Thursday, September 22, 2011

Ayah mertua TG Mohd Baqi meninggal dunia

TEMERLOH: Bekas guru pelawat sekolah rendah daerah Temerloh, Ustaz Ahmad Ismail, 83, kembali ke rahmatullah Isnin lalu, kira-kira jam 11.45 malam di rumahnya di Kampung Seberang Guai, Temerloh.

Menurut seorang cucunya Muhammad Abdul Hayyi, sebelum itu beliau menghidap komplikasi sakit kencing selain sakit tua dan kerap berulang ke hospital.

Ustaz Mad ialah bapa mertua kepada bekas Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman yang juga YDP PAS Maran.

Allahyarham juga adalah daripada keturunan Qadhi Haji Ismail yang terkenal itu serta memiliki keluarga sangat besar di sepanjang Sungai Pahang.

Semasa mudanya, Allahyarham telah menuntut ilmu agama di pondok di Kelantan. Beliau juga ialah pengasas Pondok Pengajian Bukit Keledang, Bera.

Jenazahnya disemadikan tengahari hari selasa. Turut hadir di majlis pengkebumiannya ialah Bendahari PAS Pahang Musaniff Abdul Rahman serta kaum keluarga dan sahabat handai.


1 comment:

  1. Moga roh ustaz ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Koi ingat beno dengan arwoh ni. Masa tu koi sekoloh rendoh lagi. Sekitar tahun 1974/75. Tiap petang sabtu ada kelas agama untuk wanita di masjid Kuala Triang. yang datang tu geng sebaya mok koi la. Yang masih ada sekarang pun rasanya cuma Mak Ngah Jawiyah je dah.Koi kena pegi juga sebab koi kena jadi kerani. Masa tu belajo sifat dua puluh... Apa yang ustaz tulis koi kena salin. bila balik umoh boleh la mok koi baca. Dia pandai baca jawi tapi tak pandai tulih. Ada masanya koi kena tulih juga untuk mak cik yang lain. Koi jadi rapat ngan ustaz. Selalunya orang tua-tua ni akan bawak nasi untuk ustaz sebab dia tak balik dari asar hingga isyak. Lepas asar kelas untuk perempuan, lepas maghrib pulok kelas untuk lelaki. Koi jugala jadi peneman ustaz makan. Mok Koi pernah pesan pada koi, kalau dia meninggal, antara yang dia nak ustaz bacakan talkin untuknya ialah arwah ustaz ni dan ustaz mat Tok Guru pondok Bukit Keledang sekarang. Alhamdulillah wasiat mok koi tu telaksana. Masa koi nok kawin pulok, dia doh jadi tok na'ib. Kena pulok masa tu mula-mula diperkenalkan temuduga sebelum kawin.... koi jumpa dia, dia sain je, dia kabo, malas saya nok temuduga awok ni... Alhamdulullah. itulah kenangan saya dengan arwah ni.Seorang yang luhur dan tak pernah meninggikan suara..Marilah sama-sama kita sedekahkan Alfatihah buat beliau....Alfatihah.....Amin....

    ReplyDelete