Thursday, February 27, 2020

Apa beza Tun M dengan PAS?

Oleh MOKHTAR SENIK

Jauh beza Tun dengan PAS sejauh langit dan bumi. PAS  berpisah dgn UMNO sejak tahun 1951. Sejak itu PAS bertarung dengan UMNO selama 68 tahun. Manakala Tun yang pernah menjadi Presiden UMNO yang paling lama, berpisah dengan UMNO pada Februari 2016. Jadi usia permusuhan Tun dgn UMNO hanya empat atau lima tahun. Bermakna, jauh lebih singkat masanya berbanding tahun-tahun Tun mengecapi nikmat daripada UMNO.


Namun Tun sanggup menerima DAP berbanding UMNO demi menuruti dendam beliau kepada UMNO. Manakala PAS sanggup menolak DAP dan menerima UMNO demi agama, bangsa dan negara.

Ketika Tun mendapati Anwar musuh di luar yang mengancam beliau dan UMNO, Tun mengambil sikap menarik Anwar ke dalam UMNO, kemudian Tun jinakkan Anwar sehingga menguasainya. Kemudian Tun terajang Anwar. Itu antara pendekatan politik Tun. Jinakkan musuh dalam gelanggang sendiri dan apabila musuh sudah lemah lalu ditendang keluar gelanggang. Begitu juga ketika Tun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) ke 7 beberapa hari lepas. Tujuan Tun hanya satu iaitu untuk menjadikan musuh-musuh politik beliau dalam PH melutut dan sujud kepada beliau. Yang akhirnya Tun akan membentuk kerajaan Mahathir yang berkuasa penuh.

Tun cuba jinakkan PAS dengan kaedah tarik PAS masuk kedalam kerajaan kerajaan perpaduan (UG)  ciptaan Tun. Jika PAS setuju PAS terpaksa meninggalkan UMNO sendirian di luar kerana Tun tidak menerima UMNO dalam UGnya. Ketika itu UMNO akan lemah. Manakala PAS pula sememangnya tidak diterima oleh DAP, Bersatu, PKR, dan PAN dlm UG itu. Maka PAS juga akan lemah. Akhirnya Tun juga yg semakin kuat cengkamannya. Muafakat Nasional (MN) berjaya dihancurkan. Maka tiada lagi ancaman luar kepada Tun dan tiada lagi ancaman dlm PH terhadap Tun.

Namun PAS sebuah parti Islam. Sekali PAS memeteraikan janjinya dgn UMNO dlm Muafakat Nasional maka selama-lamanya janji itu PAS akan pegang dan hormati.

PAS tak kisah tidak jadi kerajaan bersama UG Tun itu. PAS tetap akan perkukuhkan MN bersama UMNO. Dengan itu MN tetap menjadi ancaman luar yang menghantui Tun. Kalaupun ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong (YDPA) tidak bubar Parlimen sehari dua ini, namun parlimen tetap akan bubar apabila sampai penggalnya. Waktu itu tiada lagi ruang untuk Tun lari kalau beliau masih panjang umur. Sementara itu tidak banyak usaha-usaha pemulihan PH dapat dilakukan dalam keadaan kudis permusuhan antara mereka terus bernanah sekalipun Kem Azmin dan Bersatu ditarik masuk semula ke dalam PH.

MN terus dengan program pengukuhannya. Kalau bubar parlimen waktu terdekat atau cukup penggal, MN sentiasa di hadapan dan bersedia untuk itu. Insyallah Tun akan tersungkur dgn ‘game’ ciptaanya sendiri.

Maaf Tun kami tidak boleh berjinak-jinak dengan Tun kerana kami telah berikrar akan menjinakkan diri kami dengan Allah.

Ustaz Mokhtar Senik 
ialah AJK PAS Pusat
Pengerusi Insitusi Pendidikan An-Nur,
Kuantan Pahang

No comments:

Post a Comment