Thursday, November 2, 2017

Mengenali Ibrahim Yaakob


Bahagian 1

PENDAHULUAN


Bertepatan dengan usaha-usaha kerajaan untuk menerap dan menekankan subjek sejarah sebagai satu cara memperkasakan jati diri rakyat Malaysia terutama generasi muda, maka mengenali atau memperkenalkan semula tokoh-tokoh pejuang terdahulu amatlah relevan.

Salah seorang daripadanya ialah pejuang kemerdekaan tanah air yang bertaraf negarawan, Ibrahim Hj Yaakob, yang berasal dari Temerloh, Pahang. Meskipun namanya seolah-olah digelapkan, namun jasanya tidak boleh disembunyikan.

Penulis-penulis sejarah meletakkan: Ibrahim adalah orang yang mula mempelopori gerakankemerdekaan tanah air dan gerakan tersebut berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris, TanjungMalim.

Meskipun sesetengah pendapat melabelkan Ibrahim sebagai golongan radikal yang berhaluan kiri namun jasa dan cetusan idea politik Ibrahim Haji Yaakub telah membuka ruang kepada kegiatan nasiolisme Melayu.

Beliau adalah kelompok pertama yang melaungkan kalimah ‘merdeka’, sebelum dituruti oleh kelompok-kelompok lain.

Justeru usaha Persatuan Sejarah Pahang untuk menggali dan membongkar semula tokoh besar ini tepat pada masanya.

Ideanya terlalu ke hadapan, beliaulah pengasas idialisme ‘Melayu Raya’ iaitu memerdekakan bangsa rumpun Melayu senusantara.

Penulis prolifik siang malam menulis untuk menyedarkan bangsanya sehingga digeruni dan dicurigai pihak penjajah British melalui akhbar Majlis, Warta Malaya dan Utusan Melayu.

Ini membuktikan Ibrahim sangat mengambil berat tentang nasib bangsanya. Beliau ingin menyatukan Malaya Indonesia melalui gagasan Melayu Raya kerana setelah melihat orang-orang Melayu amat jauh ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan banga pendatang yang dibawa Britissh terutamanya Cina. Begitu juga dalam sudut politik dan pendidikan akibat dasar pecah dan perintah oleh British.

Ibrahim bolehlah dianggap antara pemimpin gelombang kedua yang berjuang membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajahan selepas dimulakan oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela di Perak dan Tok Janggut di Kelantan yang telah dipatahkan oleh Inggeris.

Ibrahim adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Matlamat KMM adalah untuk mencapai kemerdekaan bagi Malaya melalui penyatuan bersama Indonesia di bawah konsep Melayu Raya/Indonesia Raya.

Sebagai pengasas Kesatuan Melayu Muda, dia menyambut baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun kerana dia percaya Jepun akan memberikan kemerdekaan pada Malaya. Justeru secara aktif membantu Jepun melalui aktiviti dan gerakan. Inilah yang disalahfahamkan oleh sesetengah pentafsir sejarah tanpa melihat suasana dan keperluan dalam negara ketika itu.

Meskipun nama Ibrahim tidak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan di negara ini, namun pahlawan Tanah Melayu yang dimakamkan di Tanah Jawa dengan nama Drs Iskandar Kamel Agastya tercatat sebagai pejuang kemerdekaan Indonesia!

KELAHIRAN TEMERLOH KETURUNAN BUGIS

Ibrahim Hj Yaakob dilahirkan pada 27 November 1910 di Tanjung Kertau, Chenor, Temerloh, Pahang. Dari segi keluarga, berasal dari keturunan Bugis, di Sulawesi Selatan. Ibu bapanya merantau ke Riau dan seterusnya ke Temerloh. Ayahnya Haji Yaakob merupakan guru agama dan tokoh yang dihormati. Ibunya bernama Hawa binti Hussein. Ketika berusia 2 tahun, ibu bapanya bercerai. Beliau dipelihara oleh ibunya dengan hidup sederhana.

