Dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 yang lalu, 8 tuntutan telah dibuat iaitu:
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MEREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
Akibat daripada kongkongan kerajaan merubah perkara-perkara di atas, pilihan raya menjadi kotor sebagaimana dibualkan sentiasa oleh orang awam di mana-mana. Akhirnya pilihan raya di negara ini menjadi bahan lelucun terutama kepada generasi muda.
Berdasarkan pengakuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, satu tuntutan telah diperkenankan iaitu penggunaan dakwat kekal.
Ini bermakna, ada 7 tuntutan lagi yang perlu ditunaikan.
Permintaan tersebut merupakan tuntutan rakyat yang mahukan amalan demokrasi tulen dan subur. Demokrasi dan transformasi adalah runtunan dan perubahan ‘semula jadi’ dan tidak boleh disekat. Jika disekat, akibatnya akan dapat dilihat seperti yang terjadi kepada negara-negara Arab sekarang.
Najib Tun Razak dalam dua tiga hari ini di Perhimpunan Agung Umno berulang kali menyebut “game changes” dan “Arab Spring” yang menggambarkan tuntutan perubahan mesti dilaksanakan kerana itulah trend semasa. Sedangkan cara berpolitik Umno tetap seperti tahun 1950-an.
Rakyat sedang menanti dan memerhatikan sama ada Najib bercakap benar atau “cakap tak serupa bikin”.
No comments:
Post a Comment