Thursday, September 15, 2011

Anak Azizah Khatib Mat meninggal

Al-Fatihah. Sahabat kami, Mohd Faiq bin Mohd Alwi, 30-an, meninggal dunia sebelum subuh tadi di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh dipercayai komplikasi daripada kanser darah yang dideritainya sejak lebih setahun lalu.

Beliau merupakan anak sulung kepada AJK Muslimat PAS Pusat Ustazah Azizah Khatib Mat dan bekas Pesuruhjaya PAS Pahang, Allahyarham Ustaz Alwi Abdul Hamid.

Faiq merupakan seorang pegawai di Takaful Malaysia Temerloh. Beliau sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Isterinya masih menyambung pelajaran di Australia.

Jenazahnya dijangka akan disembahyangkan selepas Solat Zohor ini di Darul Hijrah, Paya Pasir, Maran.



2 comments:

  1. ALFATEHAH, SEMOGA ROH BELIAU BERSAMA ORANG YG BERTAQWA. AMIN

    ReplyDelete
  2. Saya turut ingan merakam takziah kepada keluarga Kak Zah...

    Sabarlah di atas ujian ini...

    ReplyDelete