Monday, May 30, 2011

Utusan-Umno umpama anjing mencium tahi

Bak kata pepatah, seekor anjing jika sudah tabiatnya mencium tahi, maka tetaplah juga kegemarannya dengan mencium tahi walau apa keadaan sekalipun.

Sebagai memenuhi agenda terancang Umno (sudah tentu atas nasihat Apco), Utusan terus-terusan memainkan isu seks dan porno sebagai satu instrumen untuk menjatuhkan lawan politiknya. Dengan jalan tersebut, harapan mereka ialah akan terus berkuasa sehingga bila-bila. Itu saja, kerana bagi mereka matlamat menghalalkan cara.

Kita faham, apabila seseorang atau puak sudah berakidah dengan ‘politik suku agama suku’, maka dosa dan pahala tidak menjadi perhitungan lagi dalam segala gerak kerja mereka. Persoalan segala amalan akan ditulis oleh malaikat Kiraman-Katibin tidak mereka imani lagi dalam usaha mengekalkan kuasa. Apabila syurga dan neraka tidak lagi menjadi perkiraan dalam menulis dan berbicara, apa saja yang boleh diambil kesempatan akan digunakan semahunya sebagai senjata mancapai maksud bagi menumpaskan lawan.

Itu bagi mereka yang faham dengan tabiat Umno selama ini. Pedulikanlah apa implikasinya mengaibkan orang dan fitnah.

Utusan-Umno semalam (Mingguan), ruangan editor kanan akhbar berkenaan kembali meniupkan isu tersebut dengan tajuk besar “Skandal seks dan hipokrasi “ dalam kolum
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Rencana ulasan berkenaan mengaitkan skandal seks Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss Kahn dan rakaman video seks beberapa pemimpin pembangkang Turki untuk dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Sebenarnya, budak-budak sekolah rendahpun dapat menghidu bahawa tindakan Utusan-Umno beriya-iya untuk menjatuhkan Anwar dan menyingkirkan beliau daripada persada politik tanah air kerana bimbang Pakatan Rakyat bangkit menjatuhkan parti usang BN itu.

Kenapa Utusan-Umno takut sangat kepada Anwar? Kerana Anwar sudah pernah menjadi Pemangku Perdana Menteri dulu dan segala rekod tentang maksiat dan skandal seks pemimpin Umno dari atas hingga ke bawah sudah di ketahuinya!

Satu perkara lagi yang agak menghairankan, di mana maruah Utusan-Umno untuk berbicara tentang seks pemimpin politik sedangkan tidak sedarkah mereka bahawa pemimpin mereka sendiri bergelumang dengan seks rambang?

Umpamanya isu skandal seks wanita Monggolia Altantuya @ Aminah Abdullah masih lagi menjadi misteri dan penuh tanda tanya. Kenapa Utusan-Umno tidak membicara dan mengupas tragedi seks tersebut habis-habisan?

Kisah tangkap khalwat antara seorang artis dengan pemimpin Umno di Port Dickson dulu masih lagi menjadi bualan rakyat. Kenapa Utusan-Umno tidak membangkitkannya demi mendapatkan pemimpin bersih Negara yang jauh daripada sekandal seks?

Ada seorang pemimpin Umno yang muda lagi ‘ganteng’ ketika itu, mengikut cerita dari mulut ke mulut telah mendapatkan seorang wanita (khabarnya berkaitan bisnes balak) yang ketika itu masih mempunyai suami. Beliau kemudian sanggup menceraikan isterinya demi untuk bersama bini orang tadi!

Cerita itu sangat popular di Pahang.

Kenapa Utusan-Umno tidak siasat skandal itu demi untuk membersihkan pemimpin mereka?


No comments:

Post a Comment