Ibrahim mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Tanjung Kertau pada tahun 1918. Pada tahun 1928, beliau telah dipilih menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim, Perak di mana di situlah beliau mula didedahkan dengan perjuangan nasionalisme.

Kisah hidup semasa kecil dan remaja Ibrahim sukar ditemui dan diperkatakan.

Ibrahim berkahwin dengan Maria Kamel bin H Siraj yang lahir 15 Disember 1920 dan meninggal dunia pada 20 November 2002. Namun sejarawan Cheah Boon Keng mencatat nama isteri Ibrahim Yaacob sebagai Mariatun.

SUASANA DAN PENGARUH NASIONALISME DI MPSI

Pada awal abad ke-20,sekolah Melayu di Tanah Melayu mula berkembang. namun, kekurangan dalam jumlah tanaga pengajar.kerana itu, pihak British telah menubuhkan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922.  Dengan itu MPSI menjadi tempat perkumpulan dan pertemuan golongan intelektual Melayu.

Di institusi itu institusi ini antara menularnya semangat nasionalisme Melayu. Antara lain disebabkan tenaga pengajar di situ merupakan pejuang nasionalsime seperti Zainal Abidin Ahmad (Zaaba), Abdul Hadi Hassan, Nurdin Haji Haron, Harun Mohd Amin (Harun Aminurrashid), Buyong Adil dan Abdul Rahman Muhyidin. Harun Mohd Amin telah menulis tentang kehebatan pemuda Melayu Panglima Awang yang mengelilingi dunia bersama Ferdinand Magellan.

Pensyarah-pensyarah di MPSI telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini. mereka terdiri daripada guru-guru melayu yang memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat dan berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama demi menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Selain daripada itu, banyak bahan-bahan bacaan dari luar mencurah masuk ke MPSI sehingga bakal-bakal guru ini dapat mengetahui bagaimana gigihnya orang-orang Indonesia menentang penjajah dengan serba kekurangan. Pemberontakan di Jawa dan Pemberontakan di Sumatera telah menjadi inspirasi kepada mereka. Antara bahan bacaan yang masuk seperti akhbar Pewarta Deli, Pertja Selatan, Pedoman Masyarakat, Fikiran Rakyat, Soeloeh Rakyat Indonesia, Semangat Islam, Seruan Azhar, Bintang Timur dan Bintang Hindia.

Kemudian, sebahagian daripada pelarian politik dari Indonesia itu telah datang ke SITC untuk melanjutkan perjuangan mereka. Dengan itu bakal-bakal guru yang telah sedia bersemangat itu bertambah semarak lagi semangat mereka setelah mendengar kekejaman pihak penjajah ke atas bangsa Indonesia. Mengikut Ibrahim dalam Mohammed Salleh Lamry (2006). Ini menambah pengaruh dari Indonesia dalam penyemaian semangat menuntut kemerdekaan.

Luapan semangat menuntut kemerdekaan di MPSI telah membentuk jaringan idea kemerdekaan bertaburan ke seluruh tanahair hingga ke Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ibrahim antara yang aktif menanamkan api kemerdekaan dalam kesatuan pelajar di Maktab.


Dari sini, pelajar Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak yang tamat pengajian mereka, membawa balik idea dan perjuangan kemerdekaan ini. Di sinilah mula bibit kemerdekaan tercetus. Fakta ini dinafikan oleh Umno yang cuba meletakkan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan.

