Ulamak muda yang menyertai Umno secara pakej tahun lalu, Fathul Bari Mat Jahya, mengakui fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui penyebaran rakaman video seks oleh Umno sendiri dan diperbesarkan lidah rasmi Umno, tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam dan salah satu daripada dosa besar.
Malaysiakini melaporkan Anak Mufti Perlis itu yang berucap dalam satu forum semalam, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan kesalahan di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.
"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.
Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.
Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.
Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.
Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, katanya.
Persoalannya, apakah dengan kata-kata tersebut boleh membersihkan Umno dari dalam? Apakah Fathul tidak terasa bahawa beliau telah memilih wadah yang silap ketika menyertai Umno dulu? Apakah beliau tidak sedar bahawa Umno yang pragmatis kerana mempergunakan apa sahaja demi survival politik?
Dengan ucapannya itu, apakah beliau fikir Umno akan berubah dan serik selepas ini untuk mengaibkan orang lain?
Fathul kena faham bahawa agenda video seks adalah agenda Umno sendiri, bukan agenda peribadi. Trio Datuk T adalah merupakan pemuka Umno juga memiliki keakraban amat sangat dengan pimpinan tertinggi Umno. Apabila mereka yang menaja, mengarah, merakam, menayang dan menyalin di internet, kenapa tiada sebarang tindakan diambil?
Jangan lupa, selepas isu itu timbul ia terus dimainkan oleh media lidah rasmi Umno ialitu Tv3 dan Utusan. Kedua-duanya, jika menurut bekas editor kanan Utusan Hata Wahari, bertindak menyiarkan semua agenda politik Datuk Seri Najib.
Barangkali konspirasi inilah yang ulamak muda Umno tak faham!
No comments:
Post a Comment