Wednesday, September 14, 2011

Isa Samad akan ketuai koperasi Felda?


Saya menerima satu emel yang mengatakan Pengerusi Felda sekarang sedang melobi untuk mempengerusikan koperasi-koperasi Felda.

Berita tersebut belum sahih, jadi tidak wajar dibuat ulasan.

Bagaimanapun disertakan di bawah ini emel berkenaan:

Assalamualaikum;

Saya terdengar isu Pengerusi Felda sedang sibuk melobi Perdana Menteri utk menjadi Pengerusi KPF pula …. Sejauh mana kebenaran berita ini saya kurang pasti, tapi di kalangan kakitangan felda di Ibu Pejabat sudah sibuk memperkatakannya. Dengar2 cerita sampai PM pun dah merestuinya. Memandangkan anak2 syarikat felda adalah 60-70% milik KPF, sekiranya benar isu ini terjadi, mendedahkan KPF pada satu risiko politik yg besar. Saya berharap, abg2 yg lebih dekat dengan HQ berbanding saya dapat membuat sedikit siasatan dan ulasan. Kakitangan2 felda hanya dapat memerhatikan dan katanya menyerahkan hal ini kepada pihak peneroka dan genarasi ke-2 utk menghalangnya.

Kalau di ikutkan undang2 koperasi, memang pengambil alihan ini patutnya di buat dlm AGM KPF, namun, berbagai usaha telah dibuat oleh orang berkepentingan dlm usaha pengambilalihan ini. Rata2 kita yg menjadi ahli/pemegang saham KPF dan membawa brand Felda, patut cakna dgn isu seperti ini.



2 comments:

  1. Layari Facebook Page: 100,000 warga felda tentang politik berlebihan dalam felda.banyak fakta berkenaan isu tan sri isa di situ

    ReplyDelete
  2. Sudah terang lagi bersuluh..Dah lupakah dengan kes cik gu pendek ni?Orang N9 dah buang dia dan rakyat N9 sendiri berbondong bondong menyerta PAS.Habis lingkup segala tabung dikerjakannya!
    Nampaknya Najib nak gunakan khidmat kepakaran dia untuk melingkupkan felda pulak!Sekarang dia dah nampak lubuk duit diKoperasi Permodalan Felda pulak...habislah......
    Peneroka dah mula sedar bila ada anak anak yang bangunkan mereka dari diulit mimpi indah oleh pegawai pegawai felda selama ini.Sedangkan selama ini mereka ditipu,ladang yang diserahkan kepada felda untuk diuruskan rupa rupanya dibayar secara pajak tanpa disedari.Kemudian kononnya membantu peneroka dengan memberi pinjaman perumahan.Ditindas pula oleh JKKR dengan mengambil RM2000 keatas setiap pinjaman perumahan yang diluluskan.JKKR pun jenis peneroka yang tak sedar diri!!!Kalau pinjaman perumahan yang diluluskan sebanyak RM40,000 tapi cuma dapat RM38,000 malah jumlah yang patut dibayar kembali kira kira RM67,000.Ini membantu atau menjahanamkan peneroka?Menipu tak sudah sudah!
    Jadi,peneroka sekelian harus sedar situasi ini.Ubah kerajaan!Selamatkan wang serta segala aset peneroka.
    Rata rata peneroka sekitar Jengka dan Bera telah memberi sokongan padu kepada PAS dan kemungkinan dalam PU13 PR akan menang 80% diPahang dan 80%juga diN9.Inilah akibatnya bila hati rakyat disakiti!
    Selamat felda selamat juga peneroka.

    ReplyDelete