Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar, agar kerajaan
perlu agresif untuk membendung aktiviti pondan dan pemulihan ke atas golongan
tersebut di negara ini agar kes seperti Sajad ke Tanah Suci ini tidak berlaku
lagi.
Beliau yang juga Adun Tanjung Lumpur, menulis demikian setelah
diminta mengulas isu usahawan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzaman atau Nur
Sajat dan rakan-rakan yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti
wanita.
Tulis beliau, apa yang menjadi masalah ialah penentuan
terhadap jantinanya ekoran sering berbolak-balik dari sudut pengakuan terhadap
jantinanya, iaitu kekadang mengaku perempuan dan pada masa yang lain mengaku
khunsa.
“Keadaan ini menimbulkan pelbagai polemik dari
masyarakat sehingga berlaku perkara yang memalukan negara di Mekah. Sebenarnya hukum
feqah sudah jelas, namun beliau masih berbolak balik, justeru pihak kerajaan
terutama Kementerian Kesihatan arahkan Sajad untuk dibuat pemeriksaan secara
teliti.
“Walaupun, saya yakin pemeriksaan itu akan dapat buat
keputusan paling tepat dan isytiharkan kepada rakyat kedudukan jantinanya. Jika
khunsa, perlu diisytiharkan kecenderungannya mengikut hukum feqah yang telah
jelas.
“Jika memang dia bersalah dan bukan dia sahaja,
semuanya yang menyerupai beliau, dididik dan dibimbing supaya kembali kepangkal
jalan. Jika kerajaan boleh membina pusat pemulihan penagih dadah, buat juga pusat
untuk mereka kerana hanya Ilmu dan Iman akan kembalikan mereka kepada fitrah,”
tulisnya.
Beliau menambah, cukuplah Malaysia dan rakyatnya
berbicara tentang perkara yang memualkan ini, sehingga ada yang memaki dan
mencerca ibubapanya.
Sedangkan, ramai percaya ibu bapanya sendiri tidak
merestui keadaannya.
“Kita pun tidak ketahui, entah apa nasib yang akan
berlaku kepadanya dengan hukuman menceroboh di ruangan Muslimat agak berat.
“Dia bersalah atas perbuatannya, tetapi kerajaan juga perlu
menyesali atas kelalaiannya. Membiarkan mereka, malahan dia mendapat sokongan
pula atas nama hak asasi. Bila berlaku begini, kerajaan salahkan dia. Kerajaan
perlu agresif utk bendung kes begini dan berusaha pulihkan mereka,” tegas
beliau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid
Yusof sebelum ini pernah meraikan kumpulan ini. Manakala timbalannya Fuziah
Salleh, pernah mencadangkan agar golongan pondan diberi peluang menggunakan
tandas wanita.
No comments:
Post a Comment