Tuesday, September 27, 2011

Utusan yang biadab mesti diajar!

Di sebalik gesaan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah supaya Islam dipertahankan, akhbar Utusan engan begitu biadab pula mempersendakan hukum Islam: hudud.

Hukum yang terbit dan diwajibkan oleh Pencipta sekelian makhluk ini dijadikan lawak jenaka untuk bahak ketawa puak jahil, tanpa ada sedikitpun rasa gerun.

Ini bukan kali pertama lidah rasmi Umno itu mempersendakan hukum Islam, sebelum ini disiarkan juga karikatur yang menghina hukum Islam. Walaupun dibantah, editorial akhbar yang menjadi media propaganda dan gerak saraf Umno tersebut masih enggan memohon maaf.

Sebelum ini, akhbar yang menjadi tempat beroperasi think-tank pemimpin tertinggi Umno ini berbulan-bulan mempromosikan video porno di muka hadapannya dengan matlamat politik.

Akhbar yang sama juga sering memainkan kalimat fitnah, hasutan dan adu domba apabila telah memutarbelit ucapan Mohamad Sabu dengan matlamat menimbulkan rasa cemas di kalangan masyarakat kononnya komunis telah didewakan.

Kenapa Utusan selama ini begitu berani melakukan kebiadaban ini? Apakah mereka tidak terikat dengan undang-undang dan moral kemanusiaan? Apakah tidak ada sekelumitpun nilai sensitiviti Islam dalam dada editorialnya?

Jawapnya, kerana mereka Umno. Bagi mereka, Umno adalah passport terbesar untuk melakukan apa saja kerana tidak akan ada seorang pun yang berani ‘usik’ kerana mereka dilindungi Umno.

Dengan Umno, apa saja beres dan kebal daripada sebarang batas undang-undang.

Kita percaya gejala yang akan terus memusnahkan nilai-nilai keislaman dan budaya cemerlang bangsa itu akan terus disiarkan dari masa ke semasa kerana mereka bernaung di sebatang pokok yang besar: Umno!

Kita mahu bangsa Melayu sedar bahawa lidah rasmi Umno Utusan itu adalah penjahanam Islam dan bangsa Melayu! Percayalah, jika fitnah yang sedahsyat inipun kita terus biarkan maka pada masa akan datang tidak mustahil zat Allah SWT sendiri menjadi bahan sendaan. Kerana bagi mereka, buatlah apa-apapun, tidak akan diusik kerana dilindungi pemerintah negara!

Kita mahu rakyat Malaysia bangun berbuat sesuatu daripada terus membiarkan lidah fitnah ini bermaharalela menjahanamkan nilai dan keluhuran yang ada!


6 comments:

  1. bukan utusan semata2. hampir semua media arus perdana seperti mempersendakan perkara ini.. bahkan diutusan bukannya ini kali pertama, pernah diterbitkan kartun menghina institusi hudud itu sendiri...
    http://hawauyu.blogspot.com/2011/09/isu-hudud-dilaksanakan-di-malaysia.html

    ReplyDelete
  2. apa agak nya agama mreka di kumpulan utusan tu ye !

    ReplyDelete
  3. Kita buat demo depan pejabat
    Utusan..

    ReplyDelete
  4. Saya sangat bersetuju supaya dibuat demo depan pejabat Utusan bagi membawa suara kumpulan majoriti senyap yang sangat bencikan permainan Utusan itu.

    Bayangkan, politik ganas yang berlaku angkara anggota Perkasa di Seremban itu adalah lahir daripada permainan emosi daripada Utusan.

    Utusan tidak pernah merasa serik.

    Dulu dipromosi video porno hingga berbulan-bulan, sedangkan akhbar itu dilanggan hingga ke perpustakaan sekolah rendah.

    Jika hari ini Utusan tida diajar cukup-cukup, esok-esok editorialnya akan terus kurang ajar!

    ReplyDelete
  5. Setuju diambil tindakan terhadap Utusan, sehingga dia berubah.

    Sampai bila nak dibiarkan politik hasut menghasut, benci membenci dan mencucuh api dendam itu?

    Kalau kat negara lain dah lama akhbar tu tak selamat. Tapi kat negara kita dia dipelihara oelh pemerintah

    ReplyDelete
  6. entahlah dgn makhluk manusia yang dikatakan sebaik-baik kejadian...hukum hudud dipermainkan? adakah Allah tersilap, tak memikirkan manusia yg berbilang kaum yg dijadikannya sebelum memerintahkan hukum hudud dlm kitab suci al-quran, sebab ramai yg rasa hukum hudud tak sesuai dilaksanakan dlm masyarakat berbilang kaum? setahu saya seb makhluk yg lemah ini, allah maha mengetahui segala-galanya sesuai atau tidak setiap perintahnya...allah tak pernah silap cuma manusia sj yg rasa tak sesuai, ingkar....lawanlah hukum allah selagi anda mampu, berilah alasan hukum hudud tidak sesuai atau sebagainya. allah tak rugi sedikit pun cuma kita tunggu sahaj pembalasannya nanti...bila sakit tenat dan nak mati pandai pula sebut nama allah, nak jg mengucap....masa sihat komplen hukum allah...katanya tak sesuai....

    ReplyDelete