Bekas pejuang pembebasan tanah air melalui Angkatan Pemuda Insaf(Api) dan sektor Melayu dalam Partai Komunis Malaya (PKM),Rejimen ke 10, meninggal dunia di rumah anaknya di Taman Setia Jasa, Batu 7, Temerloh pukul 9 malam sebentar tadi pada usia 89 tahun kerana sakit tua.
Beliau meninggalkan seorang balu, Zamiah, dan tiga orang anak. Dua perempuan dan seorang lelaki.
Anak kelahiran Sungai Dingin, Mentakab yang merupakan guru agama, memilih jalan masuk hutan di Lubuk Kawah bersama nasionalis tulen yang lain setelah perisytiharan tangkapan dan darurat oleh penjajah Inggeris pada 1948. Cerita panjang perjalanan dan perjuangannya menentang penjajah diabadikan dalam memoirnya.
Beliau kembali ke tanah air setelah perjanjian damai dua kerajaan dengan PKM.
Selamatkan Pahang mengucapkan takziah kepada keluarga Pak Brahim, dan mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pejuang tanah air itu.
Al-Fatihah...
Al-Fatihah.. tak banyak membaca tentang Ibrahim Chik.. hanya sedikit imbasan dalam Memoir Abdullah CD dan Siti Norkiah Mahmud Srikandi dari Pahang Utara..
ReplyDeleteal-Fatehah...
ReplyDeletepembetulan...umurnya baru memasuki 90tahun..al fatihah pada arwah moga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeletekami dan beberapa ank muda akn kesana esok pagi..
ReplyDeleteTerima kasih di atas teguran dan pembetulan sahabat sekelian...
ReplyDelete