Monday, September 5, 2011
Umno, Utusan mesti mohon maaf kepada waris keluarga Mat Indera
Tajuk Buku : Pengukir nama Johor
Terbitan : Yayasan Warisan Johor
Tahun terbit : 2004
Pra Kata: Menteri Besar Johor - Dato Abd Ghani Othman
Ringkasan buku: Memuatkan 22 tokoh Johor. Salah Seorangnya Mat Indera
Umno dan Utusan sememangnya bebal dan buta sejarah akibat terlalu taksub dengan tuan Inggerisnya. Sehinggakan tidak dapat mengenal yang mana penjajah yang mana pejuang bangsa.
Sejauh ini dalam mengecam kenyataan Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu demi politik yang sempit, Umno dan Utusan begitu rakus menyanjung polis kerajaan Inggeris dan dalam masa yang sama mengutuk dan melabelkan penentang penjajah Mat Indera sebagai pengganas.
Namun dalam sebuah buku biografi pengarang Ismail Adnan secara jelas menukilkan betapa keperibadian Mat Indera disanjung kerani berani menentang laknat Inggeris yang menjajah selama lebih dua abad di tanah air ini . Latar belakang ketokohan dan pendidikan agamanya juga mengagumkan.
"Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".
Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis menyebut:
"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".
Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat? Bilakah pula UMNO seluruh negara nak buat laporan polis pada Yayasan Warisan Johor.
Jelasnya, Umno yang merupakan budak-budak British, sememangnya menyanjung penjajah tersebut lebih daripada pejuang di kalangan bangsanya sendiri!
~ Dari blog: http://najwasuhaimi.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nama pertubuhan itu sendiri sudah bercirikan penjajah...UMNO. Tidak ada jiwa dan roh kemelayuan.Nama yang yang direstukan olih penjajah Inggeris.
ReplyDeleteya, Inggeris tahu
ReplyDeleteselagi wujud pertubuhan bernama Umno di atas muka bumi ini, selagi itulah mereka akan menyanjung dan mengkagumi penjajah Inggeris!
Media melaporkan, Balu Polis Bukit Kepong Mohon Diberi Pencen. Baguslah, kerajaan yg ada pada hari ini adalah warisah penjajah Inggeris, moleklah mintak!
ReplyDelete