Beberapa orang penduduk Taman Bukit Bendera, Mentakab melahirkan rasa tidak puas hati dengan majlis sambutan raya taman berkenaan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pada Sabtu, 10 September lalu.
Salah seorang penduduk yang memperkenalkan dirinya sebagai Bob, berkata mereka selaku penduduk taman berkenaan tidak berpuas hati kerana program yang diadakan di Sekolah Menengah Hwa Lian itu, dikatakan mendapat peruntukan berbelas ribu daripada pejabat Menteri Besar, tetapi apa yang dihidangkan sangat jauh daripada apa yang sepatutnya.
Kata Bob, kebanyakan makanan didakwa pengunjung sudah basi. Beliau diberitahu, makanan ditempah daripada caterer yang sama dengan majlis sambutan raya Datuk Sharkar, yang juga mengadakan jamuan terbuka di Lanchang pada hari yang sama.
“Sudahlah begitu, apabila sampai masa sumbangan duit raya kepada lebih kurang 30 anak yatim Bukit Bendera, duit yang diagih hanya berjumlah RM2 seorang. Ini memang tak patut.
“Tak padan langsung dengan peruntukan berbelas ribu yang kami dengar disalurkan melalui seorang pemimpin Umno di sini.
“Agaknya MB sudah mengetahui rungutan penduduk. Sebab beberapa hari selepas itu ada arahan supaya kami membawa anak-anak yatim Bukit Bendera ke Kuantan, barangkali untuk diberi wang raya semula,” kata Bob.
Kerja UMNO sejak dulu macam nilah....org tengah akan sapu lebih2....yang patut terima dapat ciput2 jer....he he
ReplyDeleteKalau tak ikhlas,makanan yang baru dimasak pun akan rasa basi..
ReplyDeleteapa punya kedana la....anak yatim ditanah air sendiri diberi 2 hengget!!????bibik yang jadi pembantu rumah pun bagi ang pau kat anak tuan rumah sepoloh hengget!!itu la kerenah parti yang menunjuk2..gajah disomalia yang disibukannya,anak dirumah???
Haha!! Dengar cerita ini tak habis2 saya nak gelak!! Org umno yg jealous dengan program anjuran NGO.. Mampuslah pemimpin2 umno sekalian yg suka syiok sendiri..tengoklah pru nanti,sape yg bley tentukan pemimpin DUN dan PARLIMEN! Lihatlah pemimpin yg undi rakyat ke, rakyat undi pemimpin.. Haha :-)
ReplyDelete