DIHANTAR MENGAJAR DI BENTONG

Gerakan sulit nasionalisme Melayu di SITC itu mulai malap selepas 1932, setelah pihak Inggeris dapat mencium gerak-geri para pemimpinnya. Pihak Inggeris telah mengambil langkah untuk menghancurkan gerakan nasionalisme yang bergerak secara sulit yang berpusat di MPSI. Antaranya ialah memisahkan Ibrahim Yaakob dari rakan-rakannya setelah menamatkan pengajian pada tahun 1931. Ibrahim dihantar mengajar ke Bentong, Pahang, sementara rakan-rakannya dihantar mengajar ke merata tempat di Semenanjung Tanah Melayu, sehingga mereka berjauhan. Di samping itu, tenaga pengajar yang menanamkan semangat nasionalisme juga telah dipecah-pecahkan supaya mereka sukar berhubung antara satu dengan lain. Mereka dihantar sampai ke Borneo dengan alasan kenaikan pangkat. Antaranya Cikgu Abdul Hadi Haji Hassan dijadikan Pemeriksa Sekolah-Sekolah Borneo, dan Cikgu Harun Muhammad Amin (Harun Aminurashid) dijadikan Penguasa Pelajaran di Brunei.

Bagaimanapun, langkah Inggeris menyekat gerakan nasionalisme di MPSI itu tidak mematahkan cita-cita dan perjuangan Ibrahim Yaacob. Dengan perpindahannya ke Bentong, Ibrahim memindahkan markas Ikatan Semenanjung Borneo ke Bentong pula. Di Bentong, Ibrahim mendapat sokongan daripada Ishak Haji Muhammad yang ketika itu menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah Bentong. Aktiviti politik Ibrahim dan Ishak dapat dihidu oleh penjajah Inggeris dan sekali lagi mereka bertindak menyekat kegiatan politik di kalangan anak muda Melayu itu, Ishak telah ditukarkan ke Pejabat Daerah Rembau, sementara Ibrahim pula ditukarkan mengajar ke Sekolah Latihan Polis di Kuala Lumpur.
Setelah berada di Kuala Lumpur pada akhir tahun 1934 dan awal tahun 1935, Ibrahim dapat berhubung semula dengan beberapa orang kawan lama di MPSI dan bertemu dengan kawan baru yang sama-sama mempunyai kesedaran nasionalisme dan semangat antikolonial. Antara mereka terutamanya ialah Hassan Manan, Abdul Karim Rasid dan Isa Mohd. Mahmud semuanya dari SITC; Mustapha Hussin, guru Sekolah Pertanian Serdang, dekat Kuala Lumpur serta Ishak Hj Muhamad, anak muda dari Pahang yang baharu berhenti dari Perkhidmatan Tadbir Melayu (MAS) (Roff 1974, 226).

AKTIF BERPERSATUAN

Orang Melayu mulai sedar tentang kepentingan bepersatuan bagi menyalurkan idea perjuangan. Banyak persatuan-persatuan Melayu telah muncul pada akhir tahun 1930-an, antaranya termasuklah Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Muda dan sebagainya.

Sebelum tertubuhnya KMM, Ibrahim dan rakan-rakannya telah mewujudkan satu persatuan sulit yang “berhaluan sosialis” iaitu Ikatan Semenanjung Malaya/Borneo pada tahun 1929 yang memperjuangkan gagasan “Malaya Raya”. Pada 1928 atau 1929, Ibrahim Haji Yaakob dan beberapa pelajar lain dikatakan telah menjadi ahli Parti Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Ir. Sukarno. Mereka juga dikatakan melanggan akhbar parti itu, Fikiran Rakyat.

Ibrahim juga terlibat aktif dalam Kelab Melayu Bentung pada tahun 1931-1934, Persatuan Melayu Selangor pada tahun 1938, Persatuan Belia Melayu dan beberapa persatuan yang menjadi medan Ibeliau BHY memperjuang dan memperkembangkan ideologinya.

