Sunday, December 4, 2011

Lagi Presiden MCA hina Islam

Pada Perhimpunan Umno semalam, Haji Najib begitu ghairah menyuruh PAS meninggalkan DAP.

Tapi apakah beliau sedar bahawa presiden parti rakan sekutunya membuat road show menghentam Islam terus-terusan setiap kali bercakap dan disiarkan media.

Apakah orang Umno pekak dan buta daripada mendengar dan melihat karenah bekas palakon porno ini? Jangankan mahu mempertahankan Islam, menegur pun tak berani hanya kerana rakan seselimut.

Mana perginya tukang tempik sorak Umno yang kononnya membela agama?

Apakah apek ini berani menghina Islam jika tidak mendapat izin rakan sekutu Umnonya?

Inilah kefahaman tentang Islam yang dianut oleh bukan Islam sepanjang setengah abad Umno memerintah.

Kita harap rakyat yang mengundi, terutamanya orang Melayu dapat menilai dan seterusnya mengubah senario ini daripada terus-terusan dayus membiarkan hukum agama sendiri dihina, dicerca dan diludah oleh parti komponen pemerintah.

3 comments:

  1. Suruh Sultan Selangor, yang biasanya sensitif dalam bab agama, bangun memberi amaran kepada Soi Lek.

    Umno dah hilang kejantanan untuk menegur

    ReplyDelete
  2. UMNO MEMANG PEKAK BADAK. TAK PERNAK TENTANG BAB PENGHINAAN TERHADAP ISLAM NI...Sedikit pun tak berani nak bersuara, UMAT ISLAM WAJIB JIHAD. LAGI SEKALI..KITA WAJIB JIHAD BILA ISLAM DIHINA, DIPIJAK.

    INI BAHANA BILA KITA JAUH DARI ISLAM, ISLAM DI INJAK-INJAK TERUS-TERUSAN.

    KITA TAK BANYAK BELAJAR, HAYATI SIRAH NABI & PARA SAHABAT.

    Saya juga menyeru PIHAK PAS LAWAN HABIS HABISAN, BERI KEFAHAMAN KPD CHUA DAN CINA LAIN2 TTG HUDUD DAN LAIN-LAIN TTG ISLAM.

    ReplyDelete
  3. Pada satu masa, ketika DAP berada di luar Pakatan, Karpal Singh pernah bersuara seolah-olah menghalang hukum Islam.

    Modal itulah yang digunakan Umno untuk berkempen sehingga ke kampung-kampung mengatakan DAP hina Islam.

    Tapi itu hanya sekali dan Karpal dah diam sekarang.

    Soi Lek ni tiap-tiap hari menghina Islam!
    Mana pergi tukang pekik Umno?

    Tak ke itu dayus, bacul dan pengecut namanya?

    ReplyDelete