Friday, December 30, 2011

Peneroka Umno, pergi tanya Zainal Hasan

Seseorang itu tidak akan dilihat bodoh jika dia sendiri tidak memperlihatkan kebodohannya. Begitulah sebaliknya.

Di Jengka baru-baru ini terdapat sekelompok peneroka Umno yang berdemonstrasi, kononnya membantah tindakan empat orang peneroka dari Jengka 15 baru-baru ini yang memfailkan injunksi terhadap KPF yang akan bermesyuarat menetapkan status Tan Sri Isa Samad (5 Jnauari depan) yang mahukan Felda melalui FGVB disenarai dalam bursa saham.

Kalau nak diikutkan kenyataan akhbar pendemo yang diketuai oleh peneroka Umno itu, mereka percaya bahawa tindakan kerajaan untuk menyenaraikan aset Felda (yang dibangunkan duit peneroka) itu adalah tepat dan mereka percaya kepada perdana menteri.

Barangkai peneroka Umno tidak pernah bertanya ke mana lenyapnya Bank Bumiputera. Pandai sangatkan pimpinan tertinggi Umno sehingga hilang institusi kewangan terbesar Melayu?

Janganlah tertipu dengan kenyataan untuk dapat durian runtuh, harta benda peneroka boleh dipajak.

Saya sarankan peneroka-peneroka Umno ini pergilah merujuk kepada Dato’ Zainal Hasan. Sebab saya dengar Dato’ Zainal antara ahli lembaga pengarah Felda yang menentang cadangan Isa Samad untuk senarai sahamkan harta Felda.

Mereka juga boleh tanya Ketua Peneroka iaitu Pak Sam, yang mahu “diluku” oleh Isa Samad dalam ceramahnya. Cuba tanya mengapa Pak Sam tak setuju. Pada perkiraan kita, tentulah Pak Sam lebih cerdik sedikit daripada peneroka-peneroka Umno Jengka!

Selain daripada itu, peneroka-peneroka Umno juga boleh membaca apa yang ditulis oleh bekas YB Umno Dun Pulau Manis iaitu Dato’ Aris Sabri.

Antara lain beliau menulis dalam blognya: “Setelah di IPO kan, pegangan FGV ialah sekitar 28%. ( 39% dari 70% perniagaan). Pegangan KPF ialah 42%. FGV akan set aside sebahagian dari saham mereka untuk di agihkan kepada 220,000 peneroka. Berapa banyak yang akan di agihkan? Katalah 10%. 10% itu berapa nilai nya dalam sebutan mutlak? Saya tidak tahu macam mana mereka buat perhitungan, tapi target FGV ialah mencatat nilai 7 billion apabila di IPO. Jadi kalau mereka set aside 10%, maka nilai mutlak nya ialah 700 juta. Bahagikan 700 juta ini dengan 220,000, maka seoang peneroka akan mendapat lebih kurang RM3200 seorang.

“Terpulanglah kepada peneroka untuk berfikir adakah premium 3200 seorang ini setimpal dengan penyerahan segala yang mereka miliki secara langsung melalui KPF dalam FH berbaloi. 3200 di bahagikan dengan 12 bulan, tidak sampai 300 Ringgit sebulan.”

Datuk Sak juga menggesa jangan cepat sangat percaya dengan kata-kata manis Isa dan Najib yang sering menyebut durian runtuh. Durian runtuh itu hanya sekali, cuba renung apa akan jadi dalang jangka panjang.

Kalau tak tahu bab saham-saham ni, tanya orang yang arif ekonomi macam Dato’ Sak.

Katanya: “Apabila penstrukturan berlaku, kepentingan peneroka akan meningkat kepada 61%. Kan itu lebih banyak? Tapi 61% daripada berapa? Jika 30% saham di resebkan untuk orang awam, maka baki perniagaan yang tinggal ialah 70%. 61% dari 70% hanya sekitar 42% sahaja. Jadi pegangan kepentingan peneroka mengecil dan bukan membesar. Tapi business nya besar kata pihak FELDA. Ianya besar setelah IPO. Betul, tapi nilai pegangan peneroka akan hanya bertambah jika modal yang di perolehi oleh FGV di laburkan semula kedalam bisnes FGV. Tapi kita tidak pasti ini akan berlaku. Rekod FGV tidak menyokong optimism seperti ini.”

Jadi kalau tak tahu, peneroka-peneroka Umno jangan buat-buat tahu. Jangan ugut peneroka lain yang mahu mempertahankan hak mereka!


1 comment:

  1. Kalau dikatakan baghal nanti marah..tapi tak sedar sedar!
    Dulu duit felda dah banyak hingga mampu untuk membina menara 22 tingkat.Tapi mana menaranya?Bila dikatakan felda bengkrap,menyalak jugak.Tapi apa ke jadahnya felda pinjam KWSP RM2 b?
    Bila orang kata Isa biawak pasir ni kaki songlap,marah juga!Tak tengok ke berita di tv beberapa hari lalu?Mohammad Hassan mengatakan,mula mula menjadi MB N9 duit kerajaan negeri tak ada langsung.Hinggakan nak bayar gaji pun susah.Tapi sekarang dah ada RM3 b.Mangkok betul peneroka UMNO ni....

    ReplyDelete