Thursday, May 19, 2011

Ustaz Tuan calon popular Timbalan Presiden

Nampaknya suara-suara yang mahukan Yang Hormat Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, semakin kuat dan lantang.

Kolumnis popular akhbar The Star, Joceline Tan, hari ini dalam artikelnya berjudul “Push on Tuan Ibrahim” mengata Naib Presiden paling kanan PAS merupakan calon paling popular tetapi masih dalam keadaan serba salah untuk membuat keputusan.

Tulisnyanya: “One of PAS’ top ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man is at the crossroads as pressure mounts on him to contest the second highest post in the party.
“DATUK Tuan Ibrahim Tuan Man is not a mind-reader but these days he can almost sense what people in his party want to know before they speak.
“PAS members everywhere are dying to know whether he will contest the PAS deputy president post.

“The pressure on Tuan Ibrahim is growing as his supporters pray for him to change his mind.”

Sebagai wartawan senior, saya fikir J oceline tidak menulis sembarangan melainkan telahpun mengkaji, menyoal selidik dan membuat pelbagai pertimbangan.

Sementara itu, di laman sosial Facebook sudah ada satu kumpulan yang menggelarkan diri “Kami Mendesak Dato' Tuan Ibrahim Bertanding Timbalan Presiden Pas” (http://www.facebook.com/home.php#!/pages/Kami-Mendesak-Dato-Tuan-Ibrahim-Bertanding-Timbalan-Presiden-Pas/211305055559445).

Saya fikir Ustaz Tuan mungkin tidak berminat untuk memikirkan panjang tentang hal ini setelah mengumumkan tidak berminat dengan jawatan itu dulu.

Akan tetapi, saya juga fikir Ustaz Tuan seharusnya juga tidak mengecewakan terus hasrat ahli-ahli PAS yang mahukan beliau mengisi jawatan tersebut!


No comments:

Post a Comment