” Dan mengenai hal ini, Salamah pernah berkata, “Jika bukan atas nama Allah, atas nama siapa lagi kita akan memberi.”

Sewaktu Usman r.a. dibunuh, pejuang yang perkasa ini merasa bahawa api fitnah telah membakar kaum muslimin. Dia adalah orang yang sudah menghabiskan usianya selama ini berjuang bantu membantu dengan saudaranya seagama untuk mempertahankan agama Allah, maka dia tidak mahu berperang melawan saudara seagamanya.

Benar, seorang tokoh yang telah mendapat pujian dari Rasulullah saw. tentang kepakarannya dalam memerangi orang-orang musyrik, tidaklah pada tempatnya jika ia menggunakan kepakarannya itu untuk memerangi atau membunuh orang-orang mukmin. Itulah sebabnya, dia mengemas barang-barangnya lalu meninggalkan Madinah dan berangkat menuju Rabdzah, iaitu kampung yang dipilih oleh Abu Dzar sebagai tempat hijrah dan pemukiman barunya.

Maka di Rabdzah inilah Salamah menghabiskan sisa hidupnya, pada suatu hari di tahun 74 H., hatinya merasa rindu berkunjung ke Madinah. Maka, berangkatlah dia untuk memenuhi kerinduannya itu. Tetapi pada hari ketiga dia tinggal di Madinah. Dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di dunia ini di kota itu.

Demikianlah, rupanya dia harus kembali di tanahnya yang tercinta, di lingkungan sahabat-sahabatnya dan memperoleh berkatan bersama para syuhada yang soleh.


Sumber: Karakteristik Perihidup Enam Puluh Sahabat Rasulullah, Khalid Muh. Khalid

New twist: Keshvinder was 'blackmailed'

(Maaf, belum sempat terjemah)

By G Vinod

KUALA LUMPUR: The latest defection to hit Pakatan Rakyat is shaping out to be a tale of intrigue, peppered with allegations of theft and blackmail.

And as usual, the alleged chief antagonist is Umno.

The plot centres around RM45,000 which purportedly went missing from the law firm of Keshvinder Singh, the Malim Nawar state assemblyperson who quit DAP this afternoon.

While Keshvinder denied Umno having a hand in this, Perak DAP vice-chairman A Sivanesan however claimed otherwise.

According to the Sungkai assemblyman, Keshvinder had related his ordeal when the two met some three weeks ago.

“He told me that one of his clerks in the law firm had embezzled RM45,000 of his client's money and he was in a fix.

“Unfortunately for him, the news reached Umno. From then on, they used this issue against him and coaxed him into defecting,” he said, adding that he had advised Keshvinder to file a police report.

Sivanesan said that Keshvinder had revealed this to several other DAP leaders, including Ipoh Barat MP M Kulasegaran.

He also challenged Keshvinder to deny that he had informed him and the rest about this issue.

'Umno-linked clerk'

Contacted later, Kulasegaran not only confirmed this, but added another twist to the plot, claiming that the clerk who had allegedly absconded with the money was linked to Umno.

“Keshvinder told me that the Umno-linked clerk had not only run off with the money but also took along the client's receipts.

“He was worried that the receipts could be manipulated to tarnish him,” he said, adding that he too had advised Keshvinder to lodge a report with the authorities.

“He (Keshvinder) went missing yesterday and we feared the worst,” he said.

Kulasegaran also urged Keshvinder “to do the honourable thing” and resign as state assemblyman since he had won the seat under a DAP ticket.

Perak fell into the hands of Barisan Nasional after the defection of several Pakatan MPs, leading to the allegation that they were paid a hefty sum to abandon ship. A charge which BN has denied.

On Feb 25, 2009, Keshvinder himself filed a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission claiming that he was offered RM20 million to defect to BN.

In a related matter, Sivanesan lashed out at Keshvinder for accusing DAP of not supporting him in serving his constituency.

“ When he was offered to contest in the 2008 general election, we told him clearly that the BN government may not provide allocations to constituencies under opposition control.

“At the time he said that he understood the situation and was ready to contest. Opposition reps in Malacca, Johor and Negri Sembilan are also not getting proper allocations but we find ways to raise funds to serve our constituencies,” he said.

“The people know and understand our predicament. That is why they believe in our cause” he added.

Tuesday, June 15, 2010

Kecoh, penduduk halang TNB ceroboh tanah

TEMERLOH, 15 Jun: Ketegangan tercetus apabila penduduk kampung Bangau Tanjung, dekat sini, telah bertindak membantah tindakan kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) menceroboh tanah mereka dengan mengorek tanah untuk ditanam kabel elektrik.

Bagaimanapun kira-kira 30 orang polis dikerahkan berkawal di lokasi panas itu.

Menurut penduduk, walaupun arahan pemberhentian projek berkenaan telah dikeluarkan secara bersurat oleh Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh dan persetujuan telah dicapai antara tiga pihak melibatkan pejabat daerah, TNB dan penduduk kampung untuk menyelesaikannya, namun pihak penceroboh tidak patuh.

Tanah mereka telah dikorek oleh jentera bagi tujuan pemasangan laluan kabel daripada pencawang Songsang untuk membekalkan elektrik kepada bangunan kedai di tapak pasar lama yang baru siap di bandar ini.

Pengerusi jawatankuasa bertindak, Nazri Sulaiman, 55, ketika ditemui Selamatkan Pahang, memberitahu, pihak penduduk telah mendapat jaminan projek berkenaan dihentikan serta merta.

“Surat daripada pejabat daerah telah dikeluarkan mengarahkan pemberhentian serta merta projek mengorek tanah untuk menanam kabel di atas tanah penduduk itu. Tetapi mereka ingkar dan masuk menceroboh tanpa notis macam lanun”.

“Penduduk sedang berurusan dengan peguam untuk meminta pampasan,” jelasnya.

Seorang lagi penduduk yang terlibat, Roslan Ishak, berkata TNB jelas menceroboh kerana tiada status sebenar projek berkenaan kerana tidak pernah diberi penerangan mahupun diberitahu sedangkan tanah yang dikorek merupakan tanah milik kekal penduduk kampung.

“Notis masuk kerja tidak ada dan papan tanda projek pun tidak ada. Notis daripada pejabat tanah juga tidak ada bahkan bila kami merujuk ke sana mereka tidak tahu menahu. Jadi kami tidak tahu status tanah yang diambil ini. Sebab itu kami mahu tahu siapa yang benarkan projek ini dijalankan atau atas arahan siapa kerja-kerja ini dibenarkan”.

“Kami mahu tahu adakah berlaku penyelewengan oleh mana-mana pihak sebab pihak kontraktor boleh bekerja tanpa merujuk kepada penduduk kampung sebagai tuan tanah. Kami mahu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nasuk menyiasat,” jelasnya.

Gambar:
1. Kontraktor TNB sedang mengorek tanah dengan dikawal anggota polis.

2. Penghulu Mukim Bangau (kanan) cuba memberi penjelasan tetapi gagal mententeramkan keadaan.