Namun beliau mula meninggalkan Persatuan Melayu Selangor (PMS) setelah kepimpinan seluruhnya diisi oleh golongan bangsawan Melayu. Ternyata sekali Ibrahim haji Yaakob ialah seorang yang konservatif dalam pendekatan politiknya pada tahun 1932, iaitu semasa beliau masih lagi menjadi guru sekolah di Bentong. Beliau menerima kepimpinan raja Melayu, malah sangat akur dengan peraturan penjajah British. Tetapi keadaan ini berubah selepas awal tahun kemudian, setelah beliau mendapat pengalaman tentang kegiatan politik Melayu dalam PMS. Kepimpinan golongan itu ditolaknya atas alasan untuk kepentingan bangsa Melayu. Dengan itu Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan sebagai tindak balas terhadap penguasaan golongan aristokrat Melayu dalam kepimpinan politik masyarakat Melayu. Beliau mahu kepimpinan politik masyarakat Melayu dikongsi bersama-sama golongan rakyat bawahan, seperti beliau. Minat yang tebal ditanam dalam sanubarinya sejak 1932 telah cuba dijelmakan pada tahun 1938 melalui penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM).

TIUPAN SEMANGAT MELALUI PENULISAN

Sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an terdapat 80 buah akhbar dan majalah yang diterbitkan di Tanah Melayu. Antara akhbar dan majalah yang diterbitkan ialah Majlis, Warta Malaya, Idaran Zaman, al-Imam, Lembaga Malaya, Utusan Melayu, Majalah Guru dan Warta Negara.
Antara golongan wartawan yang memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran ini ialah Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam.
iii. Golongan wartawan bukan hanya menyiarkan berita dan laporan sahaja, tetapi berperanan menyalurkan pandangan, menambahkan ilmu pengetahuan dan menyampaikan mesej kepada orang Melayu untuk mencapai kemajuan dalam bidang kehidupan.
Pada tahun 1931, akhbar Majlis telah diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Mohamad Amin bin Hj Mohd Yusof pemilik Selangor Press. Ia merupakan akhbar kebangsaan pertama. Abdul Rahim Kajai telah dilantik menjadi Ketua Pengarang Majlis yang pertama. Beliau adalah seorang peminat politik dan rencana yang disiarkan banyak berkisar kepada isu-isu politik. Pada masa ini Majlis lebih menjurus kepada isu-isu berkaitan dengan sosial dan politik. Akhbar Majlis merupakan akhbar Melayu yang pertama menyediakan ruangan membicarakan politik secara meluas dan membincangkan hak-hak orang Melayu.

Ibrahim Yaakob menyertai Majlis pada tahun 1935. Tulisan beliau dalam surat khabar Majlis,Warta Malaya dan Utusan Melayu menyentuh tentang nasib orang Melayu dari segi ekonomi, pelajaran, cara hidup orang Melayu dan kaitannya dengan bangsa Cina dan Eropah serta dasar British di Tanah Melayu.

Nama Ibrahim lebih sinonim dengan akhbar Warta Malaya yang menjadi perjuangan kemerdekaan yang dipeloporinya. Beliau memilih akhbar Warta Malaya kerana akhbar tersebut merupakan sebuah akhbar yang sangat berpengaruh di Selatan Tanah Melayu dan akhbar yang lebih tua yang telah diterbitkan sejak tahun 1930. Pada tahun 1930, akhbar Warta Malaya telah diterbitkan di Singapura. Pada mulanya dicetak oleh Anglo Asiatic Press yang dimilki oleh Syed Hussein Ali al Sagoff bersama abangnya Syed Abdullah dan sepupunya Sharifah Shaikah. Akhbar ini merupakan akhbar harian Melayu terbesar setanding dengan akhbar-akhbar bangsa asing di Tanah Melayu.

Pada tahun 1935, Warta Malaya membuka cawangannya di Kuala Lumpur dan mengeluarkan akhbar mingguannnya iaitu Warta Ahad, diikuti oleh Warta Jenaka yang merupakan sebuah majalah mingguan yang diterbitkan setiap hari Isnin. Pengarang pertamanya ialah Dato Onn bin Jaafar. Warta Malaya banyak menyiarkan rencana pengarangnya yang menyentuh keadaan sosioekonomi orang Melayu, soal pelajaran tinggi orang Melayu, dasar pemusatan kuasa British dan tindak tanduk golongan imigran terutama tuntutan mereka untuk mendapat hak yang lebih. Selepas Dato Onn meninggalkan Warta Malaya, ia digantikan oleh Sayid Alwi dan beliau meneruskan perjuangan Dato Onn.

