Wednesday, July 21, 2010

“Tidak kisah harga gula, petrol naik”: Inilah minda Umno

Akhbar Sinar Harian hari menemuramah bebrapa pemimpinkecil Umno di Bera yang rata-rata tidak membantah, malah amat gembira dengan kenaikan harga gula dan petrol yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini. Lihat:
http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story7977513.asp

Menurut akhabr tersebut, pemimpin kecil Umno itu beranggapan, tindakan kerajaan itu wajar kerana ia sebagai langkah menjaga kebajikan rakyat untuk jangka masa panjang dan bukannya membebankan rakyat sebagaimana diandaikan segelintir pihak.

“Kenaikan itu langsung tidak dirasai kerana kadar kenaikan yang rendah. Lagipun, tiada sebab pengguna memberontak atau membantah kerana ia membantu kita tidak terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan selama-lamanya,” katanya Ketua Blok 8 Felda Tembangau 2, Ismail Shafie.

Beranikah peneroka memberontak? Mahu demonstrasi aman membantah saja pun sudah dihumban ke dalam lokap!

Kata Ismail lagi, pengguna yang bijak (macam orang Umno), mereka wajar berfikir secara rasional di sebalik tindakan kerajaan mengurangkan subsidi.


“Sekarang ini kita telah berdaya maju, subsidi ini seharusnya ditarik sedikit demi sedikit supaya wang tersebut dapat disalurkan kepada hal-hal berkaitan kebajikan dan kemiskinan di negara ini,” katanya.

Inilah yang sudahnya dengan orang Umno ini, apakah rakyat membeli barang pada harga yang murah bukan kebajikan? Lainlah ‘orang kaya’ macam awak. Apa yang perlu difikirkan bahawa, kenaikan harga minyak sudah pasti akan membawa kepada kenaikan harga barangan yang lain pula kerana minyak merupakan kos bahan asas digunakan bagi setiap penghantaran.

Begitu juga gula dan gas, ia akan menyebabkan kenaikan bahan makanan. Belanja sekolah anak-anak kena ditambah lagi!

Betulkah wang digunakan untuk kebajikan rakyat? Atau untuk menampung perbelanjaan besar kerajaan BN? Apakah penutupan Bank Bumiputera kerana penyelewengan Umno untuk kebajikan?

Apakah Kerugian Sime Darby, susut nilai Petronas dan Felda digunakan demi kebajikan rakyat?

Bagaimana dengan subsidi yang dinikmati oleh kroni-kroni pemimpin Umno selama ini?

Seorang lagi pemimpin kecil Umno, Safie Abdullah berkata, pengguna tidak perlu berterusan menyalahkan kerajaan mengenai kenaikan harga barang kawalan terutamanya gula.

“Berdasarkan statistik, kita boleh lihat ramai kalangan orang muda mengidap pelbagai penyakit kerana pengambilan gula secara berlebihan. Secara tidak langsung, kenaikan harga gula ini mampu mengawal pengguna menjaga kesihatan mereka,” katanya.

Itulah hujah bodoh pemimpin Umno yang dipakai oleh pemimpin-pemimpin kecil mereka. Ramai juga orang muda yang bukan saja berpenyakit, tetapi juga mati bergelempangan di jalan-jalan raya dan akibat dadah. Apa subsidi untuk mereka?

Safie berkata, walaupun harga gula naik, peniaga tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga makanan terutamanya pada Ramadan ini hanya kerana mahu mengaut keuntungan berikutan kenaikan harga barang kawalan itu.

Ooooo... kerajaan nak kaut duit rakyat dengan potong subsidi takpa, peniaga yang terjejas keuntungan tak boleh naik harga.

Kerajaan apa ini? Inikah dasar ‘Rakyat di dahulukan’?

Apa yang gagal difahami oleh pemimpin kecil Umno ialah rakyat sedang susah akibat kos hidup yang tinggi, kini kos kehidupan bakal melonjak lagi. Mereka sepatutnya mesti mengukur kehidupan rakyat, bukannya mengukur kehidupan pemimpin Umno.



1 comment:

  1. sepatutnya gula dn brg2 lain yg naik tu utk org2 UMNO je, sbb mereka nie je yg konon'a sayang dgn kerajaan..

    ReplyDelete