Saturday, June 5, 2010

Bapa mertua KP Melaka meninggal

TEMERLOH: Aktivis PAS Othman Basir, 60-an, meninggal dunia hari ini di rumah anaknya di Bukit Katil, Melaka.

Menurut waris terdekat, jenazahnya Allahyarham dijangka akan sampai ke rumahnya di Kampung Pengkalan Jaya, Lebak, di sini selepas Solat Asar nanti.

Beliau yang sehingga akhir hayatnya merupakan agen jualan Harakah dan Siasah, merupakan aktivis PAS terutama pada era 1980-an dan sangat rapat dengan arwah bekas Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Bunyamin Yaakob.

Selama menghidap pelbagai penyakit, beliau tinggal di rumah anaknya di Melaka. Menantunya ialah Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Abdul Wahab.

Semoga Allah membalas dengan cucuran rahmat di atas segala kebaikan Allahyarham semasa hayatnya.


No comments:

Post a Comment