Wednesday, November 30, 2011

Anak bongsu Timbalan Ketua Ulamak Pahang meninggal dunia

TEMERLOH, 30 November: Anak bongsu Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Nafiri Mohd Toazi, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Allahyarhamah Yukrimal Jannati, 15, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak lahir, dimasukkan ke situ semalam akibat sesak nafas.

Jenazahnya selamat dikebumikan pukul 4 petang di Kampung Baru Purun, dekat sini petang ini.

Selamatkan Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Nafiri dan mengharapkan beliau bersabar.

Husna merupakan insan istimewa di sisi Allah. Allah lebih menyayanginya. Sesungguhnya dari Allah kita datang kepadaNYA jualah kita kembali. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin. Amin.

Al-Fatihah.

4 comments:

  1. al fatihah buat ustaz nafiri dan keluarga.....dari warga pas raub

    ReplyDelete
  2. Qaluinnalilah.....AlFatihah Moga Rohnya dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT serta diberikan kesabaran buat AlFadhil Ust sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Anak OKU yang terlantar, sindromdown, masuk syurga tanpa hisab.

    Dialah yang boleh membawa 'syafaat' untuk kedua ibu bapanya di akhirat kelak!

    Namun kita faham, pemergian insan tersayang tidak mudah dilupakan dalam tempoh terdekat!

    ReplyDelete