Wednesday, November 16, 2011

Kedai 1Malaysia jual 'sos pembunuh'

Dalam sibuk-sibuk jentera propaganda Umno mencanangkan kehebatan kedai hasil idea Perdana Menteri, rupa-rupanya terdapat barang yang dijual amat membahayakan kesihatan termasuk boleh membunuh akibat tidak mengikut sukatan ramuan yang betul.

Yang seronoknya, baru semalam lidah rasmiu Umno Utusan Malaysia, mempertahankan bahawa barang 1 Malaysia berkualiti dengan ambil kenyataan Boss Mydin.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah Umno kini mahu mendapatkan kemenangan mudah termasuk tidak mempedulikan apa yang disogok kepada rakyat?

Berikut berita yang tersiar di media hari ini:



Hentikan jualan sos cili 1Malaysia


Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Ketika dihubungi, ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.

Katanya, sampel sos cili berkenaan diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasar raya besar di sekitar Lembah Klang antara bulan Ogos dan September lalu.

Mengulas keputusan kajian itu, Ratna menggesa Kementerian Kesihatan untuk segera menghentikan jualan sos cili 1Malaysia.

"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.

"Ini berkaitan logam berat, mereka (Kementerian Kesihatan) sepatutnya tidak membenarkan jualan produk itu sehingga mereka sahkannya dengan ujian sendiri dan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Menurut laporan itu, raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang

5 comments:

  1. kenapa lah tuan sungguh bodoh dan bingai..kenapa kedai itu harus dipersalahkan..kedai itu hnaya menjual brang2..adakah KR1m ynag menghasilkan sos itu??
    bukan kan..sos itu dihasilkan oleh kilang2 yang dikuasai oleh org2 cina kafir munafik..mereka ini hanya mahu keuntungan tanpa mengira nasib org islam..

    ReplyDelete
  2. Yg bodo nya awak...
    ... dan juga pemimpin 1Umno1Apco1Malaysia.

    Kenapa tak disiasat dulu barang yg nak dijual kpd rakyat?

    Orang kampung Ulu Tembeling pun dah lama tau Mydin jual brg rejek!

    ReplyDelete
  3. Sialan!!!!Serbe serbi puak ni menipu rupanye....Rakyat miskin dan fakir pon puak ni tega juga mahu meracun dan menuba barang2 impoten kualitinye.Boikot Kedai 1 Mampuskan Manusia ni!!!!

    ReplyDelete
  4. drrita...kau pun 1 baghal!!!Memang la kedai tu hanya jual barang..kalau dah tau dari situ datangnya barang tu,apa ke jadahnya dijual???
    Yang menteri kau tu bangang sangat,tak memasarkan barang keluaran bumiputra yang mengusahakan IKS apasal?tak ada la kau susah2 nak mengkafir2kan orang..
    Tak payah la kau nak mempertahankan kedai 1 Malaysia kau tu drrita oiiiii...
    Barang yang dijual pun standard pasar karat...
    Setuju dengan cadangan Atid71.
    BOIKOT KEDAI 1 MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. TAUBATLAH DRRITA!

    ReplyDelete