Cawangannya mula didirikan di Tanah Melayu selepas penubuhan KMM di Kuala Lumpur. Dalam penubuhan cawangan KMM, pelajar lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris yang menjadi guru di sekolah-sekolah melayu memainkan peranan utama. Selain itu, guru-guru dan para pelajar sekolah agama turut menjadi ahli dan menubuhkan cawangan KMM seperti di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang dan Maahad ll Ihya dalam KMM setelah mendapat galakan daripada tenaga pengajar ll Ihya,terutamanya Ustaz Abu Bakar al-Bakir yang secara tidak langsung mempunyai hubungan rapat dengan ketua-ketua KMM tempatan.

Menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

Jasa Ibrahim yang paling diingati ialah menubuhkan KMM iaitu parti politik pertama di Malaya ditubuhkan antara April dan Ogos 1938 ketika Ibrahim menjadi wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan SITCnya.

Pertama kali dalam sejarah orang Melayu mengenal  parti politik sebagai wadah perjuangan bangsa. Ditubuhkan oleh  kalangan anak-anak rakyat . Timbul suara berani bangkit melawan penjajah British yang diterima baik oleh golongan bangsawan Melayu. KMM mencabar persatuan kenegerian yang dimonopoli oleh bangsawan – feudal Melayu keluaran MCKK.

MM merupakan pertubuhan politik bersifat radikal pertama di Tanah Melayu – menganuti Fahaman aliran kiri dan enggan bekerjasama dengan kerajaan British. Tujuan penubuhan KMM; mengabungkan semua orang Melayu tanpa mengira negeri asal untuk mempertahankan, melindungi dan memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu, Menghindarkan orang Melayu dari ditindas oleh kaum lain dan Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, seterusnya bergabung dengan Indonesia untuk mewujudkan Indonesia Raya.

Menurut satu kajian oleh Ruslan Zainuddin (2003), KMM ditubuhkan bertujuan untuk menggabungkan semua orang Melayu, tanpa mengira negeri bersama-sama mempertahan, melindungi dan memperjuangkan hak serta kepentingan bangsa Melayu.

KMM bermatlamat untuk menghindarkan orang Melayu daripada diperas oleh bangsa-bangsa lain dan ingin melahirkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. KMM melihat persatuan-persatuan Melayu yang berasaskan kenegerian tidak banyak menguntungkan orang Melayu. Oleh itu, KMM meletakkan matlamat memperjuangkan kemerdekaan dan membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan.

Ini disusuli pula dengan usaha menggabungkan bekas-bekas tanah jajahan British dan Belanda untuk mewujudkan satu gagasan politik yang dikenali sebagai 'Indonesia Raya' yang akan menjadi satu bangsa terbesar di Asia Tenggara.

Walaupun KMM mahu menjalin hubungan dengan Indonesia, tetapi pertubuhan itu tidak berminat kepada fahaman komunis, sungguhpun sesetengah dasarnya sama dengan beberapa buah parti di Indonesia. Malah, KMM mendakwa tidak sedikitpun dipengaruhi oleh parti-parti dari Indonesia.

Selain itu, matlamat KMM juga ingin menggabungkan semua negeri Melayu, memperjuangkan kepentingan hak orang Melayu, menggulingkan Inggeris, memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan memperjuangkan penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah konsep Melayu Raya.

Manakala Ibrahim sendiri dalam penulisannya (1957, 25) pula mengatakan KMM adalah pelopor perjuangan nasional di Malaya secara berorganisasi yang pertama menentang penjajah Inggeris dengan dasar non-corporation menuntut Malaya Merdeka, atas dasar kesedaran nasional yang luas bertujuan mahu mempersatukan Malaya kepada satu ikatan Indonesia Raya, agar seluruh suku bangsa orang Melayu (Malay-races) menjadi satu bangsa yang besar di Asia Tenggara.

