PAS Kawasan Indera Mahkota akan menganjurkan Seminar Dakwah Pahang Zon Timur dengan penekanan khusus mendekati masyarakat non-muslim Ahad ini (23 Febuari 2020) di Masjid kariah Balok, Kuantan bermula jam 8 pagi.
Istimewanya program yang julung-julung kalinya diadakan seumpama ini, akan menampilkan empat orang pendakwah di kalangan muallaf yang akan memberi pengisian.
Lebih hebat lagi, di penghujung program peserta-peserta akan menyertai ‘Street Dakwah’ dengan dibawa turun kelapangan bagi mengaplikasi dakwah secara praktikal di sekitar Air Putih iaitu kawasan berpenempatan padat komuniti non-muslim.
Slot 1 (8.30-9.45 Pagi) akan disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dengan tajuk ‘Kepentingan dakwah.
Kemudian akan disambung oleh Bro Fadhli Burhan dari iERA - Asia Pasifik dengan tajuk ‘Teknik Dakwah kepada Masyarakat Non Muslim’ (9.45-10.45 Pagi).
Seterusnya bagi slot ketiga (10.45-11.30 Pagi) Bro Lim Jooi Soon akan menyampaikan ceramah bertajuk ‘Teknik mendekati Masyarakat Cina’.
Slot 4 dianggap program yang dinanti-nanti dalam Bicara Daei Muallaf bersama: Bro. Ooi Chooi Beng (Operations Director Interactive Dakwah & Tarbiyah -IDT), Bro. Ban Chin Kai (Danial) Manager IDT (Penang branch) dan Bro. Yusuf Iman Quek (Volunteer IDT).
Slot 5 (12.15 -1.00 petang) akan menampilkan Fadhil Azri Ismail (SDM MRM – ADAM) membawakan tajuk khusus ‘Teori Street Dakwah’.
Jam 2 petang Street Dakwah non-muslim bermula di Air Putih.
Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan boleh mengisi borang secara ‘online’ atau boleh sahaja mendaftar secara ‘walk ini’ pada hari tersebut.
No comments:
Post a Comment