Apakah ada satu ‘game’ dimana Perdana Menteri (PM) meminta
Menteri Pendidikannya Dr Maszlee Malik) berundur, kemudian di kembalikan Pengajaran
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) setelah melantik
dirinya sendiri memegang portfolio itu?
“Jika jawapannya iya, bermakna sejarah akan berulang
iaitu kegagalan dan kehabisan wang rakyat”.
Demikian tulis mantan Timbalan Pengarah Pendidikan
Negeri Pahang Haji Sobirin Duli.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Lipin
berkata, sejarah akan berulang. PPSMI yang dahulunya tergesa-gesa dilaksanakan tanpa
tempoh percubaan dan habis duit berbilion. PM yang ada, merupakan PM yang sama dipenghujung tugasnya ketika
itu.
“Pada ketika itu tiada siapa yang berani buka mulut
membantah. Tiada siapa yang faham, sehinggakan taklimat disampaikan sendiri
oleh menterinya yang dilantik secara payung terjun kerana orang politik tidak
mungkin boleh berhujah dalam hal akademik.
“Apakah kali ini di penghujung hayat perkhidmatannya
untuk kali kedua, PPSMI perlu dipaksakan sekali lagi perlaksanaannya? Apakah
menteri pendidikan sendiri akan keliling negeri beri penjelasan kepada
pegawainya?,” soalnya lagi.
Tambahnya, pasti ada soalan dari rakyat nanti (PPSMI
yang dulu ada taklimat kepada ibu bapa) - Bolehkah pengajaran ini dilaksanakan
hanya setelah mendapat persetujuan ibu bapa terlebih dahulu seperti peraturan
yang dikenakan kepada pengajaran Jawi di sekolah jenis kebangsaan?
“Apakah ada game lain lagi selepas ini atau sebaliknya?
Satu sahaja yang positif diharapkan akan berlaku iaitu kembalikanlah elaun
kritikal kepada guru terbabit. Setiap perlaksanaan dasar baru pasti melibatkan
kos yang besar.
“Apakah kerajaan punya cukup wang setelah berkali-kali
mendakwa kerajaan tak berwang akibat dirompak?,” soalnya lagi.
No comments:
Post a Comment