Dengan Perkataan lain, mengikut versi Ibrahim Yaacob, KMM ditubuhkan sebagai alat untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu yang akan disatukan dengan Indonesia menjadi sebahagian daripada sebuah negara besar, Indonesia Raya.

Bagaimanapun pada masa itu KMM tidak boleh menyatakan secara terbuka bahawa perjuangannya adalah untuk menuntut kemerdekaan. Matlamat untuk menuntut kemerdekaan itu terpaksa disembunyikan.

Mengikut Mustapha (1999,199) KMM telah didaftarkan sebagai sebuah badan sosial dengan mengambil peraturan-peraturan Liga Pemuda India Selangor sebagai perlembagaannya.

Jawatankuasa pusat KMM yang awal terdiri daripada Ibrahim Hj. Yaacob (Presiden), Mustapha Hussein (Timbalan Presiden), Hasan Manan (Setiausaha Agung), Othman Mohd. Noor (Setiausaha), Idris Hakim (Bendahari), dan ahli jawatankuasa Pusatnya ialah Idris Hakim, Ishak Hj. Mohammad, Onan Haji Siraj, Abdul Karim Rashid, Bahar Abik, Sulung Chik, Abdullah Kamil, Abdul Samad Ahmad, Mohd. Salehuddin dan Ahmad Boestamam.

Semasa penubuhannya, turut hadir ialah Sutan Djenain, pemimpin Serekat Islam Merah dari Minangkabau, Sumatera (dalam catatan sisebut sebagai seorang pelarian politik Parti Komunis Indonesia). Beliau merupakan orang di belakang penubuhan KMM, dan nama KMM dikatakan diilhamkan oleh beliau dan beliau sendiri bertindak sebagai penaung KMM.

Tokoh-tokoh lain seperti Dr Burhanuddin Helmi menyertai KMM pada 1939. Dato Onn Jaafar yang akan mengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu menyertai KMM pada April 1942.

Peringkat awal pertubuhan, KMM agak kurang mendapat sambutan kerana rakyat teramai ketika itu masih lebih menaruh kepercayaan kepada ketua-ketua tradisional. Dalam usianya yang singkat,sejak kelahirannya pada 1938 hingga kedatangan Jepun pada tahun 1941, jelas tidak banyak yang dapat dilakukan oleh KMM dalam perjuangan mencapai kemerdekaan.

Ia bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada golongan pembesar tetapi juga daripada golongan rakyat bawahan yang kebanyakannya masih takut untuk berpolitik dan lebih mematuhi pemimpin tradisional seperti penghulu, datuk-datuk lembaga (di Negeri Sembilan) dan sebagainya. Dalam hubungan ini, KMM dilihat seolah-olah ada pertembungan kepentingan dengan pembesar-pembesar tersebut.

Ibrahim Yaakob membeli Warta Malaya

Tahun 1930-an dianggap sebagai zaman kegemilangan akhbar Melayu dan kewartawanan Melayu di Singapora. Dalam tahun-tahun awal 19-an dan ke-20, etnik India Muslim, Arab dan Cina sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk penerbitan akhbar. Hanya pada tahun 1930-an bahawa orang Melayu mula memainkan peranan yang lebih aktif dalam industri akhbar.

Disokong oleh penduduk Melayu semakin celik dan penonton yang semakin meningkat bagi bahan bacaan berpatutan, ahli perniagaan Melayu mula menganggap penerbitan majalah berkala sebagai perniagaan berpotensi dan menguntungkan. Pada masa yang sama, orang Melayu muda dengan aspirasi sastera telah mula mengambil kewartawanan sama ada sebagai sepenuh masa atau kerjaya sambilan. Hasilnya, terdapat 81 majalah baru yang disiarkan di seluruh Semenanjung Melayu pada dekad ini.

