Friday, March 22, 2013

Menziarahi makam Tok Mengkarak

Baru-baru ini saya sempat menziarahi makam seorang tokoh ulamak Islam dalam sejarah Pahang, Tok Mengkarak di Kampung Mengkarak (bersebelahan masjid Mengkarak), Bera bersama seorang waris keturunannya Haji Alang Ahmad Teh.

Menurut Alang bekas wartawan Utusan Melayu yang kini AJK Persatuan Sejarah Pahang, beliau merupakan keturunan ke empat Tok Mengkarak.

Beliau ialah anak Teh, Teh anak kepda Penghulu (Lebak) Abu Bakar, Abu Bakar ialah anak Tok Pandak dan Tok Pandak ialah anak Tok Mengkarak.

Mengikut catatan sejarah yang ada pada Haji Alang (kajian oleh Dr Aminudin Mansor dan Datuk Dr Munir Yaakob), Tok Mnegkarak ialah Imam Nur Al Qadim anak kepada Imam Nur Al Bayan datang empat beradik ke Semennajung Tanah Melayu dari Tanah Minang.

Beliau membuka satu tempat dengan nama Kampung Mengkarak, mengambil sempena nama tempat asalnya iaitu Danau Singkarak (yang katanya dari segi geografinya seakan-akan serupa dengan kampung asalnya).

Salah seorang adik beradiknya membuka Chenor.

Menurut Haji Alang, Tok Mengkarak juga mempunyai pertalian dengan seorang lagi ulamak terkenal Pahang Tuk Shahbudin bin Zainal Abidin (1650-1700) yang meneroka Kampung Berhala Gantang.

Lokasi penempatan yang dibuka oleh Tok Mengkarak itu ialah di muara Sungai Mengkarak yang bertemu dengan Sungai Pahang, betul betul terletak di tanjung Sungai Pahang yang paling selatan (jika merujuk peta negeri Pahang) dan keunikan ini menjadikan aliran sg pahang seperti berbentuk huruf U.

Sekitar tahun 1620an, semasa kegemilangan Kerajaan Kesultanan Pagar Ruyung di Pulau Sumetra, berlaku pertentangan aliran fahaman tarikah dalam pengembangan agama Islam. Kumpulan pendakwah yang lebih berfahaman ekstrem dalam bidang tauhid telah meletakan tarikat Martabat 7 sebagai dasar utama amalan agama Islam. merupakan pendakwah dan pengamal tarikat ini yang mendapat penentangan daripada Sultan Iskandar Muda Thani ( Sultan Pagar Ruyung ).

Berdasarkan catatan sejarah itu, baginda sultan telah mengeluarkan titah untuk menangkap, membunuh pengikut Martabat 7 selain membakar semua kitab-kitab yang digunakan.

Menyedari ancaman ini, Iman Nur Al Bayan dan anak-anaknya serta pengikut-pengikut yang setia telah berhijrah ke Tanah Melayu untuk mempertahankan ajaran yang dianuti serta mengembangkan Islam ke Tanah Melayu terutama untuk kawasan pendalaman Negeri Pahang.

Penghijrahan ini juga melibatkan waris kesultanan Pagar Ruyung yang merasa terancam dengan kuasa Sultan yang memerintah. ( Ada dakwaan bahawa..kumpulan ini merupakan waris kesultanan Pagar Ruyung yang dipinggirkan dan dengan silsilah kesultanan ini mereka telah mendapat tempat sebagai pemimpin atau pemerintah di tempat tempat yang tertentu. Contohnya, hubungkait dengan salasilah kesultanan Seri Menanti di Negeri Sembilan, kesultanan Maharaja Perba Jelai di Lipis dan perkaitan dengan salasilah keluarga di Pekan, Chenor dan lain-lain.


Juga rujukan:
http://universitimengkarakk.blogspot.com

9 comments:

  1. Penghulu Lebak selepas Tok Muda Abu Bakar ialah Penguhulu Mohamad Nor anak Tok Muda Abu Bakar. Selepas beliau ialah Penguhulu Ahmad anak Penghulu Mohamad Nor. Kini Lebak tidak berpenghulu lagi kepada keturunan Tok Mengakarak. Yang terakhir ialah Penghulu Ahmad bekas pegawai Askar Melayu. Beliau ialah anak lelaki ketiga Penghulu Mohamad Nor. Anak lelaki pertama Penghulu Mohamad Nor ialah Datuk Abdul Manaf; Othman, seorang pegawai pertanian merupakan anak kedua manakala anak keempat beliau ialah Datuk Abdul Ghani dan anak lelaki bongsu beliau ialah Ghazali. Kesemua anak lelaki Penghulu Mohamad Nor merupakan bekas pegawai kerajaan kanan kecuali Penghulu Ahmad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam..sekadar berkongsi maklumat. Sebenarnya waris tok mengkarak masih diangkat sebagai pemghulu lebak sejak 2 tahun lepas...beliau anak kelahiran kg mengarak adalah 3 pupu kpd penghulu ahmad..emak beliau 2 pupu kpd penghulu mohamad nor dan atuk beliau sepupu kpd tok muda bakar dan moyang beliau rasu bin teh deraman adalah sorang sorangnya bapa saudara kpd tok muda bakar. adik beradik moyang beliau ialah moyang yang sara, moyang minah dan moyang tijah...salam saliturrahim.

      Delete
  2. Tun Derma Putra aka Tok Mengkarak- Tun Jaya aka Tun Jambi -Tok Didah - Tok Lamah - Tok Hj Muhammad - Othman - Kassim - Hussin - salasilah yg saya rujuk dari buku salasilah keluarga berjudul " Si Anu Anak Siapa" yang dibukukan oleh Aki Long Cikgu Bakar Temerloh

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tahu? Ayah kepada arwah tok mengkarak siapa? Dan siapa nama 3 orang anak perempuannya?

    ReplyDelete
  4. Itu kena tanya Hj Alang Ahmad, AJK Persatuan Sejarah Malaysia (Cawangan) Pahang. Dia yang membuat kajian lengkap tentang Tok Mengkarak.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Ada sesiapa yang tahu asal usul penghulu zabidin bin ahmad. Nama beliau ada digunakan di bandar mentakab seperti Jalan Zabidin dan Taman Zabidin. Terima kasih

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Ada sesiapa yang tahu keturunan asal usul awal penghulu Zabidin bin Ahmad. Nama beliau ada digunakan di bandar mentakab seperti Jalan Zabidin dan Taman Zabidin. Terima kasih

    ReplyDelete
  7. assalam..boleh saya thau siapa adik beradik tok mengkarak yg dipanggil tok naning@syed kuning? boleh tau dimana dia membuka kawasan di semenanjung ini

    ReplyDelete
  8. assalam boleh sya tahu siapa adik berdik tok mengkarak yg diapnngil tok naning@syed kuning...dan apakah kawan penempatannya di semenanjung..adakah dia ada kaitan dengan seri menanti..negerismebilan

    ReplyDelete