Monday, September 12, 2011

Penceramah sensasi Umno tarik balik saman 'rakan seks’nya

Media melaporkan Ummi Hafilda menarik balik saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan pengendali laman berita Malaysiakini.

Sebelum ini Baginda melaporkan Ummi ialah rakan seksnya.

Bagaimanapun Ummi menafikannya dan menyaman Baginda.

Ini adalah saman yang kedua difailkan Ummi Hafilda terhadap dan Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas saman pertamanya dibatalkan pada 13 April lepas oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.

Singham bagaimanapun memberi amaran kepada Ummi Hafilda sekiranya beliau ingin menfailkan semula saman itu buat kali ketiga, itu adalah peluang yang terakhir untuknya berbuat demikian.

Saman ditarik balik kerana faktor writ yang dikatakan tidak teratur.

Beberapa ketika dulu, Ummi pernah dikaitkan dengan seorang usahawan dari Sarawak Dato S’ng.

Ummi Hafilda adalah merupakan penceramah utama Umno semasa PRK Kerdau tempoh hari dan ditugaskan untuk ‘menyerang’ peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menjeritkan kata-kata kesat dan lucah di pentas berdekatan.

Masih diingati, ketika itu Ummi menaiki kereta mewah dengan beberapa orang bodyguard Umno dan bertugas beberapa hari sepanjang kempen PRK berkenaan.

Ummi dilaporkan muflis oleh Jabatan Insolvensi tetapi digilap semula imejnya oleh lidah rasmi Umno Utusan Malaysia, khas untuk mengetengahkan isu-isu Anwar dengan beberapa dakwaan.


4 comments:

  1. tau pulak dia malu bila org aib kn diri dia.tau plk nk saman.tp msa buat pd DSAI tk ingt apa.ini yg di kta "what you give you get back"tk kira le bnda tu elok atau tk elok.

    ReplyDelete
  2. Maklumlah fulus punya pasal... kalau keluarga pun boleh dibuang, inikan pulak setakat nak aibkan orang lain.

    Aina ka fulus, huna ka lulus...

    ReplyDelete
  3. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (Luqman 31:16)

    ... apa jua perkara, yg baik mahupon yg buruk, nampak atau tidak, Allah akan membalasnya...samada terus semasa didunia, mahupon di akhirat kelak...

    ReplyDelete
  4. Amat bersetuju dgn pandangan Sang pemerhati,

    Segala kerja buat kita, mahupun dalam hati kita sesungguhnya diketahui belaka oleh Allah.

    Malangnya bagi orang-orang Umno seolah-olah tidak mengimani sifat-sifat Allah yang melihat lagi maha mengetahui itu menyebabkan mereka sanggup memfitnah, mereka-reka cerita, melaga-lagakan sesama manusia dan bebruat apa saja demi politik.

    Bukti ini dapat dilihat melalui lidah rasmi Umno Utusan Malaysia yang setiap hari akan mengolah-olah cerita supaya semua penduduk dalam negara ini sentiasa merasa cemas dan tidak aman!

    ReplyDelete