Warta Malaya diterbitkan pada 1 Januari 1930, oleh Warta Malaya Press Ltd, anak syarikat firma percetakan Anglo-Asiatic Press, yang ditubuhkan pada tahun 1929 oleh tiga orang Arab -. Syed Hussain Ali Alsagoff, abangnya Syed Abdullah dan sepupu mereka Sharifah Shaikhak. Ditulis dalam tulisan Jawi, Warta Malaya bertujuan untuk membuatkan orang Melayu "sedar apa yang sedang berlaku" di dunia dengan menyediakan pembaca dengan berita tempatan dan luar negara terkini, termasuk berita mengenai isu-isu sosial dan agama. Ia juga didakwa sebagai akhbar Melayu pertama yang telah melanggan kepada agensi-agensi berita dunia.

Akhbar itu bermula sebagai kertas 12-halaman, tetapi berkembang kepada 16 muka surat dalam masa kurang dari sebulan. Ia pada mulanya berharga 10 sen salinan, tetapi ini telah dikurangkan kepada enam sen oleh 1 Januari 1934 disebabkan oleh kenaikan jualan dan pendapatan daripada iklan. Kejayaan akhbar itu membawa kepada penerbitan dua sahabat mingguan - Warta Ahad ( "Sunday Times") dan Warta Jenaka ( "Pelawak") -. Pada tahun 1935 dan 1936 masing-masing.

Editor pertama Warta Malaya adalah Onn bin Ja'afar. Akhbar itu juga melahirkan ramai wartawan Melayu prolifik seperti Abdul Rahim Kajai, yang digelar bapa kewartawanan Melayu dan Yusof bin Ishak, yang kemudiannya menjadi Yang di-Pertuan Negara Singapura pertama Malayan kelahiran (Ketua Negara) dan kemudiannya presiden apabila Singapura mencapai kemerdekaan pada 9 Ogos 1965. Sebagai juara kepentingan Melayu, editorial akhbar itu membincangkan pelbagai isu yang melibatkan hak-hak orang Melayu, seperti pendidikan tinggi untuk orang Melayu, pembangunan ekonomi Melayu, hak politik Melayu, dan risiko yang berkaitan dengan hak-hak yang lebih besar untuk orang bukan Melayu.

Pada bulan April 1941, Ibrahim Yaakob dikatakan telah dihubungi oleh Jepun yang menawarkan wang untuk membeli akhbar harian Melayu Warta Malaya. Ibrahim menerima tawaran itu dan tanpa diketahui oleh pemimpin KMM yang lain telah menjanjikan sokongan KMM kepada Jepun apabila Jepun menyerang Malaya.

Warta Malaya menjadi medium propaganda KMM yang secara terbuka menyokong idea kesatuan politik antara Tanah Melayu dan Indonesia.

Dalam usaha untuk memajukan kepentingan KMM dan Melayu kemerdekaan, Ibrahim sejajar dirinya dengan Jepun dan mencadangkan kepada mereka yang mempunyai akhbar sendiri akan memberikan kepadanya perlindungan yang terbaik untuk menyembunyikan aktiviti mereka sebagai ejen Jepun. Dengan wang yang diberikan oleh Jepun, Ibrahim membeli Warta Malaya untuk digunakan dalam propaganda anti-British.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu membawa kepada keruntuhan seluruh rangkaian akhbar Tanah Melayu. Beberapa hari selepas kejatuhan Singapura, Ibrahim bertemu dengan pihak berkuasa tentera Jepun untuk meminta KMM yang dibenarkan untuk menyambung semula penerbitan Warta Malaya. Walaupun Jepun bersetuju, akhbar itu hanya dibenarkan untuk membuka semula beberapa bulan kemudian di bawah pengurusan seorang pegawai Jepun. Akhbar itu akhirnya dihentikan penerbitannya pada 14 Ogos 1942.

No comments:

Post a Comment