Monday, November 14, 2011

Sibuk nak main saham, masalah air peneroka bila nak selesai?

Beberapa kerat pemimpin Umno dalam Felda kini begitu ghairah dan kecur sekali memeujuk peneroka untuk bermain saham Felda supara tersenarai dalam BSKL. Kalau mengikut janji-janji yang ditaburkan, peneroka bakal kaya raya dan menerima durian runtuh. Tetapi tanah mereka akan dicagarkan kepada syarikat pelaburan Felda itu (Felda Global Ventures)selama 99 tahun.

Itu kenyataan Datuk Ahmad Maslan yang berkempen di Felda Chini, Pekan semalam.

Peneroka tegar Umno ternganga melopong dan senyum ponjot mendengar syarikat yang ada saham mereka akan tersenarai. Tentu fikir mereka, walaupun mereka tak cerdik kerana tidak bersekolah tinggi, dapat juga jadi macam orang korporat dengan memiliki saham di bursa awam.

Hebatnya pemimpin Umno sekarang, Tun razak yang mengasaskan Felda dulupun tak pernah terfikir untuk cagarkan tanah peneroka jadi saham untuk mainan orang kaya-kaya. Tun Razak fikir pasal kebajikan peneroka saja.

Ada peneroka yang mengeluh dan merintih tak sudah-sudah dengan masalah bekan air yang tidak pernah selesai. Aneh, Felda dah nak masuk BSKL, masalah air di tanah rancangan kekal seperti 30 tahun dulu.

Di bawah ini siarkan keluhan seorang peneroka yang dikutip dari sebuah akhbar harian:



KECEWA GANGGUAN AIR DI FELDA TIDAK BERUBAH SEJAK 30 TAHUN LALU

Saudara Pengarang,

KRISIS bekalan air di tanah rancangan Felda di Jengka tiada kesudahan dan bukan satu fenomena baru di kawasan tersebut.

Masalah tersebut pasti mendapat liputan media apabila tiba musim perayaan kerana rata-rata kawasan tanah rancangan akan mengalami krisis bekalan air yang serius.
Lebih teruk lagi isu berkenaan berlarutan lebih 30 tahun dan Pahang sudah pasti terkena tempias kerana terdapat 115 tanah rancangan dengan purata peneroka seramai 43,123 dan lebih 900,943 generasi baru berada di sini.

Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber air, sudah tentu rakyat sepatutnya bertuah kerana mempunyai bekalan air mencukupi untuk keperluan mereka.

Mungkin apa yang terjadi di Felda Jengka 7, Maran boleh dijadikan kes rujukan sebagai panduan bagi pihak bertanggungjawab membuat perancangan.

Bahkan krisis tersebut semakin menjadi-jadi apabila tiba hari raya dan mimpi hitam itu berulang lagi apabila seramai 11,237 warga peneroka di beberapa tanah rancangan terputus bekalan air pada Aidilfitri yang lalu.

Ia amat merumitkan penduduk yang memerlukan air bagi menghadapi persiapan menyambut anak menantu pulang berhari raya.

Pihak pembekal iaitu Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang sepatutnya bersedia dalam apa jua kemungkinan bagi memastikan perkhidmatan terbaik untuk pengguna terutamanya pada musim perayaan.

Terus terang saya katakan bahawa apa yang saya alami pada hari tersebut adalah serupa dengan keadaan pada 30 tahun lalu apabila perigi dan paya menjadi sumber bekalan air.

Rungutan demi rungutan serta kata-kata kasar kedengaran oleh penduduk terhadap JBA Pahang dan pemimpin.

Bila tiba hari raya tidak kira Aidilfitri atau Aidiladha, bekalan air pasti terputus dan pihak JBA seakan-akan membisu seribu bahasa.

Kami warga FELDA di sini sudah naik muak dengan masalah yang sama yang seakan-akan tiada jalan penyelesaian.

Apakah kami harus menunggu kemerdekaan negara yang ke-55 bagi menikmati bekalan air bersih seperti menunggu bulan jatuh ke riba.

Sememangnya kami tidak boleh menunggu lama lagi kerana masa telah lama diberi. Jadi buatlah sesuatu agar kami dapat memerdekakan daripada kesusahan ketiadaan air.

MAN JENGKA 7,
Bandar Tun Razak.


No comments:

Post a Comment