Friday, May 27, 2011
Pemuda Umno guna sekolah, Pemuda PAS lapor SPRM
MOHON PENYIASATAN TERHADAP PENYALAHGUNAAN PREMIS AWAM (SEKOLAH) BAGI KEGUNAAN PROGRAM POLITIK DALAM KAWASAN PARLIMEN KUALA KRAU
Adalah saya, Ustaz Shahril Azman Bin Abdul Halim ( No K/P 720102-08-8273 ) yang beralamat sebagaimana di atas adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, sebuah pertubuhan yang berdaftar secara rasmi di negara ini dengan ini ingin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubungan dengan aduan kami terhadap ujudnya unsur penyalahgunaan premis awam iaitu sekolah bagi kegunaan politik secara jelas dan nyata.
Dengan merujuk kepada bukti (iklan banner) yang kami sertakan bersama iaitu pada 21 Mei 2011 (Sabtu), Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau telah menggadakan mesyuarat perwakilannya di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau.
Kami juga ingin merujuk kepada iklan berikutnya di mana Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Krau juga bakal diadakan ditempat yang sama pada 29 Mei 2011 sebagaimana dinyatakan dalam iklan. Sekiranya benar amalan ini maka ianya adalah bertentangan dengan undang-undang dan peraturan yang boleh diambil dibawah Akta SPRM atau mana-mana undang-undang yang berkaitan dengannya.
Kami DPP Negeri Pahang melahirkan rasa dukacita terhadap pencabulan premis awam saperti premis sekolah ini yang sepatutnya bebas dari sebarang campur aduk politik apatah lagi ianya salah dari segi undang-undang, malahan boleh mendatangkan kemusnahan kepada institusi pendidikan negara yang sepatutnya bebas daripada pengaruh politik kepartian.
Perlu diingat bahawa pembinaan sekolan awam ini dibuat dari sumber kerajaan dan cukai rakyat secara keseluruhannya. Oleh itu adalah salah dari segi undang-undang dan moral jika pentadbiran dan pengurusan dana awam ini diseleweng untuk kepentingan pihak tertentu.
Oleh yang demikian itu, kami mengesa SPRM menggunakan sepenuhnya kuasa untuk menyiasat dan mendakwa jika terbukti benar berlakunya penyelewengan terutama kepada guru besar atau pengetua sekolah terbabit yang telah membenar sekolahnya dijadikan tempat mesyuarat perwakilan tersebut.
Kami juga mendesak SPRM menyiasat transaksi kewangan guru besar mahu pun sekolah terbabit serta segala urusan kewangan bersabit penggunaan premis awam tersebut kerana jika ianya berlaku sewaan atau membabitkan urusan kewangan yang lain maka ianya telah melakukan kesalahan dan melanggari batas-batas perundangan negara.
Kami berharap SPRM menggunakan sepenuhnya peruntukan undang-udang di bawah Seksyen 7 dan seksyen 29 (3) Akta 694, Pencegahan Rasuah Malaysia atau menggunakan mana-mana peruntukan undang-undang yang ada bagi maksud tersebut.
Kami juga berharap SPRM dapat melakukan penyiasatan dengan penuh kesungguhan, ketelusan dan keberanian dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Sekian, Terima Kasih
SHAHRIL AZMAN BIN ABDUL RAHIM
Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment