Saturday, September 24, 2011

Pemuda PAS Dun Jenderak bantu MBFM Jenderak Selatan

Betul ke ni? memang betul. Semalam (jumaat) Pemuda PAS telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada MBFM Jenderak Selatan bagi membantu mereka menyertai Kejohanan Bola Jaring dan Futsal anjuran Felda Wilayah Mempaga esok.

Difahamkan, setiap rancangan Felda dalam wilayah mempaga wajib menghantar sekurang kurangnya satu pasukan bola jaring dan juga satu pasukan futsal bagi memeriahkan kejohanan ini. Malangnya, Persatuan belia Jenderak Selatan tidak mempunyai dana untuk menghadiri kejohanan ini walaupun telah memohon dengan pihak Felda sendiri. Pihak JKKR juga tidak mempedulikan permohonan mereka apatah lagi Umno cawangan.

Umno yang setiap hari mencanangkan bahawa hanya mereka yang mampu mentadbir negara nampaknya gagal mentadbir sebuah tanah rancangan seluas jenderak selatan ini. Nak hantar belia bersukan pun tak mampu, apatah lagi nak tadbir negara! Diharapkan selepas ini belia di Jenderak Selatan akan terbuka mata dan minda mereka untuk menerima PAS.

Semoga mereka tahu bahawa PAS juga mampu membantu mereka walaupun ditekan dan difitnah setiap hari dalam media cetak dan elektronik yang jelas dikuasai Umno bagi menipu rakyat terutama di kawasan Felda dan kampung-kampung tradisi. Kepada pasukan bola jaring dan futsal yg akan menyertai pertandingan esok, Kami doakan anda beroleh kejayaan.

(Kelihatan Ketua Pemuda DUN Jenderak sedang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Pengerusi MBFM JenderakDub
Selatan En. Huzafandy bin Hussin disaksikan Pegawai Penyelaras
Belia Felda Jenderak Selatan, En. Riduan bin Rasdi)


Mtd Jenderak
http://pasjenderakselatan.blogspot.com/2011/09/pemuda-pas-dun-jenderak-bantu.html

1 comment:

  1. tak tau ke memfitnah tu dosa... kalau diri sendiri yg nak bagi sumbangan lepastu cerita lain pulak.sedangkan JKKR dan umno sudah bg peruntukan pada belia jenderak selatan kenapa membuat cerita yg sedemikian...tau kah anda menfitnah dosanya lebih besar dari membunuh..jgn memalukan parti yg anda juangkan..

    ReplyDelete