Tuesday, February 25, 2020

Cerita penjawat awam: Dua hari tanpa DAP

Pusat pentadbiran negara
Hari baru bermula. Alhamdulillah, ramai geng di Kementerian Kewangan @MOFmalaysia keriangan dan bersyukur sebab mereka tidak lagi berpayahan  menghadap geng-geng Dap Lim Guan Eng & Tony Pua yang tak habis-habis menimbulkan kecelaruan kepada ekonomi negara, aset-aset negara termasuk aset umat Islam dalam Tabung Haji, Khazanah, Felda, Mara dan pelbagai institusi lagi.


Di JAKIM @MyJAKIM pun sama. Ramai sahabat-sahabat yang happy tak payah lagi berdepan dengan Mujahid. Mereka bukan boleh brain konsep Rahmatan dan Rembatan Lil Alamin yang menguntungkan golongan non-Muslim. Kata mereka, inilah masa terbaik untuk bersihkan Tabung Haji dan kembalikan semula aset-aset umat Islam yang telah dipertikaikan rakyat selama ini.

Saya yakin abang-abang Angkatan Tentera Malaysia pun gembira sebab dapat tukar menteri yang dilihat tidak mampu berfungsi dengan baik dan lebih banyak diketawakan. Begitu juga dengan timbalannya dari Dap. Selama ni mereka memendam perasaan, esok rasanya ada kenduri kesyukuran dan doa selamat, barangkali.

Geng-geng di @KemPendidikan pun rasanya gembira, satu tak payah pening-pening pasal PPSMI. Kedua, tiada lagi Timbalan Menteri Dap.

Geng Dewan Bahasa dan Pustaka pun seronok. Kalau tidak, bukan sahaja menteri-menteri dan timbalan menteri Dap langgar dasar Bahasa Kebangsaan dalam kenyataan-kenyataan rasmi, termasuk yang bertulis.

Ada sahabat twitter tweet kata, mereka di Kementerian Sumber Manusia pun ‘happy’ sebab tak perlu berdepan dengan Kula dan lantikan-lantikan politik pejabat menteri yang tak punya kelayakan yang sewajarnya.

Kementerian mana lagi yang happy? Oh satu lagi, lupa pulak - DBKL dan Perbadanan Putrajaya pun happy sebab tak ada Khalid Samad lagi. Jika tidak, terpaksa melayan permintaan-permintaan politik daripada orang-orang parti mereka. Memang cukup memeningkan, sampai ada yang dipeti sejukkan dan ditukar daerah dan lain-lain.

Ini mood penjawat-penjawat awam mutakhir ini.

(tulisan suntingan)

No comments:

Post a Comment