KUALA LIPIS: Lima keluarga di Kampung Beriang yang selama ini terpaksa bergantung kepada air sungai sebagai sumber air, merayu kerajaan negeri membekalkan bekalan air bersih ke rumah mereka.
Mereka mendakwa, air dari Sungai Tanum yang selama ini digunakan untuk minuman dan memasak, tidak lagi selamat digunakan kerana dicemari kuman dan racun akibat perbuatan menuba ikan oleh pihak tertentu.
Salah seorang daripada keluarga terbabit, Esah Othman, 39, mendakwa, dia pernah dimasukkan ke Hospital Lipis selama seminggu kerana diserang jangkitan najis dan air kencing tikus.
"Menurut doktor, jangkitan tersebut berpunca daripada air sungai yang kotor dan tercemar dengan pelbagai kandungan kuman yang boleh menjejaskan kesihatan.
"Keluarga saya bergantung kepada air Sungai Tanum untuk minum, memasak, membasuh pakaian dan sebagainya sejak lapan tahun lalu apabila kami sekeluarga berpindah dari gugusan Felda Jengka, Maran," katanya sebagaimana dipetik media.
Ibu kepada tiga orang anak berusia antara satu dan 18 tahun itu berharap kerajaan negeri Pahang dapat menimbang segera untuk memasukkan bekalan air bersih ke rumah penduduk terlibat.
Seorang lagi penduduk, Wan Mohd. Yusni Wan Mohd. Arif, 26, berkata, hanya lima buah rumah sahaja di kampung itu yang masih belum mendapat bekalan air paip kerana kedudukan rumah mereka berada di penghujung kampung.
"Jarak lima buah rumah terlibat dengan hujung paip bekalan air sedia ada hanya 800 meter.
"Jadi kami harap Jabatan Bekalan Air (JBA) negeri Pahang dapat menimbang untuk menyambung bekalan paip itu ke rumah kerana telah lama kami menggunakan air sungai yang tidak bersih dan boleh mengancam kesihatan kami," katanya.
Wan Mohd. Yusni mendakwa, keluarganya menggunakan air yang dipam dari Sungai Tanum sejak lebih 10 tahun dan selalu mengalami cirit-birit kerana dikhuatiri tercemar.
"Bagaimanapun, kami tidak mempunyai pilihan dan terpaksa terus bergantung kepada air sungai itu selagi permohonan kami untuk mendapatkan bekalan air paip tidak dipertimbangkan," katanya.
Dia yang berniaga di Pasar Lipis berharap, kerajaan negeri segera menimbangkan permohonan mereka sungguhpun jumlah rumah dan penduduk terlibat hanya kecil, tetapi ia penting untuk keselamatan dan masa depan mereka.
kat penang kami dapat air percuma nilai rm100 utk org miskin setahun.kat selangor air percuma 20meter padu. di pahang masih ada tempat tak ada paip air ..oi org pahang cukuplah sokong bn jgn takut tukar kerajaan Negeri phg tak kan kiamat bila tukar kpd pr
ReplyDeleteTakda-takda air paip kat byk tempat di Pahang ni pun pemimpin boleh jual air ke Selangor....
ReplyDeleteIsyyy... tak faham lah...