Saturday, May 14, 2011

Takut pendedahan sebenar, Umno perguna anak peneroka

Kelmarin Umno mempergunakan anak-anak peneroka Felda Purun, berdemonstrasi ceramah pakatan Rakyat (PR) termasuk terhadap kehadiran Ketua Pembangkang di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berceramah di situ pada 15 Mei ini.

Penduduk Purun ada 5,000 lebih dan Umno yang berdemo atas nama masyarakat Felda ada sekitar 25 orang. Tetapi nampak hebat kononnya, apabila tersiar di muka depan akhbar!

Kita faham, tempat itu diwakili oleh seorang menteri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal harga barang. Semua orang mengerti, harga barangan tidak pernak terkawal oleh kerajaan kerana yang mengawalnya ialah tauke-tauke besar. Mungkin ada pihak yang bimbang menteri berkenaan akan disebut gagal membela rakyat yang terpaksa bertarung kehidupan menghadapi kos kenaikan harga barangan yang sentiasa melonjak. Rakyat makin kesempitan.

Demo aman mereka bertujuan mahu program ceramah PR itu dibatalkan kerana mendakwa kehadiran Anwar hanya mengganggu ketenteraman masyarakat Felda.

Sebenarnya tindakan tersebut hanya memperlekehkan entiti peneroka dan demokrasi kerana masyarakat pada hari ini, terutama orang muda sudah bijak menilai yang mana baik yang mana buruk.

Umpamanya, akhbar lidah rasmi Umno, Utusan, sudah menjadi akhbar porno dan sangat berbahaya kepada generasi masa depan kerana akhbar tersebut turut dilanggan di perpustakaan sekolah-sekolah rendah. Tetapi kebobrokan itu tidak didemokan. Jadi bukankah ini kerja Umno?

Seorang Umno yang hadiri memberitahu media: “Terlalu banyak perkara negatif dikaitkan dengan Anwar dan kita tidak mahu, perkara itu mempengaruhi masyarakat Felda terutama generasi muda.

“Kehadiran beliau hanya akan meracuni fikiran mereka terutama apabila hal memfitnah kerajaan dan Felda disebarkan dalam program tersebut,” katanya.

Tidakkah beliau sedar bahawa perkara negatif terhadap Anwar itu dicipta oleh Umno sendiri? Umpamanya kes video seks ditaja, diarah, diterbit, diedar dan ditayangkan oleh Datuk T yang juga kepimpinan Umno dan dimain ulangkan oleh media lidah rasmi Umno.

Ulamak muda Umno sendiri, membantah bentuk keaiban oleh Umno itu. Jadi kenapa orang Felda tidak mahu dengar penjelasan daripada Anwar? Kenapa mahu jadi seperti katak di bawah tempurung mahu diperbodohkan Umno selama-lamanya?

Beliau berkata lagi:
“Kebajikan yang diterima peneroka hari ini, adalah hasil usaha kerajaan dan parti pembangkang langsung tidak memberi sumbangan malah berusaha menghuru-harakan keadaan di sini,” katanya.

Inipun satu lagi pandangan bodoh. Ceramah tersebut akan diserta Presiden Anak, Mazlan Aliman. Mazlan sudah banyak mendedahkan kepincangan Felda yang menindas peneroka.

Barangkali tukang cakap Umno ini tidak sedar bahawa ibu bapa mereka sudah begitu penat dan jerih membanting tulang mengayakan Felda, tetapi peneroka dijadikan macam hamba tebusan. Di tanah milik mereka sendiri mereka dijadikan macam kuli dan hutang dengan Felda tidak pernah selesai.

Budak-budak Umno itu barangkali tidak sedar bahawa aanak-anak Felda tidak dapat tempat dalam agensi tersebut. Masalah sosial makin teruk di tanah rancangan. Pada masa ini tidak ada Felda yang tidak terjerat dengan masalah dadah. Kebajikan mereka tidak pernah dipedulikan. Berapa banyak di kalanga peneroka yang berkelahi selepas peneroka meninggal dunia kerana tanah 10 ekar tidak boleh difaraid. Menteri dan timbalan menteri Felda cakap berbelit-belit.

Tapi budak-budak ingusan Umno itu tahu apa?

Felda dan Umno memang gembira jika masyarakat peneroka tidak didedahkan dengan maklumat!

Jangan lupa, hadir ke Jengka 16 pada 28 Mei ini jam 2. Kita akan dedahkan segala-galanya dalam Himpunan Kebangkitan Peneroka Felda!


1 comment:

  1. BN memang dah takut!!!Kita pastikan BN tumbang diPahang dalam PU13.InsyaAllah.........

    ReplyDelete